Sunday, August 21, 2016

Trip to New Zealand - Day 4 - Part 1 - Christchurch ke Lake Tekapo

Sila klik SINI untuk entri sebelumnya.


Salam untuk semua,

Ok jom kita sambung untuk ceritera perjalanan kami pada hari ke 4 iaitu 6/2/2016 (Sabtu) yang mana perjalanan pagi ni dari Cristchurch ke Lake Tekapo. Pagi ni cuaca nampak elok dan nyaman sangat dan harapan kami pagi ini agar kami sampai di Lake Tekapo dengan cuaca yang baik di sana. 

Tapi apapun jom kita layan gambar di pagi ini sebelum kami mula bergerak. Kami posing-posing dan selfie-selfie dulu depan motel kami kemudian baru la best start perjalanan dengan senyuman kan..heheh

Masa ini dah siap masukkan beg dan barang-barang dalam kereta dan jiran sebelah pun dah mula masuk barang dalam kereta..semua pun akan mula bergerak di awal pagi la kan

Tempat untuk BBQ hanya di hadapan motel kami dan kepada sesiapa yang berada lama di sini boleh la layan BBQ malam-malam..memang best la kan

Sementara masih awal lagi dan orang pun belum keluar lagi, sempat lagi la kawan-kawan aku tu berbuai dekat taman kecil depan motel kami tu

Kami ke reception pagi ini untuk check out. Masa dah siap check out tu, orang yang jaga di sini tanya kami nak ke mana hari ini dan kami pun jawab nak ke Lake Tekapo dan hopefully cuaca elok di sana. Orang tu kata hopefully la cuaca elok di sana dan dia ada juga kata cuaca berubah-ubah dan kalau bernasib baik boleh merasa suasana 4 musim dalam sehari...hehehe...layankan ajer la kan yang receptionist tu cakap..hehehe..mana tau kot kami yang bertuah..kekekehh

Laluan kami dari motel kami di Christchurch ke YHA Lake Tekapo

Kalau tengok peta laluan di atas ini, inilah laluan yang kami guna untuk ke lake tekapo, di GPS kami set untuk terus ke tempat penginapan kami iaitu YHA Lake Tekapo dengan menggunakan alamat YHA Lake Tekapo tu. Perjalanan ke Lake Tekapo dalam 3 jam macam tu tanpa henti. Tapi takkan la nak straight sahaja tanpa henti kan, macam tak logik la kalau di New Zealand ini tidak menghayati keindahan alam dan suasana disepanjang perjalanan tu kan..heheheh

Berbekalkan GPS yang kami sewa dan map South Island sangat-sangat membantu sepanjang berada di sana. Kami hanya ikut laluan yang ada pada map dan make sure GPS pun bergerak ikut map itu serta banyak papan tanda jalan di sana. So, boleh follow saja signboard di sana.

Untuk laluan ke Lake Tekapo, kami hanya ikut route No. 1, 79 dan 8. Make sure ikut laluan ini pasti tidak tersasar ke mana-mana...hehehe

Alhamdulillah syukur sangat-sangat, sepanjang kami di South Island New Zealand ini, perjalanan dengan menaiki kereta memang lancar dan tidak sesat.

Jom layan gambar sepanjang perjalanan kami dari Christchurch ke Lake Tekapo.


 Perjalanan awal dari Christchurch
 Masih di Christchurch
Hanya straight ikut route no. 1
 Layan gambar yang ambil dari dalam kereta jer la kan..aku bukan la driver so boleh la ambil-ambil gambar dari kereta dari arah hadapan, aku cuma jadi co-pilot sepanjang kami di sini.
 Layan lagi gambar dari dalam kereta ni

Dari apa yang aku perhatikan dekat sini, aku rasa depa ini punya pembahagi tanah ataupun sempadan Tanah di New Zealand ini dipisahkan dengan pokok-pokok tinggi yang di trim jadi macam tembok pagar..wowwwwww hebat la kan...cantik plak tu trim pokok tu sama jer..kagum la dengan depa ni...tapi aku tak tau la apa sebenarnya function pokok tinggi ini mungkin ada functionnya yang tersendiri la kan.

 Dah mula jumpa lembu-lembu depa..heheheh

 Jambatan yang merentasi Rakaia River

Panjang jugak Jambatan ini

Kami dah sampai di Rakaia, kami berhenti rehat di sini untuk makan, pergi toilet dan rileks kejap. Tempat ini kena masuk dekat Rolleston St dan berdekatan dengan Salmon Tales Café

Kami ambil port yang paling dekat dengan Ikan Salmon ini..hehehe..Nurul & K.Izah p check in kat toilet dulu..hehehehh

Posing dulu sementara tunggu Nurul pergi toilet yang tak balik-balik lagi..hehehe

 Dekat sini nyaman betoi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan diterangi dengan pancaran matahari di pagi hari..hehehe..kami breakfast di sini, makan nasi goreng dengan telur mata, biskut dan susu. Dua bekas nasi goreng yang makan cuma satu ja..banyak jugak la..heheheh

 Dah siap makan semua, kembali posing tengok ikan salmon la pulak kan

 Antara kerusi-kerusi yang disediakan di sini untuk para pengunjung tempat ini, yang best nyer di sini ada toilet dan tempat rehat sekali, lepas makan boleh la singgah toilet plak sebelum teruskan perjalanan

 Haaa ni la toilet yang disediakan di sini...cantik, bersih dan selesa.

Selesai kami breakfast dan menunaikan hajat semuanya, kami kembali bergerak semula dan bila dah jauh sikit cuaca mula berubah nak hujan. Gambar dekat bawah ini, nampak perbezaannya masa kami di Rakaia cerah benderang dan kemudiannya hujan, sejuk dan berkabus...Subhanallah...rezeki kami..

 Berkabus dan sejuk di kawasan ini walaupun di musim panas ni

 Di sini plak warna keperang-perangan jer, ladang gandum rasa nyer ini..setiap perjalanan dapat lihat pelbagai macam permandangan..rasa seronok jer masa ini

Kami kemudiannya masuk simpang ikut route 79 dan straight sahaja. Kami singgah di Geraldine Orchard Farm Shop & Café untuk minum-minum dan rehat lagi. Kalau naik kereta ini mudah untuk kita nak berhenti atau rehat di mana-mana

Papan tanda di simpang masuk ke Farm Shop & Café

 Hadapan bangunan Farm Shop Café


Best dekat sini banyak kerusi dekat luar Farm Shop Café ni untuk sesiapa yang nak lepak di luar bangunan. Tapi kami di dalam jer la sebab dekat luar ini sejuk jugak..tak sangka sejuk di musim panas..best kan suasana macam ni

 Pekena coffee dulu di Farm Shop ni
 Masing-masing duduk minum kopi sambil sembang-sembang, rileks, cerita-cerita tanpa berkejar ke mana-mana...Indahnya kalau time bercuti macam ini sambil menikmati suasana yang sangat tenang di sini..hehehe

 Di sini juga ada jualan untuk produk-produk para petani dari ladang

 Antara produk yang dihasilkan di sini seperti potato chip ini

 Lemon di sini sangat la fresh

 Kiwi yang sangat segar

Lepas pusing-pusing dalam Farm Shop ni dan setel beli potato chip yang sedap di sini kami pun kembali bergerak meneruskan perjalanan. Bila semakin lama bergerak dan makin jauh, punya la cantik suasana di Geraldin ni.

 Subhanallah...sangat tenang dan sangat cantik di sini..mata kami ke kanan dan kiri nak tengok semua yang ada di sekeliling tapi pandangan yang mata dapat lihat tak dapat nak terjemahkan semuanya dalam gambar di sini...hehehe

 Memang asyik ambil gambar jalan jer aku sepanjang duduk dalam kereta ni..hehehe

Kami dah sampai di kawasan Fairlie dan di simpang ini kami ikut route 8 dan ke arah kanan yang di tunjukkan pada tanda arah di hadapan untuk ke Lake Tekapo
  
 Kami berhenti lagi di sini pulak untuk ambil gambar sebab nampak special dekat area ini

 Sejuk juga di sini..kami berhenti dan layan barang-barang di sini tengok kereta lama dan barang-barang dari kayu yang bermutu tinggi

 Cantik kan set meja ni dan harga boleh tahan la mahal juga..hehehe

 Barangan kayu yang dijual di sini

 Suasana di sini sangat best

Ambil gambar berempat lagi kami di sini dan setel ambil gambar kami pun bergerak

 Macam yang aku kata, semakin lama bergerak semakin cantik permandangan hebat-hebat dan yang best nya masa di Geraldine sekeliling menghijau saja, tapi kali ni pulak keadaan sekeliling kekuningan saja...Subhanallah

Kami masih di laluan Fairlie - Lake Tekapo Rd, best nya di sini pulak kawasan macam di gurun saja sebab tinggal tanah dan bukit bukau dan gunung ganang di belakang nampak macam kawasan padang pasir jer..suasana berbeza dari sebelumnya. Aku dan Zarina saja yang turun dekat sini sebabnya lagi 2 orang tu ada hajat yang tak tertunai, so tak berani nak keluar sebab dekat sini angin punya la kuat dan sejuk, tengok tudung pun tau ada angin di sini..hehehe..tapi angin memang kuat dekat sini..berjalan pun rasa tertolak-tolak la diri sendiri..heheh

 Cantik betulkan..Subhanallah

 Macam lukisan pun yer jugak

 Tanah yang terbentang luas

 Ya Allah, di sini yang paling tak sangka bila nampak di musim panas masih ada cebisan-cebisan salji di atas gunung ganang...punya la teruja nampak salji atas gunung..wowwww..kami kemudiannya teruskan perjalanan yang dah hampir sampai ke Lake Tekapo tu.

Cuba tengok gambar di atas ni, cuaca di sini sangat elok dan sangat cerah. Papan tanda had laju dah tulis Lake Tekapo..yeayyyyy kami dah sampai di tempat yang hendak dituju tu. Di hadapan kami adalah Lake Tekapo dan nampak tasik yang warnanya sangat la turquoise. Perkataan yang terungkap SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH atas rezeki kami sampai di sini dan dapat lihat permandangan di sini.

Untuk gambar kami di Lake Tekapo, aku akan masukkan di entri yang seterusnya. Sampai berjumpa lagi di entri yang seterusnya yer.


No comments: