Sunday, October 9, 2016

Trip to New Zealand - Day 4 - Part 3 - Lake Pukaki


Sila klik SINI untuk entri sebelumnya.


Salam untuk semua,


Hujung minggu macam ni jer la kalau tidak ke mana-mana yang ada masa untuk aku update cerita aku dan kawan-kawan...heheheh..buzy sungguh la kan dengan kerja-kerja harian. Ok back to the story..sebenarnya perjalanan kami pada hari ini bukan lah hanya ke Lake Tekapo. Kami merancang untuk ke Lake Pukaki juga memandangkan perjalanan nak ke Lake Pukaki tu tidak la jauh dari Lake Tekapo tu.




Lake pukaki ini lokasi nya tidak la jauh sangat dari Lake Tekapo dan perjalanan tidak la sampai sejam pun. Jarak kalau ikut map di atas ni dalam 62.7km iaitu dalam 41 minit jer dah boleh sampai.

Perancangan kami untuk ke Lake Pukaki hari ini sebab keesokan harinya kami nak teruskan perjalanan ke Wanaka, so dua kali la dapat melihat keindahan Lake Pukaki ni. Laluan ke Lake Pukaki ini masih ikut jalan utama iaitu route no.8, dan straight sahaja.

Macam biasa la aku sempat la juga snap gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Lake Pukaki ini. Gambar jalan jer la selalunya kan kalau duduk dalam kereta.




Setelah layan view sepanjang perjalanan kami pun dah hampir sampai di Lake Pukaki, macam juga Lake Tekapo tadi itu, Lake Pukaki ini juga mempunya kecantikan tersendirinya. Angin punya la kuat dekat sini. Cantik jer aku tengok..memang tenang disini. Gambar dekat bawah ini di tepi jalan yang telah nampak Lake Pukaki nya tu.

Tenang melihat gambar ini, ibarat aku dan kawan-kawan aku ja yang ada dekat sini

Aku suka gambar ini sebab rasa macam ada lukisan yang sangat besar di hadapan yang sangat cantik dan indah untuk dihayati...SUBHANALLAH.

Nak juga interframe berlatarbelakangkan keindahan di sini.



Akhirnya sampai kami di Lake Pukaki ini, mula la bercover album lagi kami dekat sini. 

 Angin dekat sini kuat, memang layan la scenery di sini dengan angin yang bertiup tu

Jom la kita layan beberapa gambar kami di Lake Pukaki ini.

 Langit yang sangat cerah dan air yang sangat turquoise

 Permandangan yang cantik untuk dihayati

Posing..posing dan posing lagi

Cantik permandangan disini..memang mengasyikkan dengan angin yang kuat

Luas sangat permandangan di sini..hebat ciptaan Ilahi

 Kepada sesiapa yang sampai disini hayati la keindahan yang ada. Memang berbaloi tengok permandangan yang cantik-cantik ini.

Dekat sini juga ada kedai yang jual ikan salmon. Iya la kan New Zealand ini tempat yang mudah untuk dapatkan salmon di mana-mana. Memang elok-elok dan fresh ikan salmon dekat sini. Tapi kami tak la beli salmon dekat sini pun sebab rancangan makan salmon di tempat yang lain..hehehe
 Nampak cantik kan isi dia
 Fresh jer tengok salmon ini..hrmmmmm

Lepas dah abih ambil-ambil gambar dan menghayati keindahan alam di sini, kami pun bergerak kembali ke Lake Tekapo untuk beli barang-barang apa yang patut dan kembali ke hostel untuk menunaikan kewajipan dan rehat di hostel.

Untuk makluman dekat Lake Tekapo ini, tak perlu la risau kalau nak beli barang-barang. Dekat sini ada Four Square yang ada jual barang-barang keperluan harian. Dekat Lake Tekapo juga ada stesen minyak, so jangan risau kalau dah meronda sakan dekat Lake Tekapo tu, so boleh isi minyak dekat sana jer. 

Kami sampai di Four Square ini beli roti untuk malam ini nak layan makan sandwich dengan tuna yang kami bawa, maggi dan buah cherry jer. Makan roti ini punya la nikmat, sedap oooo. Memang layan abih laaa..hehehe

 Tu dia kawan aku Zarina takut orang kebas roti ini, dia peluk tak lepas roti tu..hehehe

 Gambar cashier pun tangkap juga..heheheh

Hasil beli barang dekat Four Square tu

 Kedai-kedai sekitar kawasan Lake Tekapo

 Melambai konon macam aku tak naik kereta sekali jer kan Cik Nurul

Lepas beli barang kami sekali lagi pusing cuci mata dekat sekitar Lake Tekapo itu. Sempat lagi menyinggah dalam nak balik hostel tu tadi...heheheh..

 Masih ramai orang di sini yang sedang menikmati keindahan alam di Lake Tekapo

 Cantiknya suasana di petang hari dekat sini

Lepas dari ini kami pun balik la ke hostel untuk menunaikan solat dan rehat. Bila dah sampai hostel, sempat lagi menjenguk permandangan dari belakang hostel kami tu. Punya la cantik..Ya Allah...memang sangat teruja la. Tak rugi duduk di sini bila dapat lihat permandangan yang cantik-cantik macam gambar di bawah ini. 


Malam nyer kami lepak di dalam hostel saja dan menikmati la roti dengan tuna pedas berserta salad, makan buah cerry dan layan maggi pedas. Memang nikmat makan gaya mat saleh..heheheh tapi mat saleh tak da la nak makan maggi bagai kan..hehehe


Makan roti kalau dapat makan dengan salad yang segar memang best la

Selesai la untuk perjalanan kami untuk hari ini, Alhamdulillah dengan cuaca yang sangat elok dan cerah sepanjang hari kami di sini. So esok harinya pulak kami akan bergerak dari Lake Tekapo ke Wanaka la pulak. Aku sambung penceritaan seterusnya pada entri yang akan datang yer.

BERSAMBUNG....

Selamat bercuti dan selamat beristirehat!!!..KLIK SINI untuk entri SETERUSNYA!


No comments: