Showing posts with label Photo of the day. Show all posts
Showing posts with label Photo of the day. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Photo of The Day - Korea Selatan

Salam semua,

Setelah lamanyer menyepi tanpa sebarang update, kali ini aku try la untuk update blog ni walaupun dengan hanya sekeping gambar. Photo of the day pada kali ini adalah gambar yang telah di edit. Gambar ni bukan lukisan tapi ianya diambil ketika aku dalam tren dari Incheon International Airport menuju ke Seoul, Korea. Permandangan kat sini terjadi bila air surut di waktu senja. Memang sangatt cantik.!!! setiap ciptaan di muka bumi ini kalau dapat dihayati boleh buat kita rasa sangat tenang dan bahagia. Walaupun hanya seketika dalam keadaan tren bergerak dengan lajunya, dapat jugak snap gambar ini untuk dikongsi bersama. Ok apapun Selamat Bercuti!! 



Monday, February 25, 2013

Photo of the day @ Lake Toba

Salam semua,

Photo of the day pada kali ini pulak adalah gambar-gambar yang diambil berlatarbelakangkan Tasik Toba. Permandangan kat sini memang sangatt cantik. Ini lah kehebatan ciptaanNya untuk kita nikmati di dunia ni. Permandangan  ini seolah-olah lukisan di atas kertas walhal kita sebenarnya dapat melihatnyer sendiri di depan mata. Ini la kelebihan yang kita dapat sewaktu bercuti dan melawat negara orang dan sekaligus dapat menenangkan fikiran. Hayati lah panorama yang sangat indah ini.

Subhanallah!!!memang sangat cantik

Permandangan Tasik Toba ini pulak diambil dari Perkampungan Tomok 

Kepada sesiapa yang nak pergi bercuti, dekat Tasik Toba ni antara tarikan yang best untuk dilawati dan dihayati. Selamat Bercuti...

Saturday, May 19, 2012

Photo of the day @ Parapat, Indonesia


Salam buat semua, 


Photo of the day untuk kali ini, aku nak share sikit tentang gambar ini yang diambil di Tigaraja, Parapat, Indonesia. Aku suka gambar ini sebab ianya menceritakan tentang kegemberiaan dan kehebatan anak kampung di sana beraksi di sekitar tasik Toba. Aksi bergaya budak ini terjun di dalam Tasik Toba sangat menarik perhatian. So kepada sesiapa yang nak ke Pulau Samosir, jangan lepaskan peluang melihat aksi-aksi menarik anak-anak kampung di sekitar kawasan pelabuhan Tigaraja. Pasti seronok!!!So selamat bercuti dan selamat beristirahat!!! 

Sunday, March 11, 2012

Photo of the day @ Kampung Air. Tanjung Aru, Sabah

Salam buat semua,
Gambar yang ingin dikongsi untuk kali ini diambil di perkampungan air Tanjung Aru, Sabah. Bangau ini menarik perhatian aku untuk snap gambar dia. Memang best tengok gelagat si bangau ini. Gelagat si bangau mencari makan sambil dok fikir nak terbang dan tak terbang membuatkan gelagat dia satu daya tarikan bagi aku. Melihat kehidupan haiwan salah satu perkara yang dapat merelaxkan minda dan menenangkan jiwa dan ianya juga boleh dijadikan terapi minda dari kesibukan harian. Datang la di perkampungan air Tanjung Aru ini untuk melihat sendiri suasana di sana. Memang banyak yang menarik untuk diperhatikan. Apapun selamat merelaxkan minda dan selamat bercuti!!!

Tuesday, February 14, 2012

Photo of The Day @ Segari, Perak

Salam semua,

Hehehe..mood untuk menaip panjang2 tak sampai malam ini, so aku share jer la gambar ini. Untuk makluman aku sangat suka pokok kat sini, kalau sapa yang nak buat photo shoot kat sini, aku rasa ia dapat menghasilkan satu hasil seni yang baik. Aku tak tau la pokok apa, adakah ianya pokok getah..heheh..entah..tapi ia mampu menarik perhatian aku dan sesiapa yang lalu dekat sini. Gambar ini pun salah satu gambar yang sempat di ambil masa dalam kereta. Tempat ini berada di tepi jalan di Segari, Perak..Ok tu jer yang boleh dikongsi, apapun Selamat Bercuti!!!

