Sunday, August 14, 2016

Trip to New Zealand - Day 3 - Sydney ke Christchurch, New Zealand

Sila klik SINI untuk entri sebelumnya,



Salam untuk semua,



Kembali cargas la nak menaip di hujung minggu hari Ahad macam ini. Hari cuti macam ini sebenarnya tidak cukup masa untuk aku nak taip banyak-banyak sangat..so aku cuba la juga update blog ini untuk perjalanan cerita aku dan kawan-kawan supaya tidak tergantung lama sangat...hehehe.. Ok jangan buang masa lagi, jom kita sambung episod untuk kali ini.


Mengikut jadual kami yang telah dirancang penerbangan kami pada hari ini 5 Februari 2016 adalah pada pukul 12.40pm. So pagi ini memang kami dah berjanji dengan Mr. Ken untuk ambil kami dekat Big Hostel pada 8.00 pagi. Heheheh..awai juga la kan. Tapi better awal dari lambat dan apa-apa pun boleh jadi atas jalan ini. Aku kata apa-apa boleh jadi atas jalan ini bukannya apa nanti aku akan cerita tentang perjalanan kami ke Milford Sound dan apa yang terjadi atas jalan...wowww..suspen bunyi nyer tu.

Ok back to the story, Mr. Ken ini memang jenis yang on time, kalau janji dengan dia pukul 8 pagi, memang dia dah tercegat di hadapan hostel kami pada pukul 8 pagi. Dari segi akhlak tu memang terpuji la kan sebab menepati masa.

Kami pun memang dah siap turunkan barang dekat lobi hostel ini dan terus saja masukkan beg dalam kereta. Perjalanan ke airport memang smooth sahaja tanpa masalah. Jom kita selfie dulu bersama Mr Ken sebelum sampai airport...heheheh..


Sekejap saja kami dah sampai di Sydney International Airport. Mr.Ken turunkan barang dan setel uruskan barang dari kereta dia ada bagi souvenir Kangaroo tanda ingatan. Terima kasih la yer Mr.Ken, semoga Mr.Ken terus berjaya la yer. So bila dah sampai awal di Sydney Airport ini, kami start cari port untuk lepak sementara menunggu kaunter untuk check-in buka.

Yessss...Happy semua sebab dah jumpa port untuk kami duduk dan lepak sementara tunggu masa untuk check in

Flight kami pada hari ini adalah dengan menaiki China Airlines, memang first time nak naik China Airlines ini. Tapi apapun sebelum ini memang aku dah buat entri review tentang China Airlines Flight ini. Untuk tengok apa yang aku review tentang flight ini boleh la klik SINI. So dekat sini kami menanti dengan penuh sabar.

Sementara menanti itu, aku ambil la peluang pusing-pusing ambil 2, 3 keping gambar di kawasan airport ini. Jom layan dulu gambar-gambar ini.

Gambar ini di kawasan Departure dan kawasan untuk turunkan penumpang-penumpang seperti kami la tadi ini
Banyak juga kenderaan yang ada di kawasan departure yang nak turunkan penumpang ini

Kepada sesiapa yang nak menggunakan airport shuttle, ini salah satu service provider yang menyediakan airport transfer di bandar Sydney ini, so, anda boleh layari shuttleandfly.com.au untuk maklumat lebih lanjut.

Di hadapan salah satu pintu masuk Dapartures
Sekitar kawasan kaunter-kaunter Check in 

Alhamdulillah penerbangan kami iaitu China Airlines seperti yang telah dijadualkan.

Tengok jam pada waktu ini 9.38 minit pagi, so hanya beberapa minit sahaja lagi lepas tu telah buka check in kaunter untuk China Airlines ni. Check in kaunter ini dibuka 3 jam sebelum penerbangan. So elok-elok buka ja kaunter kami terus la ke check in kaunter. Untuk makluman, China airlines ini ada bagi baggage allowance sebanyak 23 kg seorang. So tak perlu risau kalau beg berat dengan muatan souvenir atau sebagainya.

Seterusnya, kami ke kaunter untuk check-in (daftar masuk) flight China Airlines ini

Kalau datang awal ini yang best nya masih tak ramai la yang beratur dan tenang saja. Kami dapat kaunter check in dengan orang yang muka ala-ala guru besor, macam garang jer tapi tak la pulak snap gambar dia masa tengah check in tu takut kena sound baik pulak kan dan kami buat biasa saja dan senyum...heheheh

Keperluan masa check in ini orang itu (guru besor) mintak kami dokumen2 seperti;

1) Flight dari destinasi terakhir kami di New Zealand/Auckland - Kuala Lumpur

2) flight dari South Island nak ke North Island/ Christchurch - Auckland

3) Tempat penginapan kami di New Zealand

4) Kredit Kad yang digunakan untuk buat tempahan Flight China Airlines ini

Mungkin ini semua keperluan untuk depa ini tau yang kita ini tidak la nak duduk bermastautin disini ke apa dan juga untuk mengelakkan pendatang haram la kot...hehehe..apapun make sure dokumen-dokumen penting seperti itu kita telah sediakan sebelum sesuatu perjalanan. Tapi bagi yang dah pro berjalan dan merantau tu memang tiada masalah dengan keperluan seperti ini. 

Alhamdulillah check in kami selesai tanpa masalah. Seterusnya kami diberikan boarding pass dan terus jer masuk ke dalam dan selesaikan urusan imigresen bagai. 


Boarding Pass - Sydney ke Christchurch

Selesai semua urusan hingga ke imigresen semua tu, so kami serusnya ke Gate 56 la untuk tunggu flight di sana. Tapi bila dah lepas urusan imigresen bagai ini, wow..lepas itu memang meriah la nampak Sydney International Airport ini dengan berbagai kedai Duty Free...heheheh biasa la perempuan kan..kalau terjumpa kedai-kedai yang pelbagai Duty Free ini, mata rambang la jadinya termasuk la kawan-kawan aku ini. Konon nyer nak menghabiskan OZ Dolar masing-masing la pulak. Ada yang beli perfume tu yang tak tahan tu..hebat depa-depa ini. Takpa la kan bukannya selalu pun sampai kat sini, kalau dah terjumpa yang berkenan tu beli jer la...nak datang lagi tu bila la pulak kan..heheheh

  Laluan kami ke Gate 56
 Nampak dak plastik bag yang kawan-kawan aku tu pegang, tu hasil tangkapan perfume la tu..hehehe
 Dah singgah lagi dekat kedai sourvenir ini, cuci mata ni memang best...hehehe

Jalan la kami hingga sampai ke Gate 56 tu dan akhirnya sampai masa untuk kami terbang. Gambar kat bawah ini masa on the way nak masuk perut kapal. Ambil la gambaq walaupun Nampak ekoq kapal terbang jer kan..hehehe..
Janji nampak kapai terbang pun dah teruja dah la kan
Sempat lagi la snap padahal ramai jer orang berjalan belakang aku masa ini..hehehe

Nampak baru dan selesa berada dalam flight ini
Kejap jer duduk, dan kapal terbang dah ada di ruang udara mula la sibuk akak-akak pramugari untuk menyajikan makanan. Makanan yang kami request masa pembelian tiket sebelum ini telah dihantar dulu dari makanan orang lain.Kami pilih untuk makan MOML. Untuk makluman MOML tu untuk Moslem Meal.

Haaa..ni la dia menu nya..nasi beriani dgn ikan masak kari, roti canai, biskut coklat, buah dan air.. Alhamdulillah sangat mengenyangkan.
Duduk, rehat, makan, lepas tu layan movie kejap pastu tidur kejap dan kami pun hampir sampai. Ikut pada camera yang kami tengok di screen depan kami ini dah nampak landasan untuk landing time..heheh

Penerbangan yang mengambil masa 3 jam 05 minit dari Sydney pukul 12.40 dan tiba pada pukul 17.45 pm (NZ local time). Beza masa antara Sydney dan New Zealand ini 2 jam, so bila sampai tu memang dah petang dah la.

Lupa pulak, sebelum landing make sure kita telah isi Arrival Card siap-siap atas kapal terbang ini. Berhati-hati mengisi untuk declaire sesuatu. Kalau macm ragu-ragu tentang barangan yang dibawa, so declare sahaja dan kita akan lebih selamat. Kalau tak declare jenuh pulak ceritanya. Barang makanan terutamanya mereka ini sangat prihatin tentang apa-apa barang makanan yang dibawa masuk. So make sure tidak membawa barang makanan yang dilarang. Untuk apa yang boleh dan yang tak boleh banyak blog yang pro-pro telah cerita apa la barangan nyer tu. So sila la google atau rujuk mana-mana blog yang ada cerita pasai makanan yang boleh dan tak boleh di bawa.

Bila flight kami telah selamat landing dan selesai urusan imigresen, so sampai la di kawasan untuk check beg, dekat sini memang ada anjing, tetiba ada yang panggil hello-hello dari arah hadapan dan bersama anjing besar..dia bagi isyarat nak check beg dan mntak letak beg ke bawah..hehehe..aku tetiba lempar jer beg aku tu sebab nampak anjing punya pasai...heheh

Anjing itu tidak la menghidu dan jilat beg ke apa, anjing tu cuma hidu dari jarak yang memang tak kena beg pun..Alhamdulillah semua nyer selamat. Selepas itu selesai juga urusan barang-barang yang kami declare. Tak ada apa barang yang dirampas atau dibuang. Syukur. Bila dah berada di kawasan ini memang tidak la nak mengambil gambar sebabnya dekat sini kawasan larangan untuk ambil gambar kan.



Akhirnya keluar la kami di kawasan ketibaan Chistchurch International Airport ini. So dekat sini tugas Nurul bermula, sebab dia ditugaskan untuk book sewaan kenderaan kami. Masa ini kami tengah Q untuk guna telefon yang disedikan secara percuma di sini. Telefon yang aku maksudkan itu seperti gambar dekat bawah ini la.

Lama pulak la mamat dekat telefon ini pakai fon ini, so aku ambil la peluang ambil-ambil gambar dalam kawasan ketibaan ini la dulu. Sabar jer la...hehehe
Kawasan ketibaan
Sekiranya memerlukan sebarang pertolongan atau nak buat pertanyaan boleh datang di kaunter ini

Ini la dia telefon yang kedudukannya adalah disebelah kaunter AVIS itu. Telefon ini disediakan dan boleh buat call pada nombor-nombor tempatan, so kami guna ini untuk call Mr. Cameron dari Shoestring Car Rental yang ramai orang guna perkhidmatan Mr. Cameron itu...Dah kenapa pulak la mamat cina dari China ini???


Rupanya mamat ini nak mintak tolong cakap dengan local NZ yang depa buat tempahan kereta tu, nak Tanya juga nak ambil kereta dan tunggu dimana. Bagus betoi kan orang China ini language is not a barrier yang menghalang mereka dari mengembara...hehehe..bagus..bagus!!

Mamat ini bukan la tidak boleh langsung nak cakap Bahasa omputeh ini, tapi disebabkan slanga dan accent orang puteh disana yang buat dia agak sukar nak paham. So dia pun mintak la tolong kawan aku nurul ini jadi juru Bahasa sekejap untuk dia..hehehe..

Dah macam datang segroup dengan kami la plak mamat ini..hehehe.. tak lama dah setel urusan mamat ini, giliran kami la pulak untuk call Mr.Cameron untuk ambil kereta sewa kami dengan dia. Selesai call Mr. Cameron dan inform dia kami telah sampai, lepastu terus kami bergerak ke tempat menunggu yang dinyatakan melalui email sebelum ini. 

Sebelum gerak keluar sempat aku singgah ke I-site yang ada disini, sesiapa yang perlukan maklumat dan nak booking apa-apa boleh buat dekat sini juga dan banyak info tentang New Zealand disini.

Sekitar Arrival Hall
Kami keluar ikut laluan dan pintu keluar Arrival Hall ini

Cantik jer suasana dekat luar ini kan

Bangunan arrival dari tempat kami keluar tadi ini

Masing-masing keluar dan heret la beg tarik masing-masing..hehehe..dan aku antara orang yang akan ada di belakang depa ini sebab nak amik gambaq punyer pasai

Cantik dan bersih jer kawasan sekitar airport depa ini kan

Kami perlu jalan menuju bangunan ini, sebab Mr. Cameron akan ambil kami di sini
Ikut sahaja laluan pejalan kaki ini dan ramai jer yang akan menuju ke bangunan ini

Masuk di bangunan ini, kami dari arah depan tu terus melintas dan tunggu Mr. Cameron di sini

Sekejap jer tunggu disini, Mr. Cameron pun sampai

 Ni la Mr Cameron, baik jer orang nyerr
 Dalam kereta ini jer kami setelkan urusan sewaan ini, masa ini Mr. Cameron dah bawak kereta ini sampai depan pejabat dia dan tengah terangkan tentang sewaan kereta kami ini. Total payment kereta jenis Family Wagon serta insurance dan juga sewaan GPS untuk 8 hari iaitu dari 5/2/2016 hingga 12/2/2016 adalah sebanyak NZD560 (harga bergantung kepada musim apa yang anda sewa tu). So NZD140/pax untuk 8 hari penggunaan kereta tu la.

Kotak kecik tepi pagar ini tempat di mana kami akan tinggalkan kunci masa hantar kereta ini kembali ke sini sebabnya masa penghantaran kembali ke sini dah malam dan lepas waktu office hour...so, ini la caranya, semuanyer diterangkan oleh Mr. Cameron.

Kepada sesiapa yang ingin guna perkhidmatan kereta sewa dari Shoestring ini, boleh layari di website rasmi depa ini https://www.shoestringrentals.co.nz/

Selesai urusan kami tadi, kami terus kami gerak ke motel kami di 219 On Johns Motel & Holiday Park sebabnya kami telah janji dengan motel itu untuk sampai dan check in di sana pada pukul 7.00pm. Gambar di atas tu laluan jalan kami menuju ke motel kami la.

Dah sampai kami dekat depan jalan masuk motel ini. Aku telah buat review (hehehe..review la sangatkan..padahal bukan la review apapun cuma pandangan aku jer..heheh) pasai motel ini dan gambar-gambar dekat motel ini, so boleh kli SINI untuk tengok pasai review motel ini.

Kami ke sini dulu untuk check in dan kemudian terus masuk bilik. Selepas selesai urusan check in di sini, kami kemudiannya dapat sebotol susu original jenama Meadow yang diberi percuma. Mungkin ini salah satu cara mereka untuk menyambut kedatangan tetamu dan sekaligus mempromosikan negara mereka yang memang terkenal dengan hasil tenusu kan..hehehe..mungkin!!! 

Ini la dia jenis 2 bedroom family motel, satu katil queen dan 2 katil single

Di sebelah lagi bilik jenis katil single ini
Tv dan ruang makan pun ada dalam ini.

Memandangkan hari pun dah petang, so semua kami menunaikan dulu kewajiban untuk solat dan kemudiannya baru la keluar balik untuk pergi pasaraya cari bahan-bahan untuk masak(heheh..masak la sangat kan, padahai campak2 ja janji makan)heheh. Masa ini masih lagi belum maghrib walaupun telah pukul 7.30 pm macam itu. Iyer la kan dah nama pun pergi time summer, so siangnya panjang la.

Kami keluar balik dari motel kami untuk cari supermarket yang ada dekat sana untuk cari barang-barang makanan. Tapi malangnya masa kami keluar kebanyakan kedai dah mula tutup. Tu dia aih depa dekat sini, memang tutup waktu pukul 9.00pm macam itu, malam di sini memang banyaknya orang-orang tempatan ini sudah balik rumah dan meluangkan masa bersama keluarga...hehehe..kami mulanya dah sampai di satu supermarket nama dia New World tapi malangnyer dah nak tutup sebab operating hour nyer cuma hingga ke pukul 9.00pm sahaja.

Nak ke New World ini cuma mengambil masa 6 minit saja dengan memandu dengan jarak hanya 3.6km dari motel kami. Boleh tengok pelan seperti di bawah ini.

Bila supermarket ini dah hampir nak tutup memang tak boleh nak masuk dah la. So kami masing-masing pikir nak pergi beli barang-barang dekat mana la pulak kan. Sebelum ke motel kami, Mr Cameron pun ada cakap boleh beli barang-barang di supermarket Countdown berhampiran dengan airport tu, so tanpa berlengah lagi kami pun terus gerak menuju supermarket Countdown.

Alhamdulillah supermarket countdown ni memang masih buka sebabnya operating hour untuk supermarket ini adalah seawal 7 pagi dan tutup pada 10 malam.

Ehhh...lupa nak kenalkan..ni la kami punyer family wagon tu, ngam dan selesa untuk 4 orang serta barang & juga beg kami..sempat lagi cerita bab kereta..heheh..kebetulan masa ini gambar kereta ini diambil depan supermarket Countdown ini, so sebab tu la bab kereta plak terkeluar. So sampai la kami ke supermarket Countdown ini

Sempat lagi posing dalam supermarket ini

Dalam supermarket Countdown ini agak murah juga la barang-barang dia

Ok siap dah membeli barang, bukan la nak membeli stok banyak sangat pun, sekadar cukup dan tak rosak barang-barang yang dibeli itu, susu coklat kami beli untuk breakfast esoknya. Ermmmm sedapnya susu..hehehe...Depa ini tengah tunggu bendahari kami nak bayar barang-barang tu..hehehe..bukannya apa, kami dah collect seorang NZD100 untuk apa-apa bayaran, duit minyak, parking, duit barang-barang, entrance fee dan apa-apa keperluan bersama dan kalau dah habis duit ini baru la kami collect lagi.

Haaa..Kak Izah ini la bendaharinya...tengah kira duit nak bayar dekat kaunter...hehehe..
Bersemangat la si Nurul ini bawak barang nak balik masak..heheheh

Hadapan supermarket Countdown yang dah nak tutup pada pukul 10 malam

Setelah balik dan pung pang..pung pang..punyer campak, time untuk makan malam dah sampai..heheheh..syok la kan time dapat makan
Ini la hasilnya..makanan orang Malaysia la juga kan..yang penting kenyang dan tidur dengan lenanya..hehehe..salad ini ja la jadi sayuq untuk malam ini..heheh

Cukup la untuk malam ini, nanti la pulak aku sambung lagi episod seterusnya. Apapun nantikan sambungan keesokan harinya dan destinasi pada esok hari adalah LAKE TEKAPO..heheh.

Bersambung...

Selamat bercuti dan selamat beristirehat!!!..KLIK SINI untuk entri SETERUSNYA!!!

No comments: