PART 3 - Sydney Wildlife, Sydney Aquarium, Sydney Tower Eye, Circular Quay, Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House
Untuk entri sebelumnya sila klik SINI
Salam semua,
Bukan senang la momentum nak hadir setelah terstop dari mengupdate cerita-cerita aku dan kawan-kawan ini. Ok apapun belum la terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya untuk pembaca dan para bloggers memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal yang mulia ini. Ok cut the story short, jom kita sambung balik episode seterusnya.
Sambungan ceritera pada kali ini dari entri sebelumnya samada sempat atau tidak aku dan kawan-kawan untuk ke Darling Harbour redeem ticket kami tu…hehehe..dah macam masuk Marathon atau treasure Hunt dah aku rasa sebabnya jam dah menunjukkan 4.15 tapi kami masih lagi duduk dalam tren menuju ke Central Station. Dah hampir sampai la juga masa tu. So betul-betul kami sampai dalam 4.18 macam tu. Bukan apa kena pikir alternative untuk sampai dengan cara yang cepat dan pantas nak ke Darling Harbour itu.
Masa dalam tren kami tengok train map menunjukkan laluan Inner West Light Rail akan sampai ke Darling Harbour. So, inilah Light Rail punyer route tu yang kami tengok seperti dibawah ini.
Elok-elok sampai jer, di platform Central Station itu, tren dah berhenti dan kami terus menuju ke arah light rail.
Dalam keadaan bergegas sempat juga snap gambar masa keluar dari tren...heheh
Haaa...ni la tempat nyer untuk tunggu Light Rail tu
Ok la masa kami sampai dekat sini, trena akan sampai lagi 4 minit, fuh lega la juga sebab tunggu tidak la terlalu lama kan
Untuk makluman, sebelum naik light rail sila pastikan Opal Card kita di tap atau touch di tiang sebelah kiri gambar ini.
Untuk lebih selamat kami tanya juga local untuk kepastian masa ada betul atau tidak kami perlu berhenti di stesen Convention.
Aku puji sangat local di Australia ini, depa ni sangat-sangat prihatin dan sangat membantu disamping tu depa juga memberi penerangan yang sangat jelas supaya kami tidak sesat. Light rail ni laluan ke Dulwich Hill. Baguih local ni siap menerangkan jalan yang benar..heheehh..aku menganggarkan untuk sampai ke Darling Harbour perlu turun di stop Convention tapi rupanya bukan kami perlu turun di Pyrmont Bay iaitu selepas stesen Convention dan sebelum star City. Boleh rujuk route map Inner West Light Rail seperti di atas tadi tu. Macam tu la diterangkan oleh makcik baik hati tu dekat kami.
Selepas 4 minit tren pun sampai dan kami pun selamat la menaiki light rail ini.
sempat juga ambil gambar makcik itu yang baju warna putih biru dan rambut putih perang tu..curi-curi ambil gambar makcik ini tanda terima kasih dekat dia..hehehe
Untuk sampai
ke Pyrmont Bay tu ada beberapa stesen yang kita kena tempuh. Semuanya 5 stesen yang bermula dari Central Station hingga ke Pyrmont bay.
Oh lupa pulak, kalau sesiapa nak ke Paddy’s Market boleh juga naik light rail ini kalau tak larat nak jalan. Untuk ke Paddy’s Market hanya berhenti di Station Paddy’s Market dan kalau nak ke Darling Harbour stop di Pyrmont Bay.
Oh lupa pulak, kalau sesiapa nak ke Paddy’s Market boleh juga naik light rail ini kalau tak larat nak jalan. Untuk ke Paddy’s Market hanya berhenti di Station Paddy’s Market dan kalau nak ke Darling Harbour stop di Pyrmont Bay.
Dalam kelam kabut, sempat lagi la senyum kan...hehehehh
Sempat ambil gambar
Turun jer di Pyrmont Bay tu pintu
turun sebelah kiri dan kami kena cross la landasan dia tu (bukan calang-calang cross tu, memang cross depan tren yang berhenti tadi tu) ke sebelah kanan
dan straight sahaja dan selepas itu akan nampak ada tulis Darling Harbour.
Masa dekat sini masa agak suntuk so gambar sampai tak sempat nak ambil lagi dah...heheheh
Ok sampai jer
kami dekat stop tu, dah sekitar jam 4.45 pm dah masa tu. Masa ini memang
marathon la semua orang nak mengejar waktu untuk redeem ticket kami itu. Bukan
sikit-sikit punya marathon jalan kaki, sampai berlari-lari anak dah la..hehehe..bukannye apa, kalau
tak sempat cover semua pun atleast dapat la ticket untuk naik Sydney Tower Eye
tu pun dah berbaloi la juga. Takpe apapun kena usaha dan tawakal sahaja la kan.
Kali ini kami
dari arah bertentangan dari tempat sampai semalam tu. Kali ini kena seberang
ke arah sana la pulak. Dah la ada Cuma 15 minit kan. Memang terasa macam masuk
marathon dan treasure hunt la dekat Sydney ini.
Akhirnya sampai juga
kami di Sydney Aquarium untuk redeem ticket dekat kaunter. Masa ini dah tidak pulak sempat nak mengambil gambar kat kaunter Sydney Aquarium tu. ALHAMDULILLAH...syukur kami sempat untuk redeem ticket. Haa ini la dia yang dikejar tu..kekekehhh...
Konon nyer sebut pasai redeem ticket ini apa bagai. Untuk makluman tiket ini bukan la free ke apa. Kami beli online masa di Malaysia lagi dengan harga AUD 75 untuk 5 attraction di Sydney ini. Masa sebelum beli memang dah kira-kira masa tidak la sempat untuk cover semua tapi memandangkan macam beli tiket walk in sahaja dah AUD40 untuk Sydney Aquarium dan AUD 40 juga untuk Sydney Wildlife. So why not ambil yang ini.
Kepada sesiapa yang nak beli tiket combo ini boleh beli dari mana-mana website sama ada beli di website Sydney Aquarium atau Sydney Wildlife atau Madame Tussauds atau Sydney Tower Eye dan Manly Sea Life Sanctuary.
Kaunter tu maklum dekat kami yang kami masih ada masa rupanya sebabnya Sydney Wildlife akan tutup pukul 6.00, Madame Tussauds akan tutup pukul 6 juga. Sydney Aquarium tutup pukul 7.00. Sydney Tower Eye tiada masalah kerana tutup pukul 10 malam.
Konon nyer sebut pasai redeem ticket ini apa bagai. Untuk makluman tiket ini bukan la free ke apa. Kami beli online masa di Malaysia lagi dengan harga AUD 75 untuk 5 attraction di Sydney ini. Masa sebelum beli memang dah kira-kira masa tidak la sempat untuk cover semua tapi memandangkan macam beli tiket walk in sahaja dah AUD40 untuk Sydney Aquarium dan AUD 40 juga untuk Sydney Wildlife. So why not ambil yang ini.
Kepada sesiapa yang nak beli tiket combo ini boleh beli dari mana-mana website sama ada beli di website Sydney Aquarium atau Sydney Wildlife atau Madame Tussauds atau Sydney Tower Eye dan Manly Sea Life Sanctuary.
Kaunter tu maklum dekat kami yang kami masih ada masa rupanya sebabnya Sydney Wildlife akan tutup pukul 6.00, Madame Tussauds akan tutup pukul 6 juga. Sydney Aquarium tutup pukul 7.00. Sydney Tower Eye tiada masalah kerana tutup pukul 10 malam.
Manly Shark Santuary pulak kita
masih boleh pergi pada keesokan harinya kalau tak sempat pergi harini. Tapi memang
tak sempat la nk pergi sini sebab jauh dan perlu lagi banyak masa. Tapi kepada
sesiapa yang punya banyak masa boleh la pergi dekat Manly Shark Santuary tu sebab
mesti lagi berbaloi.
Alhamdulillah
rezeki masih memihak kepada kami walaupun tak dapat nak habiskan 5 atrractions
tu sekurang-kurangnya kami sempat cover 3 attractions dekat sana pun dah berbaloi. Lepas dapat
redeem tiket tu, so kami semua kena decide nak masuk yang mana satu. Kebetulan ada 2 attractions yang akan tutup pada masa yang sama iaitu Sydney Wildlife
dan Madame Tussauds. Kedua-dua attraction tutup pukul 6.00 petang.
Short discuss
pada masa itu, so kami memilih untuk masuk Sydney Wildlife memandangkan kalau
datang Australia ini kalau tak tengok Kangaroo dan Koala tu macam tak sah la
kan..heheheh..dan walaupun madame Tussauds kami tak masuk tidak la ralat sangat
sebab dekat Hong Kong dah pernah masuk. So dah tau jugak macam mana kaedahnya
tu..hehehe..mungkin perbezaan dari segi arca-arca lilin artis dan rekabentuk
ruang dalaman yang berbeza.
So kami pilih
untuk masuk Sydney Wildlife terlebih
dahulu, lepas itu diikuti dengan Sydney
Aquarium dan kemudian Sydney Tower
Eye.
Walaupun umur bukan tahap budak-budak tapi dapat masuk Sydney Wildlife ini pun dah rasa seronok. Tujuan nak tengok Kangaroo dengan Koala tercapai. Kami yang tak punya banyak masa di Sydney ini kena la pilih untuk satu-satu attraction yang berdekatan. Tapi kalau yang banyak masa boleh juga cuba ke Taroonga Zoo ataupun Featherdale Wildlife Park. Jom layan dulu
gambar-gambar yang sempat diambil dalam Sydney Wildlife.
Kusyuk la mengambil gambar kawan aku seorang ini
Yes dah jumpa la Koala
Tapi tidur la pulak time ini
Punyer la sebut dalam hati supaya Koala ini bangun dan akhirnya bangun laaa...hehehe
Haaa kan comel jer
Haaa pandai pun tengok kamera
Comel betoi time mengalih pandangan tu..hehehe
Seterusnya, Kangaroo la pulak kan
Kangaroo oh Kangaroo
Time kami la pulak untuk posing
Dekat sini tempat orang-orang awam boleh masuk dan Kangaroo ada dalam kawasan ini. Tapi time ini semua Kangaroo dah masuk rehat dalam rumah..heheheh
Selesai dari tengok-tengok binatang ini, kami terus ke Sydney Aquarium. Dekat sini nak layan la tengok ikan-ikan di Sydney pulak. Dekat Sydney Aquarium ini konsep dia lebih kurang kalau dekat Malaysia nama dia Aquaria KLCC. Jom la tengok dua tiga keeping gambar di Sydney Aquarium ini.
Yang ni ikan pari jantan...nak tau macam mana ikan pari jantan cari la sendiri...heheh
Dugong ini walaupun duduk di Sydney atau Negara omputeh ini nama dia tetap Dugong..hehehe..ingatkan dah tukar nama bila duduk di sini
Laluan kami berjalan tengok ikan tu ada kat bawah kolam besar ini
Pada masa ini,
kami dah pusing hampir nak habis Sydney Aquarium ini, tapi kami belum lagi
solat. Kami fikir kalau dekat luar nak kena mencari ruang la pulak untuk solat
kan. Oleh yang demikian, kami pun fikir untuk cari ruang dalam Sydney Aquarium
untuk menunaikan solat. Tak kisah walau dimana pun kita kejawiban perlu la
ditunaikan. Kami jumpa bilik untuk tukar lampin baby, dekat situ agak
strategic, so bergilir-gilir la solat.
Masa itu dah 6.40 macam tu dan masa
untuk nak tutup hampir nak sampai. Kami sempat solat sampai la pak guard dalam
Sydney Aquarium itu mencari sesiapa yang masih ada dalam Sydney Aquarium untuk
alert depa dah nak tutup. Kami bergilir dan yang dah setel memang jaga pintu
depan bilik tu la. Pak guard tu sampai pastu kawan kami Nurul dah tolong inform
cakap kami solat di dalam. Tapi dia buka juga pintu nak tengok, nasib masa tu
kami dah siap dah, Cuma nak kemas-kemas untuk masuk barang dalam beg.
Mereka-mereka ini tidak la marah kita menggunakan ruang-ruang tertentu dan
masih respect atas keperluan kita.
Rupanya kami
la antara orang-orang yang masih belum keluar lagi…heheh..Alhamdulillah,
semua nyer selesai. Kami sebelum nak ke Sydney Tower Eye sempat lagi la
posing dekat depan boat orang kaya ini. So fefeeling la sat kan
layan selfie ini..heheh
Kami
kemudiannya naik ke atas dan seterusnya meneruskan perjalanan kami menuju ke Sydney Tower Eye untuk tengok permandangan Bandar Sydney ini.
Perjalanan seterusnya untuk menuju ke bangunan Westfield yang macam dekat
belakang ini. Pintu masuk untuk ke Sydney Tower Eye ini, kami melalui jalan
dalam bangunan ini. Tanda arah untuk ke Sydney Tower Eye ada jer dalam bangunan
ini. So memudahkan orang ramai dengan tanda arah nak ke Sydney Tower Eye ini.
Sydney Tower Eye di bangunan Westfield
Haaa...sampai pun kami dekat Sydney Tower Eye ni
Cantik model ini, bangga nyer bila Petronas Twin Tower ada dalam model ini juga
Khusyuk membaca ketinggian untuk setiap Towers of the World ini
Model la sangatkan amik gambaq tak tengok kamera..Nurul..ooo..Nurul
Sebelum kami ke observation deck tu kami dipertontonkan dengan 3D show tentang Sydney. Layan la 3D show dekat sini dulu. Selesai saja show tu kami mula beratur untuk naik ke atas. Sebelum naik ada security check dekat luar tempat 3D show itu. Boleh tahan juga security check dekat situ, yer la kan untuk memastikan orang-orang awam ini tidak bawa barang-barang terlarang atau senjata dan sebagainya la kan.
Setel semua itu terus kami naik ke atas. Jom layan gambar-gambar dari observation deck ini yang sempat diambil. Masa ini keadaan dah mula nak gelap.
Selesai
melihat permandangan dari atas, seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk ke Circular Quay.
Dari Sydney Tower Eye tu kami berjalan kaki sehingga ke Elizabeth Street dan menaiki bas yang menuju ke Circular Quay. So, macam biasa masih menggunakan Opal card untuk naik apa-apa pengangkutan.
Seterusnya naik bas hingga ke Circular Quay. Dari tempat bas berhenti di Circular Quay kami hanya perlu melintas untuk ke hadapan dan berjalan arah ke kanan jalan. Dah sampai area Circular Quay ini dah tiada masalah untuk sampai ke Sydney Opera House.
Sydney Bridge dah boleh Nampak juga dari Circular Quay ini. Best juga layan gambar-gambar malam dekat sini sebab bangunan-bangunan yang bercahaya dan malam kan dah tak panas. Tapi make sure camera kena setting ikut pada keadaan malam la kan iaitu night mode kalau tidak rugi la moment-moment yang ada dimalam hari ini.
Bersantai la kami disini sambil ambil gambar, makan-makan bekalan makanan dan ambil udara malam. Jom layan gambor
Bersantai la kami disini sambil ambil gambar, makan-makan bekalan makanan dan ambil udara malam. Jom layan gambor
Sydney Bridge
Jalan Straight lagi dari jauh kami dah nampak Sydney Opera House. Sydney Opera House ini dimalam hari memang ramai orang dan ramai yang melepak-lepak lepas kerja aku rasa. Kami pun tak terkecuali juga untuk lepak-lepak dekat area ini. Konon-konon macam local la juga kan sebabnya kami pun berpicnic la juga bawa keluar bekalan makanan roti, tuna dan biskut…heheh..Hasil makan hot chocolate dekat Blue Mountain itu sampai ke malam perut masih ok. Heheheh..mungkin susu dan chocolate tu memang mengenyangkan. Lepas makan-makan kejap itu kami pusing-pusing la jalan di Sydney Opera House ini. Jom la layan gambaq dekat sini.
Bila
masing-masing pun rasa macam dah ok setel ambil gambar,dah rasa puas hati ada
dekat sini, kami pun gerak untuk balik ke hostel. Kali ini nak balik hostel
masing-masing pikir nak balik naik apa.
Sebelum turun bas di Circular Quay tu
kami dah Tanya siap-siap last bus dari Circular Quay ini pukul berapa. Driver
bas tu cakap last bas pukul 2 atau 3 pagi kalau tak silap aku. Cumanya masa tu
kami terlupa nak tanya nak balik nak tunggu bas dekat mana..heheh..sepatutnya
perlu la Tanya sebabnya dekat Circular Quay ini banyak bus stop. Belah sini ada
bus stop, hadapan jalan ada bus stop, naik atas sikit lagi ada bus stop. Belah kanan
ada bus stop…hehehe..kalau tak tnya awal memang melilau la kan…kekekehhh…
Benda yang aku rasa lawak dan kelakar sangat bila kami bertukaq-tukaq bus stop…hahahah..kejap dekat sini, kejap dekat hadapan, kejap naik atas sikit, kejap turun balik, kejap ke tempat asal balik..kejap pusing balik..kejap tunggu bas balik…hehehe..kalau ikutkan di setiap bus stop tu memang ada tulis bas apa yang kena naik untuk ke sesuatu destinasi. Kami memang baca laluan bas itu dah tapi bila bas belum datang rasa tak puas hati la kan walhal pada masa ini sebenarnya baru pukul 10 malam. …hehehe..bukan la lambat sangat pun.
Benda yang aku rasa lawak dan kelakar sangat bila kami bertukaq-tukaq bus stop…hahahah..kejap dekat sini, kejap dekat hadapan, kejap naik atas sikit, kejap turun balik, kejap ke tempat asal balik..kejap pusing balik..kejap tunggu bas balik…hehehe..kalau ikutkan di setiap bus stop tu memang ada tulis bas apa yang kena naik untuk ke sesuatu destinasi. Kami memang baca laluan bas itu dah tapi bila bas belum datang rasa tak puas hati la kan walhal pada masa ini sebenarnya baru pukul 10 malam. …hehehe..bukan la lambat sangat pun.
Mesti local
dekat situ tengok jer apa hal la dengan depa ini..hehehe..masa kami tunggu bas
tu nampak tren dekat situ. Di bahagian atas laluan tren tu (macam putra lrt yang dekat Stesen Pasar Seni kat KL tu la ceritanya), pastu masing-masing pikir
tren tu berhenti dekat mana…lepas itu, salah seorang dari kami yang mata agak
tajam, aku pun tak ingat sapa…kata nampak macam train station dekat situ. Kami
pun gerak lagi dari bus stop tu ke sana..hehehe..rupa-rupanya memang ada pun
train dekat situ..hehehe..memang dekat sangat tapi masing-masing tak perasan...heheheh...punyer la seronok pastu gelak la
beramai-ramai…heheh..dekat sangat train ni dan kami boleh tak perasan…dan
akhirnya balik la naik tren. Perjalanan kami naik tren ini akan turun dekat
central.
So kepada
sesiapa yang nak lebih cepat untuk ke Circular Quay ini boleh ambil tren dari
central ke Circular Quay. So boleh rujuk SINI untuk suburban route map ke Circular Quay. Route ke Central Station cuma selang 2 station saja dah sampai. Kejap jer kami dah sampai..heheheh..
Dari Central station jalan la ke hostel balik. Ikutkan memang ngam la masa kami balik ke hostel, so tidak la terlalu lambat dan tidak la terlalu awal. Malam ini kami kena rehat untuk esok nak gerak dari Sydney ke Christchurch, New Zealand. Flight kami bukan la awal pagi tapi pukul 12.40 tengahari. Untuk mengelakkan lambat dan sebagainya kami memang sudah inform dekat Mr.Ken untuk datang ambil kami pada pukul 8 pagi. Better awal kan dari lambat dan macam-macam keadaan boleh jadi atas jalan ini.
Ok la yer nanti la aku sambung pulak perjalanan untuk esok harinya dari Sydney ke Christchurch. Sampai berjumpa lagi untuk next entri dan kita ke NEW ZEALAND.
Dari Central station jalan la ke hostel balik. Ikutkan memang ngam la masa kami balik ke hostel, so tidak la terlalu lambat dan tidak la terlalu awal. Malam ini kami kena rehat untuk esok nak gerak dari Sydney ke Christchurch, New Zealand. Flight kami bukan la awal pagi tapi pukul 12.40 tengahari. Untuk mengelakkan lambat dan sebagainya kami memang sudah inform dekat Mr.Ken untuk datang ambil kami pada pukul 8 pagi. Better awal kan dari lambat dan macam-macam keadaan boleh jadi atas jalan ini.
Ok la yer nanti la aku sambung pulak perjalanan untuk esok harinya dari Sydney ke Christchurch. Sampai berjumpa lagi untuk next entri dan kita ke NEW ZEALAND.
Bersambung....
Selamat bercuti dan selamat beristirehat…!!! KLIK SINI untuk entri SELANJUTNYA!!!
No comments:
Post a Comment