Photo of The Day @ Sungai Dua, Pulau Pinang

Salam buat semua,


Ok, gambaq yang ingin dikongsi pada kali ini ialah gambaq permandangan yang sempat diambil dari dalam kereta. Gambar ini diambil pada 13 Februari 2012 semasa jalan sangat-sangat sesak di sebabkan kemalangan dekat situ. So, aku mengambil kesempatan yang ada untuk snap permandangan ni yang bagi aku ianya sesuatu yang cantik untuk di hayati...dan memperlihatkan betapa indah ciptaan-Nya. Permandangan ni betul-betul diambil dari tepi Lebuhraya Utara Selatan selepas tol Sungai Dua. Apapun, hargailah keindahan Alam kita..ok..Selamat menikmati keindahan Alam dan Selamat Bercuti!!!

Thursday, January 19, 2012

Photo of the day - Flying Over The Sea of Cloud

Salam untuk semua,

Sekadar berkongsi bersama gambar-gambar yang sempat diambil ketika terbang di lautan awan yang terbentang luas. Subhanallah!!! betapa cantik ciptaan-Nya..Alhamdulillah atas kurniaan-Nya.

Monday, January 9, 2012

Photo of the day @ Jalan Tun Razak

Salam untuk semua,

Ini la keadaan Jalan Tun Razak, gambar ni diambil lebih kurang pukul 7.50malam. Jalan ni memang glamer dengan kesesakan, kalau tak sesak tu..bukan Jalan Tun Razak la tu..tapi jalan ni akan lengang sikit pada hari-hari perayaan yang mana orang2 kota akan pulang ke kampung. So yang tinggal hanya lah orang2 kl sahaja...walaupun jalan ni sesak, tapi seronok sebenarnyer bila tengok lampu-lampu yang dipasang dan yang menerangi sepanjang jalan adalah sangat cantik.. boleh menghilangkan sedikit rasa stress yang ada. Ok smapi berjumpa lagi..!!!

Sunday, December 11, 2011

Photo of the day @ Kota Kinabalu, Sabah

Lesung Batu!!!heheh..lesung batu pun nk amik ke???hahah..gambar2 lesung batu ni semua dekat Kota Kinabalu, comel2 jer lesung batu ni. Menarik perhatian aku betoi semua lesung ni sebabnyer masing2 duduk atas bangku2 merah yang cun tu. Lesung2 ni semua masih dibangku sekolah lagiii..heheh..!!! Gambaq ni diambil di Restoran apa ntah nama dia (memang x ingat langsung)..di Kota Kinabalu..pelbagai jenis sambal ada kat sini!!! coba arrr baru tau kehebatan sambal kat sini!!! Restoran ni berdekatan dengan Kak Nong Restoran dan juga Seri Sembilan Restaurant (dua-dua restoran ni pun best). K..selamat bercuti n menjamu selera!!!

Saturday, December 3, 2011

Photo of the day @ Cook House, Penang War Museum

Gambaq kali ni plak dekat Cook House, Penang War Museum. Untuk makluman Penang War Museum ni memang best sebab kat sini peninggalan sejarahnyer bukan dalam bangunan semata-mata, semua barang2 sejarah dolu2 di kawasan ni mmg yg betul2 punyer yang berada di sekitar kawasan kubu pertahanan. Tempat ni beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Kepada peminat2 sejarah, ni salah satu tempat yg harus dilawati tapi kat sini rasanyer x la seseram macam yg dekat luar negara. Tapi kalau jalan sorang2 kat sini meremang jugak kot bulu roma..heheh..sebab ada kawasan laluan bawah tanah. Rajin kakak2 dekat dlm gambar tu memasak..heheh..Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI.

Thursday, December 1, 2011

Photo of the day @ Taman Monumen Tamadun Islam, Terengganu


The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Kudus Minar, Central Java, Indonesia

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Suleyman Mosque, Turkey

Ok, kali ni untuk di kongsi bersama, gambar2 black & white yang telah diambil pada tahun 2009. Seronok sebenarnyer kalau melihat sentuhan architecture serta kehalusan senibina dari negara luar ni. Ok untuk makluman semua gambaq ini, diambil di Taman Monumen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Taman ni berdekatan dengan Masjid Kristal Kuala Terengganu. Memang best dekat sini, kita boleh tengok pelbagai seni bina tamadun islam yang sangat menarik dan cantik. Monument Park entrance fee utk warganegara = adult - RM15, budak2 n warga emas - RM8, utk non-citizen plak = adult - RM25, bdk2 n warga emas RM15. Tempat ini beroperasi dari 9.00 pagi - 6.00 petang. Dekat sini jugak disediakan perkhidmatan sewa basikal, tram ride, dan juga Buggy rental. Kalau nak lebih lama dekat sini boleh la pusing satu kawasan ni dengan berjalan kaki sahaja.

Jika anda ke Kuala Terengganu, so jangan lepaskan peluang untuk melawat taman monumen ni. Memang best!!! Ok, rasanya smpai sini jer la yang dapat dikongsi bersama, sampai berjumpa lagi untuk entri yg akan datang...till then...selamat becuti!!! daaa.. :)

Thursday, November 24, 2011

Photo of the day @ Tanjung Aru, Sabah

Ok gambar kali ini yang aku nak share adalah gambaq diambil semasa tengah dok bersantai di Tanjung Aru yang mana kawasan ni berdekatan dengan terminal 2 dan dekat la juga dengan kawasan Kota Kinabalu International Airport. So dekat sini spot terbaek la untuk tengok Kapal terbang naik ke udara dengan dekatnya. Best jugak kalau bersantai disini walaupun ianya kawasan di tengah-tengah bandaraya. Kat sini bezanya, cuaca dia agak panas berbanding dengan semenanjung. Tapi apapun best lepak-lepak di Tanjung Aru ni. Kepada sesiapa yang berkesempatan ke sini boleh la bersantai disini, aku rasa kalau permandangan waktu sunset lagi cantik. Ok selamat bercuti ke Kota Kinabalu!!! ;)

Tuesday, November 8, 2011

Photo of The Day - On the Way to Kinabalu Park & Kundasang


Gambar ini diambil pada Oktober 2009, semasa aku, sis Fida n Yan menjelajah Bumi Sabah. Memang pemandangan yang sangat menenangkan hati, perasaan dan jiwa. Suasana yang nyaman ini akan dirasai oleh sesiapa saja yang on the way ke Kinabalu Park atau pun untuk ke Kundasang. Suasana yang berkabus, gunung ganang yang menghijau, langit yang sedikit mendung membuatkan udara semakin nyaman, sejuk dan sangat merileks kan. Memang best menikmati pemandangan sepanjang jalan ke Kundasang ini. Kepada sesiapa yang ingin melawat Sabah negeri di Bawah Bayu ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kurniaan alam ciptaan Tuhan ini, nescaya anda akan terpukau dengan segala ciptaan-Nya. Udara yang sangat segar di sini. Ok selamat Bercuti!!!!

Saturday, October 29, 2011

Photo of The Day - Pulau Redang

Gambar ini diambil pada 28.07.2007 di Pulau Redang. Pulau ini sangat cantik dengan pemandangan yang indah, pasir yang gebu, coral yang sihat, ikan yang pelbagai, nemo yang cun dan pelbagai lagi yang cantik. Perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat apabila aku pergi tahun demi tahun, dan yang terbaru pada tahun 2010 dan 2011. Perbezaannya di mna coral yang semakin pupus, spesis ikan berkurangan, air yang tidak sejernih pada tahun 2007, tapi apapun bagi aku pulau ini tetap best. Kepada para pelancong dan warga tempatan ini la salah satu pulau yang patut dikunjungi untuk merilekskan minda. Pesanan aku, jaga la kebersihan pulau kita!!!! Selamat bercuti!!!

Friday, October 14, 2011

Photo of the day @ Sarawak Cultural Village

Photo of The Day

Location : Sarawak Cultural Village, Sarawak
Sarawak Cultural Village ini salah satu tempat yang mempamerkan semua jenis rumah dan budaya orang sarawak. Bayaran masuk RM60 tapi kalau pergi dengan tourist guide yang boleh kautim dengan kaunter beli tiket tu boleh la dapat RM55. Gambar di atas ini diambil semasa pertunjukan tarian warisan Sarawak. Pelbagai jenis tarian yang sangat menghiburkan dan penari yang sangat lawak dan sporting. Memang best untuk dilawati. So, semoga terhibur apabila melawat Sarawak!!!! Selamat bercuti.

Monday, September 19, 2011

Photo of the day @ Cameron Highland

Photo of The Day

Location : Cameron Highland, Pahang


Sekadar ingin berkongsi gambar-gambar yang telah diambil ketika berada di Cameron Highland, Pahang. Bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, menghirup udara segar dengan suasana yang sejuk Cameron Highland adalah salah satu tempat yang sangat merelaxkan minda. Recommended place to go!!! Selamat bercuti buat semua!!! ;) ;)

Thursday, September 8, 2011

Photo of the day @ Penang War Museum

Photo of the Day
Location : Penang War Museum
Gambar ini diambil di Penang War Museum, tempat dalam gambar di atas ialah di Underground Weapon Storage Centre yang terdapat dalam Penang War Museum ini. Untuk peminat-peminat sejarah, pelancong, dan warga tempatan tempat ini memang best. Memang berbaloi masuk dengan bayaran RM20 seorang.