Sunday, June 5, 2016

Trip to New Zealand - Day 2 - Part 2 - Jalan-Jalan Sydney, Australia

PART 2 - Blue Mountains - Echo Point, Blue Mountains Chocolate Company


Untuk entri sebelumnya sila klik SINI

Salam semua,


Ok sambungan dari sebelumnya, bas yang kami tunggu-tunggu dah sampai di hadapan bus stop yang kami tunggu tu, so apa lagi seronok la kan..naik saja la dulu dan  touch saja Opal Card tu kat dalam Trolley bas tu dan duduk. Nampak tak keseronokan depa-depa ini, sangat happy bila ada dalam bas ini..kekekehh..terpancar seronok nyer depa..hahaha..


 Apapun kami bergopro la dulu walaupun duduk dalam bas, sempat lagi aihhh


Sekejap jer kami dah sampai dekat Echo Point tu..naik bas ini tak la lama pun untuk sampai ke Echo Point.
 Ambil gambar bas dari dekat menandakan kami dah turun bas, bas ini akan ke Scenic World Pulak, so driver akan tunggu sekejap untuk ambil penumpang dari point ini ke Scenic World

Masa ini kabus sangat tebal dan nampak gayanyer bukan la rezeki kami untuk tengok Tree Sister (Tiga Kakak) masa ini. Apapun setiap rezeki Allah yang bagi so kita tawakal saja la macam mana keadaan nyer. Tapi  kami tetap bersyukur walaupun tak nampak permandangan di sini sekurang-kurangnya kami dapat merasa suasana kabus yang tebal, angin yang kuat, gerimis dari kabus-kabus di sini... hehehe..best juga kot..kekekehh... Alhamdulillah bukan senang juga nak dapat suasana nyaman yang macam ini dan macam di puncak gunung pula masa ini...konon-konon macam panjat gunung la kan...Ok jom layan gambar-gambar yang sempat la snap di kawasan ini.


Orang belakang itu sampai berpayung, kami ini masih buat rileks jer kan macam lagu new boys dulu "berpanas, hujan, berembun tak kuhiraukan...hehehehh menggamit kenangan sangat la kan...heheheh.. 
Sebenarnya time ini memang sejuk sungguh dah..tak sangka dapat rasa time summer suasana yang macam ini, tapi bergambar memang perlu la kan macam mana keadaan pun..dah macam cover album pun yer jugak ini


Tak dapat nak ambil gambar permandangan, ambil jer la gambar board mengenai maklumat-maklumat dari arah pandangann ini apa yang boleh dilihat.....ok la juga kan sekurang-kurang nya tau la juga kedudukan dekat mana. 
Kami ambil gambar juga berlatar belakangkan gunung ganang yang dekat belakang itu, memang la ada jer permandangan itu cuma terlindung dengan kabus jer kan..hehehe...boleh la kan..yang penting kenangan itu kadang-kadang tak datang banyak kali...so pasai itu kita kena ambil peluang yang ada...kekekehh..ayat memujuk hati kami
Kabus semakin menebal nampak gayanyer
Kami dekat sini tak boleh nak lama sangat sebab dah basah kena air hujan…ehh hujan ke..bukan la hujan macam air-air dari kabus tu la kot..dan sejuk sama, so kena beransur gerak ke tempat yang lain. Memandangkan stay di situ tak la nampak apa pun, so kami decide untuk terus pergi ke Blue Mountains Chocolate Company.

Kami kembali ke tempat kami turun bas tadi dan naik dekat situ untuk ke Chocolate Company itu, inform saja pada driver dan nanti dia berhentikan di hentian bas yang berdekatan dengan chocolate company dekat situ. Bagus driver bas ini siap inform macam mana nak ke Chocolate Company itu dari hentian bas itu. Kalau ikutkan tidak la jauh pun jaraknya dari Echo Point ini. Tapi kalau menapak itu penat la jugak...heheheh 
Bergambar la dulu, hentian bas tempat kami turun tu..ada dekat belakang yang terlindung dengan kabus, dan yang best nyer cuba tengok kami bertiga elok jer bergambar tapi yang lagi seorang model itu apa hal la jadi model nak menembak pulak sign board dekat situ..hehehe...
Haaa ini la dia Blue Mountains Chocolate Company yang dimaksudkan. Nama dia jer yang macam chocolate company yang rasa macam company besar la kan tapi bukan la besar macam kilang atau apa pun tapi tempat buat chocolate la juga atau omputeh cakap Home made chocolate dekat sini. So bagus juga kami singgah disini sebab boleh minum-minum untuk panaskan badan.

Jom masuk dan order minuman dulu, sebelum kami order minuman itu kami ada tanya la dulu samada depa ada masukkan bahan-bahan terlarang yang kita tak boleh makan contohnya alcohol/wine ataupun gelatin serta sumber-sumber haiwan kan. So omputeh tu mungkin tahu la tentang sensitivity apa yang kita tak boleh makan sebab sebelum ini mesti dah ramai orang-orang islam yang pernah sampai dekat kedai depa dan bertanya benda yang sama. Lepas itu apa lagi order la hot chocolate. Punya la best layan hot chocolate tu time sejuk. Kononnyer boleh la minum diluar ambil udara nyaman tapi dekat sini pun kabus dan angin kuat yang buat kita rasa sejuk nyerrr laa. So tidak la nak melepak di luar pulak kan. Ok minuman dah order..so tunggu saja la orang tu datang hantar


Wowwwww...cuba tengok hot chocolate ini, sedap betoi la...Ini la dia set hot chocolate dengan harga AUD 6.95, memang berbaloi minum sebab sangat mengenyangkan dan sedap serta sekaligus dapat memanaskan badan.
Ini la chocolate dia yang boleh makan saja dan boleh masukkan dalam susu tu, tapi nampak dak macam sumbing sikit chocolate atas itu, tu sebabnya aku gigit sikit sebab nak rasa chocolate dia rasa macam mana..hehehe 
Khusyuk sungguh mengacau hot chocolate depa ini
 Posing dulu Nurul besama Kak Izah!
Aku dan Zarina (model tidak berbayar aku)..hehehe..Best juga duduk dalam kedai ini, suasana dia rileks jer untuk menikmati hot chocolate tadi ini. Suasana kedai dia pun tenang jer. Suka betoi kami masa kat sini. Ok selesai saja kami dekat sini sambil tu sempat lagi memikirkan dan bincang untuk pelan seterusnya.

 Jom layan gambar dalam bangunan  ini dulu
 Dekat sini pun ada tulis beberapa harga-harga untuk barangan yang dijual
Pelbagai jenis coklat yang dikeluarkan oleh Blue Mountains Chocolate Company ini

Ni salah satu chocolate bar yang depa keluarkan

Duduk di situ sambil bincang tentang plan kami yang seterusnya...Hehehehe..so kami decide untuk ambil bas tu balik untuk ke Carrington Place dan terus menuju Katoomba Station balik memandangkan cuaca pun tidak mengizinkan so apakan daya. Kita perlu lah tukar pelan yang lain pulak kan. Kami plan untuk naik tren pada pukul 2.16 pm. Sebelum ke sini kami telah check jadual perjalanan tren dari Central ke Katoomba dan untuk perjalanan balik pula dari Katoomba ke Central. Bila ada jadual ini senang untuk kami arrange masa nak naik dan nak balik pukul berapa. Untuk dapatkan maklumat jadual tren boleh klik SINI.

Setelah selesai minum-minum dan rileks di sini, kami gerak keluar terus untuk menunggu bas di tempat tadi juga. Haaa tengok time ini cuaca dah ok sikit, dah clear dah, baru la nampak bus stop tempat kami turun tadi itu.
Dah macam nak balik rumah la konon nyer depa ini
Gambar dari bus stop kami tuggu ini kalau nak ke Blue Mountains Chocolate Company tu, cuma lintas jalan ke sebelah kanan dan straight sahaja dan pasti jumpa tempat itu. 

Kami tunggu dekat bus stop ini beberapa minit lepas itu bas pun tiba, dari bas stop tu bas tu bergerak menuju ke point yang seterusnya iaitu Scenic World yang mana dekat sini boleh tengok permandangan lebih dekat dengan menaiki beberapa jenis rides yang disediakan. Contohnya skyway, cableway, railway dan juga boleh berjalan di walkway. Dekat Scenic World ini kami dah tak turun disebabkan cuaca yang hanya berkabus dan kami pun telah rancang untuk balik ke bandar Sydney untuk redeem tiket yang kami belum redeem itu. Ada la sekeping dua gambar yang aku sempat snap dari dalam bas untuk dikongsi bersama.
Dah sampai Scenic World dan bas turunkan penumpang dekat sini, kami cuma tunggu dalam bas saja sebabnya kami nak ke Carrington Place terus.

Bas ini pusing masuk ke Scenic World tu dan kemudian kembali lagi ke Echo point dan seterusnya baru la gerak menuju Carrington Place tu balik. Kami ini cuma tengok jam dekat tangan jer la memandangkan tren di Katoomba station tu pada pukul 2.16pm kan walhal kami masih dalam bas ini lagi. Target kami untuk naik tren balik ke Central pada pukul 2.16pm dan tambah perjalanan 2 jam untuk sampai ke Central station tu, so memang ngam-ngam sampai dalam 4.20-4.30 macam tu.
 Akhirnya kami sampai di Carrington Place dan terus sahaja meluru ke tren station tapi sempat lagi mengambil gambar bagai 2-3 keeping..heheheh dan sudah hampir sampai di tren stesen
Gambar dekat atas ini ada kisah lawaknya..heheheh
 
Cerita best yang lawaknyer terjadi di train station ini bila kami dah sampai di Katoomba station dan tetiba dengar bunyi gerabak keretapi bergerak. Mungkin dah sampai la tren yang kami target untuk naik tu, punyer la berlari pecut kami semua sebab dengar bunyi tren tu dan yang lagi best bila seorang minah salleh ini pun follow la berlari bersama kami juga sebab tak mau la tertinggal tren dan kena tunggu pulak lagi sejam dekat situ TETAPI sampai di platform dekat atas itu rupanya hampa belaka…hehehehe…rupanyer tren gerabak bawa barang kot..hehehe..minah salleh tu punya la frust dan memang buat tangan hempas ke bawah tanda frust sebab dia tertipu dengan mengikut kami berlari tadi itu...kekekehhh. Heheheh..kami gelak sesame kami jer la..hahahah..best kan macam itu...kekekehhh
Minah saleh yang pakai baju sejuk hijau itu la yang berlari bersama kami tadi..kesian dia

Ikutkan tren yang sepatutnya akan sampai lagi 18 minit macam tu dan waktu pada masa ini pukul 1.58. Itu kisahnyer..sempat la pergi membuang apa yang patut sebelum tren sampai dan posing-posing lagi kan...hehehe
 Ini posing yang tidak bersedia

Masa yang kami anggarkan untuk sampai ke Central balik adalah pada pukul 4.20pm macam tu. Plan yang seterusnya adalah nak ke Darling Harbour dan redeem ticket untuk 5 attractions tu. Semuanya pada nasib la kan. Kalau ikutkan pada operating time Sydney Aquarium di mana tempat untuk kami redeem ticket itu di buka hingga pukul 5.00 pm sahaja.
 Sempat lagi posing walaupun tren dah sampai
Ok tren dah sampai, jom naik dulu..apapun semuanya bergantung kepada nasib jer jawabnyer…so aku akan sambung pada next entri sama ada kami sempat atau tidak ke Darling Harbour untuk redeem ticket itu...heheheheh..sempat ke??

No comments: