Friday, September 23, 2016

Trip to New Zealand - Day 4 - Part 2 - Lake Tekapo

Sila klik SINI untuk entri sebelumnya.

Salam untuk semua,

Bersambung lagi pada kali ini, siaran tergendala sebentar sebab untuk bagi ruang sebentar aku setelkan hal-hal kerja dan kebetulan trip ke Jakarta dan Bandung Indonesia di awal bulan 9 ini pulak menyusul pada ketika tu...so lambat la skit jadinya untuk update pasai NZ ini..heheheh...Apapun syukur atas peluang yang diberi untuk terus dapat lihat keindahan alam ini...lepas dari tu pula bersambung raya haji pulak la kan...so semakin lambat la nak update pasai NZ ini...so bersabar la yer wahai pembaca yang sudi membaca.

Ok, kembali kepada topik pada kali ini, kami akhirnya sampai di Lake Tekapo dan permandangan di sini MasyaAllah memang hebat, SUBHANALLAH..perkataan yang harus diungkapkan oleh sesiapa pun yang sampai disini. Cantik, lawa, mengagumkan dan macam-macam lagi expression yang boleh kita lahirkan disini.

Memandangkan 2 orang kawan aku yang dalam kereta tu masih belum menunaikan hajat kecil mereka, so kami decide untuk terus checkin hostel kami di Lake Tekapo ini. Masa kami sampai di Lake Tekapo ini masih awal untuk checkin sebenarnya tapi cuba nasib jer la kot-kot boleh masuk awal kan. Boleh pilih katil siap-siap.

Kenapa aku kata kami boleh pilih katil siap-siap. Penginapan kami di Lake Tekapo ini adalah di YHA Lake Tekapo. Disebabkan kami pergi time summer kebanyakan hotel dan penginapan banyak penuh dan yang ada banyak yang bajet hebat-hebat dan kalau adapun jauh sikit la dari Lake Tekapo ini, so kami decide untuk memilih YHA Lake Tekapo untuk bermalam.

So, aku tak mau nak cerita panjang untuk hostel ini, lain kali la aku review pada entry yang lain la plak yer untuk YHA Lake Tekapo ini..tapi apapun ianya tidak menghampakan. Lokasi untuk hostel ini sangat la strategik di mana dari hostel ini kita dah boleh layan permandangan yang indah, memang cantik Lake Tekapo ni. Sesiapa yang sampai ke sini pasti teringan moment-moment indah ini. So aku belanja skit gambar dari hostel yang dah boleh nampak Lake Tekapo itu.

 Permandangan dari hostel ini, kami dah tak sabar untuk setelkan hal checkin ini.

Untuk makluman, kami dibenarkan untuk checkin awal so kami pun meletak la barang di sini cepat-cepat dan book katil. Kami memilih bilik jenis 5 bed Female room, so kami berempat dengan seorang jer la traveller yang lain.

 Gambar dari ruang rehat penginapan kami, duduk tepi tingkap ini pun dah seronok abis dah la

Rehat sat sementara menunggu kawan-kawan yang menunaikan hajat yang tidak tertunai tu...so sempat la makan cherry yang manis sangat tu dekat depan tingkap ini...feeling sangat..heheheh..hebat perasaan mcam tu kan

Setelah setelkan urusan kami di YHA Lake Tekapo ini, kami tak sabar sungguh la nak tengok keindahan alam ini, lepas jer book katil, kami terus keluar ke Lake Tekapo untuk menikmati hebatnya dan cantiknya ciptaan Ilahi ni.

Pada entri sebelum ini aku kata nak share gambar-gambar di Lake Tekapo ini, so jom la kita layan jer la gambar-gambar yang tak seberapa ini untuk perkongsian bersama. Layan jer la..

Gunung ganang yang sangat clear

Tepat tumpuan ramai kawasan berhampiran Church of Good Shepherd

Apa la yang depa ni tengok kan..mungkin kehadiran tourist dengan bas-bas la kot kan

Gambar cover album lagi

Cantik nya awan di celahan gunung ganang ni kan, ehhh..awan ke??ataupun kabus?..heheh..aku pun confuse sebenarnya..

Terbentang luas permandangan di depan mata

Ini la dia Church of Good Shepherd

Jambatan Baru untuk para traveller, nampak gaya macam baru siap ini.

Walaupun baru siap, kami pun sempat la rasmi jambatan ini dan cantik betoi la air yang ada dibawah jambatan ini.

Pandangan dari atas jambatan tadi - SUBHANALLAH

Indahnya ciptaan Ilahi - SUBHANALLAH

Airnya cantik lagi tenang

Bas membawa tourist dah mula sampai di Church of Good Shepherd

Semakin banyak bas-bas yang membawa para pelancong

Tepi tasik bersama bunga lupin..tapi lupinnya hampir kering dan ada juga yang telah kering sepenuhnya.

Cukup la update untuk malam ini, nanti aku akan sambung lagi ceritera selanjutnya pada entri akan datang. BERSAMBUNG...


Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu... KLIK SINI untuk Entri SETERUSNYA!!



No comments: