Sunday, August 7, 2016

Trip to New Zealand - REVIEW - Penginapan di Christchurch, 219 on John Motel & Holiday Park

Salam hujung minggu buat semua,

Di Ahad yang indah ini aku rasa nak share sikit tentang penginapan di Christchurch, New Zealand yang mana aku dan kawan-kawan menginap di sini untuk satu malam.

Nama penginapan di Christchurch ini ialah 219 on Johns Motel & Holiday Park. Memandangkan pada masa aku dan kawan-kawan menginap di sini pada Summer Season so kalau tengok gambar di bawah ini, iaitu hadapan simpang masuk ke motel ini telah tertera NO MOTEL VACANCY. So maksudnya untuk peak season kalau kita ke mana-mana tempat pun cuma kena pastikan kita telah booking siap-siap penginapan di tempat yang dituju tu. Tapi kalau off peak season, aku rasa tak ada la masalah untuk mencari penginapan kalau tak mau booking awal pun.

Terlupa pulak, kepada sesiapa nak dapatkan maklumat lanjut bagi motel dan holiday park ini, sila klik SINI untuk website rasmi motel berkenaan dan alamat bagi motel ini seperti di bawah;
219 On Johns Motel & Holiday Park
219 Johns Road
Belfast / Northwood
CHRISTCHURCH 8051
Canterbury, New Zealand

Di hadapan simpang masuk ke motel ini

Lokasi bagi motel ini aku rasa ok la tidak la jauh kalau dengan menaiki kereta, jarak dari Christchurch International Airport ke motel ini dalam 7.6 km sahaja. Kepada yang ada kenderaan sewa di sana memang tidak ada masalah untuk sampai di motel ini. Cuba tengok pelan lokasi motel ini memang agak mudah untuk sampai sebab hanya di tepi jalan utama sahaja.

Route dari Christchurch International Airport ke Motel
Selain itu, motel ini juga ada menyediakan perkhidmatan airport transfer. So bagi yang tidak berkenderaan boleh la menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan ini dan mungkin ada sedikit charge yang dikenakan, tapi apapun cuma perlu maklum kepada person incharge di sana la. Untuk apa-apa details boleh rujuk kepada website rasmi mereka.

Bangunan reception untuk check in

Untuk makluman juga motel ini ada berbagai jenis bilik yang ditawarkan seperti studio motel, 2 bedroom family motel, 3 bedroom family motel. Selain motel ada juga di sediakan campervan site dan camping site iaitu tapak-tapak untuk caravan dan juga tapak bagi sesiapa yang hendak mendirikan khemah di atasnya.

Aku dan kawan-kawan memilih jenis 2 bedroom family motel. Gambar dibawah ini sebaris dengan motel yang kami pilih. 

Ini la dia motel yang kami pilih, parking untuk kereta hanya di hadapan motel kami sahaja

Aku sempat la ambil gambar sikit dekat motel ini, jom la layan gambar dulu 
 Dalam motel ini terdapat peralatan untuk memasak dan dapur, so kalau yang berfamily dan merancang untuk memasak motel jenis ini sesuai untuk keperluan memasak tu...heheheh. Gambar di bawah ini walaupun blurr..heheh..tapi ada la juga Nampak fridge, dapur dan microwave.
Ruang Dapur, bilik air dan toilet
Kawasan Persekitaran holiday park ini

 Motel berhampiran motel kami
 Jenis 2 bedroom park chalet
 Jenis Two Room Park Chalets
 Kawasan campervan
 Tapak bagi caravan
 Memang banyak betoi caravan, van, campervan yang ada dalam kawasan holiday park ini

Dump station ini disediakan bagi caravan yang nak membuang bahan buangan pada kenderaan masing-masing

Ruang toilet dan mandi yang disediakan untuk kemudahan orang-orang yang menginap di sini.

Secara keseluruhannya bagi aku, aku sangat recommend tempat ini kepada sesiapa yang nak ke Christchurch, New Zealand ini. Tempat dia nyaman saja, tenang, bersih itu sudah tentu. Kepada yang hendak dekat dengan airport di sini antara holiday park yang bagus aku rasa. Tapi apapun atas pandangan masing-masing juga dan aku hanya share berdasarkan pengalaman aku di sini.

Ok itu saja review untuk kali ini, kalau ada yang menarik dan mungkin berguna serta bermanfaat untuk pembaca aku akan share lagi.

Selamat bercuti dan selamat beristirehat.

1 comment:

Johnny Davis said...

Thanks so much for sharing your itinerary! This will definitely help me plan our trip, but it also makes me feel like I need to extend our trip by about two week’s haha. Also available on Short term accommodation Christchurch. http://www.urbanz.net.nz/