Sunday, February 19, 2012

Konvoi @ Teluk Senangin, Segari, Perak (Part 3/Final))

Day 3 ( 6/2/2012)

Salam semua,

Ok sambungan dari entri sebelumnyer...(klik sini untuk entri sebelumnyer)

Aku kembali lagi untuk habiskan penceritaan tentang Konvoi dekat Teluk Senangin ini. Ada pulak kawan aku si Af soh aku sambung..dia cakap kenapa aku tak habiskan cerita pasai Teluk Senangin tu. So atas permintaan dia..aku habiskan malam ini jugak penceritaan yang tertangguh tu..ok..jom kembali ke Teluk Senangin.

Hari ini, hari terakhir kami dekat Teluk Senangin ini, so memng tak banyak aktiviti, cuma sesi jungle trekking dan berkemas-kemas untuk balik jer..Untuk sesi jungle trekking tu aku tak join atas alasan ada masalah kaki yang sakit..heheh..mcm orang2 lama lak aku..sakit kaki..tapi tak per untuk aktiviti ini memang optional..boleh join dan boleh x join..Aku just pesan pada member2 yang join p jungle trekking tu untuk ambil gambar-gambar yang menarik semasa depa tengah trekking tu...heheh..Untuk makluman, semua yang join jungle trekking ini, mereka bermula pada pukul 7.30 dan berakhir lebih kurang pukul 9 pagi.

Dari apa yang dimaklumkan pada aku, laluan yang dilalui tu menarik, tak la susah pun...depa-depa ini pun jalan2 lenggang kangkong jer dan mcm kak limah balik rumah..hahaha...dan ianya tidak memenatkan pun..berjalan secara relax sahaja. Trekking bermula dari laluan tepi pantai tempat kami menginap sehingga hujung pantai, masuk kawasan chalet yang berada di bahagian dalam Teluk Senangin tu dan kembali ke chalet...aku pun tak dapat nak cerita secara terperinci sebab aku tak join,..tapi apapun kawan-kawan aku cakap memang best!!!

Semua gambar kat bawah ini kredit to Suhada atas jasa baik dia snap semua gambar-gambar ini. So jom tengok hasil gmbaq yg d snap ni..

Bro Jamal dan Pak Kob
Ranjini n Angah

Semua jungle trekker

Lubang-lubang kehidupan ketam

Menarik nama hutan simpan ini..heheh

Antara chalet yang ada di Teluk Senangin

Betoi yang macam aku cakap...lenggang kangkong n kak limah balik rumah

Cantik view kat sini!!!

Posing jangan tak posing!!! Macam posing dekat Indonesia plak aku rasa...heheh

Lepas selesai semua sesi berposing-posing semua pun kembali ke chalet. Ok setibanya semua yang trekking tu ke chalet masing-masing..so time to eat n breakfast..jom makan!!!

Selepas jer setel semua bersarapan..baru la dengar para juri dan urus setia dok panggil semua orang untuk berkumpul kembali...Ingatkan nak buat aper..rupa2 nyerrr lupa la plak..ada sesi penutup..eehhh bukan setakat penutup...lupa yang pertandingan Sand Castle semalam tu belum diumumkan pemenang...Hahaha..punyer la shok dok main ayaq semalam, smpai lupa pasai pemenang Sand Castle tu..heheh...

So terus kami buat sesi penyampaian hadiah dan juga sesi penutup skali...Untuk sesi penutup ini ianya diadakan awal pagi la jugak sebab ada beberapa family yang nak bertolak awal sebab ada agenda masing2.

Masa sesi penutup tu, sis Anum yang mulakan acara..ucapan terima kasih pada Bro Jamal dan semua yang menjayakana Konvoi dan family day ini..dan lepas tu,terus sampaikan hadiah pada pemenang...Hahaha..suka..suka time ini!!

Pemenang bagi acara Sand Castle ialah..teng tereng!!!

Untuk tempat pertama dimenangi : Chalet Liza n Family
Ni la juara untuk Sand Castle..mcm tau2 ja nak dapat no 1,
pakai pink sama ngan beg hamper..heheh
Ni la hasil kerja Liza and family
(Kemenangan berpihak kepada dia atas sebab kekemasan, dekorasi serta struktur pasir rata)heheh

Tempat kedua : Chalet Group aku n the geng (huiihhh x sangka menang weiiihh))heheh.. teruja gak aku plan utk menang menjadi..hahah
Hasil kerja kami!!!
(Kemenangan berpihak kepada kami atas sebab kekemasan, walaupun tak sempat mendekorasi istana ini tetapi sturktur permukaan pasir adalah rata dan kemas)heheh


Tempat ketiga: Chalet Mr Valzahmer n Family
(Kemenangan berpihak kepada Mr Valzahmer n family atas sebab idea yang kreatif)selebihnya juri jer yang tau...


Heheh..best ooo..bila dapat hadiah...heheh..so setakat itu jer la cerita nyer 3 hari 2 malam kami di Teluk Senangin ini. So...tamatlah sudah cerita di Teluk Senangin ini.

Rumusan : Bagi aku walaupun chalet serba kekurangan tapi apabila berada di sana (Teluk Senangin) ianya tetap best!!

Kepada sesiapa yang ingin menenagkan fikiran, bercuti bersama keluarga, bermandi manda..bermain pasir dan bersuka ria..boleh la mengunjungi Teluk Senangin ini. Memang best kalau pergi beramai-ramai..happening!!!apapun Selamat bercuti!!!

Tuesday, February 14, 2012

Photo of The Day @ Segari, Perak

Salam semua,

Hehehe..mood untuk menaip panjang2 tak sampai malam ini, so aku share jer la gambar ini. Untuk makluman aku sangat suka pokok kat sini, kalau sapa yang nak buat photo shoot kat sini, aku rasa ia dapat menghasilkan satu hasil seni yang baik. Aku tak tau la pokok apa, adakah ianya pokok getah..heheh..entah..tapi ia mampu menarik perhatian aku dan sesiapa yang lalu dekat sini. Gambar ini pun salah satu gambar yang sempat di ambil masa dalam kereta. Tempat ini berada di tepi jalan di Segari, Perak..Ok tu jer yang boleh dikongsi, apapun Selamat Bercuti!!!

Photo of The Day @ Sungai Dua, Pulau Pinang

Salam buat semua,


Ok, gambaq yang ingin dikongsi pada kali ini ialah gambaq permandangan yang sempat diambil dari dalam kereta. Gambar ini diambil pada 13 Februari 2012 semasa jalan sangat-sangat sesak di sebabkan kemalangan dekat situ. So, aku mengambil kesempatan yang ada untuk snap permandangan ni yang bagi aku ianya sesuatu yang cantik untuk di hayati...dan memperlihatkan betapa indah ciptaan-Nya. Permandangan ni betul-betul diambil dari tepi Lebuhraya Utara Selatan selepas tol Sungai Dua. Apapun, hargailah keindahan Alam kita..ok..Selamat menikmati keindahan Alam dan Selamat Bercuti!!!

Sunday, February 12, 2012

Konvoi @ Teluk Senangin, Segari, Perak (Part 2)

Day 2 ( 5/2/2012)

Salam semua,

Ok sambungan dari entri sebelumnyer...(klik sini untuk entri sebelumnyer)

Hari ini punyer itinerary memang agak padat, sebab semuanyer di jalankan pada hari ini. Hari ini jugak lagi 3 family akan datang dari Penang yang menjadikan kesemuanya yang join ke Teluk Senangin ini 12 family. Tapi bagi mereka2 yang bujang yang duduk satu chalet tu di anggap sebagai satu family. Ok aku senarai la baru nampak sapa yang join ke Teluk Senangin ini. Antara ahli-ahli konvoi dan family day ini adalah:

1) Jamal dan Kak Ifa n anak2 (sofea dan Irfan)
2) Anas dan Kak Fiza n family (Mak Anas, Aqil n Nuha)
3) Aizat dan Hasni
4) Liza dan Amir n Eisha (anak)
5) Farah dan Saifuddin n anak
6) Aku, Suhada, Ranjini and Afni (geng bujang consider as 1 family)
7) Kak Zarina, Kak Ann, Angah dan Kak Emma (geng bujang consider as 1 family)
8) Abang Latif dan Kak Azizah n Alif (anak)
9) Rafi dan Amir (geng bujang consider as 1 family)
10) Pak Kob dan Kak Liza n Ain (anak)
11) Mr Valzahmer, isteri dan 4 orang anak
12) Kak Anum n husband dan 3 orang anak

Tuuu dia.. lepas dah senarai baru la nampak sebenaqnyer, ramai jugak yang join konvoi and family day ini. So, next...aktiviti2 yang dijalankan adalah seperti berikut:

Lost and Found - dewasa sahaja
Bowling pantai - kanak-kanak dan dewasa
Isi air dalam botol - kanak2 sahaja
Balingan kasih - dewasa sahaja
Sand Castle - 1 chalet 1 istana

Sebelum, semua game ini berlangsung, acara pertama di pagi hari lebih kurang 7.30 pagi macam tu, kami berkumpul untuk senaman, jogging, senamrobik, heheh..dan chicken dance..heheh..chicken dance ini buat aku tergelak2 kat kawan2 aku..sebab macam2 gaya ada..hahah..aku kejap buat..dan kejap buat rakaman video, so tidak sepenuh masa buat senaman ini..hahaha..SELAMAT aku..



Lost and Found

Permainan ini cerita dia macam ini, Depa2 yang join permainan ini perlu mencari barang-barang yang hilang dan yang telah disenaraikan. Depa ini diberi 5 minit untuk mencari 20 brangan yang hilang tu dan sekiranya kalah, depa2 ini akan didenda untuk membuat satu persembahan pada sebelah malamnya..heheh..aku dan angah selamat sebab kami juri..heheh..dan untuk pertandingan ini, Family Pak Kob, Family Anum n Family Mr Valzahmer tak join sebab belum sampai lagi. Untuk permainan ini semua yang ada di bahagi kepada 5 kumpulan. Aku la yg tetapkan nama2 berkenaan sapa yang join sapa...hheheh..ok laaa...Antara barangannya yang kena cari kalau tak salah aku:

Pen
sapu tangan
Tali pinggang
kunci
pemetik api
Jam tangan (leader)
Brooch/Keronsang
Botol Mineral 1.5 Liter
3 Batu
3 jenis Daun
Buah kelapa
Lipstic
Bedak Compact
Syiling 5 sen dan 2o sen
Ranting berbentung "Y"
Cermin mata
Handphone jenama ( Nokia dan Samsung)
3 Kulit siput
3 biji gula2
getah rambut
Heheeheh..terbaek la..aku rasa orang2 laki yang group ada pompuan senang..sebab kebanyakan barang2 yang di cari ada dalam handbag orang2 pompuan ini...heheh..pasai tu aku bagi group bercampuq laki dan pompuan..heheh..

Tempat pertama di menangi oleh group no. 2 (K.Ann, K.Zah, K.Emma dan Shaifuddin)
Tempat kedua di menangi oleh group no. 4 ( Suhada, Rafi dan Abg Latif)
Tempat ketiga di menangi oleh group 1 (Anas, K.Zarina dan Liza)

Hehehe..tahniah semua..aku suka game ini sebab..huru hara..aku kata huru hara sebab depa2 ini lari bertempiran, macam2 gelagat ada..heheh..aku yang dok amek video dok gelak sorang ja..heheh..tapi yang bagusnyerr..semuanyerr bekerjasama di dalam satu kumpulan tak kisah la walaupun menang ataupun kalah.

Bowling Pantai

Untuk bowling pantai ini plak..macam biasa jer la..so aku share je la gambaq2 yang sempat diambil. Disebabkan aku dah miss untuk main lost and found, so untuk kali ini aku join pulak...heheh..kemaruk nak bersukaneka la konon walhal..aku baling hampeh satu pun tak kena..heheh..aku dan angah masuk group no.3 dan bagi Jamal lak jadi juri..hehehe..Masa dok main-main ini, sampai la lagi 3 family tu. Sampai2 jer terus kena panggil untuk main bowling pantai ini...hehehe..tak sempat nak tukaq baju pun lagi..tapi apapun semua pun memang sporting dan sangat-sangat enjoy...

upu Kategori dewasa

Kategori kanak-kanak


Isi Air dalam Botol

Permainan ini pun dah biasa dibuat..so tak perlu la aku nak terang lagi...tapi untuk permainan ini hanya untuk kanak2 sahaja. Mak/mummy/mama/ibu/umi/abah
/ayah/papa semua tolong tengok jer la yekk..heheh..so ni antara gmbaq2 yang dapat dikongsi bersama.



Balingan Kasih

Permainan ini plak cara main dia macam ni, kena ada couple x kisah la sapa dengan sapa pun yang penting couple. husband and wife, adik n abang, kawan n kawan, sapa2 jer la..cara dia seorang akan berada satu baris dan akan stay jer dekat situ..manakala pasangannya pulak akan ada dekat depan couple dia untuk sambut belon yang akan dilontar oleh couple masing-masing. Selepas satu balingan, pasangan yang berada di sebelah kanan akan melangkah satu langkah ke belakang dan sambut belon yang dilontar, kalau belon terjatuh dan tak pecah, tak per still leh meneruskan permainan lagi tapi once belon pecah, terkeluar dari game..heheh..aku pun main gak..smbil main smbil jagi peniup wisel. Heheh..aku main kejap jer sebab sat ja belon aku dah pecah..memang basah laa bila belon tu pecah bila lontaran belon adalah dekat aku...cehh..hampeh..sehampeh..hampehnyerr..

Persaingan sengot!!!heheh..sengit kot..

Habih game ni dalam tengah hari pukul 12 lebih,lepas tu terus buat sesi penyampaian hadiah dan lepas bagi2 hadiah tu kami berhenti untuk lunch, solat dan rehat. Acara di berhentikan dan di sambung pada pukul 5.30 petang untuk game seterusnya iaitu Istana Pasir.

Masa ini aku ngan geng2 chalet, lepas lunch jer kami keluar sat naik keta untuk cari apa2 sorvenir menarik yang ada dekat area2 pintu gerbang Teluk Senangin ini. Sebelum pergi mencari-cari barang untuk di bawa balik, kami teruskan dengan misi untuk berposing dulu heehehe..

Posing bersama!!! Aku, Af, Ranjini dan Suhada

Tak banyak barang yang bercopkan Teluk Senangin di sini, banyak yang bercopkan Pangkor. So, aku cuma beli 1 Fridge Magnet dengan 1 key chain jer.

So, selepas setel bergambaq dan beli barang2 yang berkenaan , kami pun balik ke teratak kami untuk istirehat sehingga pukul 5 (waktu rehat yang diperuntukkan untuk bagi tenaga)...mana tak nyerr pasni kami semua akan jadi contractor yang tak bertauliah untuk bina Istana Pasir...hahaha

Sand Castle

Untuk aktiviti ini semua orang terlibat untuk buat istana pasir ini..hahaha..kembali ke zaman budak2 la plak kami semua..heheh..setiap chalet perlu menyiapkan satu istana pasir dalam masa 30 minit...iaitu dari pukul 5.45 kami start dan berakhir pada pukul 6.15...tapi apapun memang menyeronokkan sampaikan aku tak sempat nak pi snap gambaq-gambaq semua yang tengah dok bertungkus lumus menyiapkan istana masing-masing. Dan kebetulan pulak waktu ni battery camera dah kong smpai tak boleh nak ON lagi dahh..heheh..cuma sempat snap beberapa gambaq saja..ok jom tengok hasil istana yang telah di siapkan..

Nii la istana kami yang hampir siap tu..hahah..ni jer la gambar yang ada pun..yang lain nanti aku amek dari camera kawan2 aku..heheh..dan tak sangka dalam ramai2 yang buat istana ini..kami mendapat tempat kedua...fuyooo syabas BETEII..aku suka.aku suka!!!

Time untuk bagi markah kepada setiap istana yang telah di siapkan!!!hahaha..lawak toi aku rasa bila juri dok bagi markah tapi sorang pun dah tak dak dekat istana masing-masing sebab masing-masing dah xcited terjun lautt..masa ini semua macam memang tak kisah kalah atau menang yang penting masing-masing enjoy...tinggal la juri jer yang ada untuk bagi markah..heheh...punya la masing-masing melepaskan geram bermain ayaq..kononnyer takut rugi masa tak sempat nak puas berenang-renang ke tepian la tuuu..heheh...so kami main ayaq sampai la senja baru la naik..Tuuu diaa..dasyat aihh..heheh

Seterusnya..aktiviti malam kami ada Barbeku (BBQ) plak...yang tolong bakaq semuanya Bro Jamal n Abg Latif (Terima kasih untuk depa)..Dan Aktiviti penutup untuk malam ini ialah karaoke...heheh..so enjoy dengaq depa2 ni nyanyi..Terbaek laaa..heheh

Ok setel untuk hari ini, keesokannya pulak ialah hari terakhir dekat Teluk Senangin, so nanti la pulak aku update lagii..penat kott..heheh..ok laa Selamat Bercuti!!!

Bersambung....

Saturday, February 11, 2012

Konvoi @ Teluk Senangin, Segari, Perak (Part 1)

Salam buat semua,

Baru hari ini aku berpeluang untuk update blog setelah hampir seminggu sibuk dengan tugas-tugas harian. Ok back to the topic, pada 4 - 6hb Februari yang lepas aku serta rakan-rakan berkonvoi beramai-ramai ke Teluk Senangin, segari, Perak. Ini la kali pertama aku dengaq tentang Teluk Senangin ni. Tak penah plak aku tau pasai Teluk Senangin ini. Cadangan untuk berkumpul beramai-ramai dan buat ala-ala family day kat sana terlaksana atas kerja keras kawan aku, Bro/Mr Jamal. Thanks untuk Jamal and family atas usaha yang sangat2 membuatkan aku berpuas hati.


DAY 1 ( 4 Februari 2012)

Hari ini, Bro Jamal memang dah set dengan semua yang terlibat untuk berkumpul di R n R Juru. Walaupun semua dah bekeluarga, kebanyakan semuanya sampai tepat pada masanya iaitu pada pukul 8.45 pagi. Bila semua dah ready, kami terus berkonvoi beramai-ramai untuk ke R n R seterusnya pulak iaitu di R n R Semanggol untuk breakfast dan juga berjumpa dengan satu lagi kereta yang tunggu kami dekat sana.

Gambar-gambar sekitar R n R Semanggol

Selepas breakfast dan jumpa dengan sebuah lagi kereta dekat R n R Semanggol tu, kami pun start the journey...heheh..journey kerr..heheh..x la..memulakan perjalanan yang diketuai oleh Bro Jamal. Bro Jamal yang lead dekat depan skali dan kebetulan plak kereta dia warna putih dan yang follow adalah kereta-kereta berwarna gelap iaitu hitam. Macam di rancang-rancang pulak. Untuk ke Teluk Senangin, kami keluar ke susur Changkat Jering. Lepas tol tu ada traffic light dan semua membelok ke sebelah kanan. Heheheh..itu jer direction yang aku ingat dan lepas itu bleh jer ikut sign board untuk ke Lumut. Perjalanan dari Juru ke Telok Senangin sejauh lebih kurang 150km.

Haaa ni dia kereta-kereta yang berkonvoi bersama-sama, lagi satu kereta avanza yang tengah tunggu kat depan skit sebab x cukup tempat parking. Masa ni kat area Pantai Remis.


Haaa...tu dia dah nmpak dah pintu masuk/gerbang Teluk Senangin ini. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Aku rasa pepatah tu masih relevan digunakan lagi. Nak tau pasai pa..heheh..pasai nyerr sebelum aku buat keputusan untuk join Bro Jamal, ada la ura2 cakap..ooo Teluk Senangin..x dak apa pun, kalau nak masuk Teluk Senangin ini, memang jauh. Tak der apa2 pun kat situ.Heheehh..

Tapi setelah aku sampai, rasanyer macam tak la sama seperti yang digambarkan pada aku tu. Tempat ini ok jer bagi aku, cantik!!!Heheh..apapun kalau tak cuba, mana nak tau macam mana keadaan di sesuatu tempat tu. Hehehe..apapun atas diri sendiri jugak semua tu..eheheh..motivasi lak..hahaha

Chalet yang kami duduk ni nampak macam rumah-rumah kampung di kawasan pergunungan plak..heheh


Ni la chalet tempat aku tinggal, bagi aku ok jer la..tapi agak mahal kot sebab chalet kat sini memang betoi2 basic jer. Tilam, bantai dan katil..tapi katil pun yang hampir2 macam nak roboh aku rasa...heheh..tapi di sebabkan chalet ini berada betoi2 depan pantai dan aku memang suka dok kat dekat-dekat pantai, so bab-bab accommodation aku tak brapa nak kisah la sangat. Tapi bagi aku kalau untuk yang berfamily mungkin ada sedikit rasa ketidakselesaan. Tapi yang penting aku suka sebab Best!!!hahaha

Hari ini kalau ikut itinerary nyer..memang x der apa2 aktiviti..free and easy jer..so apa lagii..mandi manda adalah syarat wajib..heheh..tapi memandangkan kami sampai awal dalam 11.30 macam tu..matahari pun memang dah terpancar-pancar ..so aku n kawan-kawan cadang untuk main n mandi manda petang nyer. So, time to rest!!!

Hahaha..rest konon!!! Ceeehhh..cakap jer nak rest tapi hampeh...hampeh di sebabkan chalet kami waktu di siang hari adalah sangat-sangat menjadi ketuhar..paneh weiihhh!!!becerau-cerau peluh keluaq bila dok dalam chalet tu..mana tak nyer bumbung yang digunapakai adalah jenis kliplock (lebih kurang mcm zink) jugak la kan, so bahang dia memang terasa laaa...so apa lagi better duduk kat luar..lagi sejuk..tapi aku heran ngan dua orang kawan aku yang sangat2 kebal sebab boleh tidoq lagi dalam tuu..heheh.. penat kot..sebab drive..tapi kalau driver yang penat ok la kan..ni penumpang yang dok belakang pun leh tidoq...heheh..memang tak leh nak cakap apa la kan...hehehe

Masa dok lepak2 kat luar chalet, aku tengok bro Jamal n wife dia dah bawak keluaq barang2 untuk masak. Huiiihhh memang terbaek la..semua barang dia usung bawak mai Teluk Senangin ni...so depa ni pun, memasak, memasak dan memasak!!! untuk bagi makan pada semua kawan2.

Ni la Bro Jamal dan wife dia Kak Ifa (yang sedang buat peace no war tu) heheh..memang sporting abih la depa ni..
TERBAEK uolls!!

Anak-anak Bro Jamal n Kak Ifa
Ni plak kakak-kakak, yang mengambil bahagian sesi memasak ni..heheh

Bro Jamal and wife dia memang sangat2 rajin dan TERBAEK!!!baguihh depa ni..heheh..So..time to eat!!!lepak punyer lepak smpai la petang.


So rancangan seterusnyer untuk bersuka ria dimulakan..heheh..plan waktu petang ialah mandi manda..main-main ayaq..dan segala aktiviti berkaitan dengan pantai ok..!!!heheh..aku kalau bab2 ayaq memang suka..terlebih suka lagi2 kalau laut..heheh..ok la jom kita tengok gmbaq2 yang sempat aku snap waktu sesi santai di pantai ni..heheh..


Liza dan Eisha

Bro Jamal dan anak-anak dia, Sofea dan Irfan

Anas, Kak Fiza and family

Bro yang kanan skali ni tengah menjalankan misi dia mencari siput remis..hahah

Geng-geng yang berkobar-kobar nak main ayaq..heheh

Hahah..ni la yang terjadi apabila keghairahan berada di dalam ayaq..hehehe..aku suka lompatan yang beriringan ni..aku pun terasa macam nak melompat skali..hahaha

Suka betoi depa ni main ayaq!!!heheh

Bola tampaq dalam ayaq

Permandangan yang cantik di waktu petang yang hampir senja

Dah habih volley ball dalam ayaq..ni kat pantai lak..kat pasiaq plak..heheh..kuat bersukan sungguh la depa niii..heheh

Sambut kak sambut..heheh!!!

Kakak tu nak tampaq bola ke nak tanduk???hehehe

Ok..tamat la sudah aktiviti pada hari ini, pada sebelah malam nyer plak, biasa la rehat2 dan makan malam. Lepas tu lepak2 sat dan balik tidoq...tapi ada jugak kawan2 aku yang pi memancing waktu malam dan tidak membawa sebarang hasil tangkapan..heheh..tak per la kan janji lepas gian pegang joran pun dah cukup la kan..heheh...nanti aku sambung lagi pada entri akan datang untuk keesokan harinyer pulak!!! penat dah ni..hahaha..ok daaa selamat bercuti!!!

Bersambung....