Day 3 ( 6/2/2012)
Salam semua,
Ok sambungan dari entri sebelumnyer...(klik sini untuk entri sebelumnyer)
Aku kembali lagi untuk habiskan penceritaan tentang Konvoi dekat Teluk Senangin ini. Ada pulak kawan aku si Af soh aku sambung..dia cakap kenapa aku tak habiskan cerita pasai Teluk Senangin tu. So atas permintaan dia..aku habiskan malam ini jugak penceritaan yang tertangguh tu..ok..jom kembali ke Teluk Senangin.
Hari ini, hari terakhir kami dekat Teluk Senangin ini, so memng tak banyak aktiviti, cuma sesi jungle trekking dan berkemas-kemas untuk balik jer..Untuk sesi jungle trekking tu aku tak join atas alasan ada masalah kaki yang sakit..heheh..mcm orang2 lama lak aku..sakit kaki..tapi tak per untuk aktiviti ini memang optional..boleh join dan boleh x join..Aku just pesan pada member2 yang join p jungle trekking tu untuk ambil gambar-gambar yang menarik semasa depa tengah trekking tu...heheh..Untuk makluman, semua yang join jungle trekking ini, mereka bermula pada pukul 7.30 dan berakhir lebih kurang pukul 9 pagi.
Dari apa yang dimaklumkan pada aku, laluan yang dilalui tu menarik, tak la susah pun...depa-depa ini pun jalan2 lenggang kangkong jer dan mcm kak limah balik rumah..hahaha...dan ianya tidak memenatkan pun..berjalan secara relax sahaja. Trekking bermula dari laluan tepi pantai tempat kami menginap sehingga hujung pantai, masuk kawasan chalet yang berada di bahagian dalam Teluk Senangin tu dan kembali ke chalet...aku pun tak dapat nak cerita secara terperinci sebab aku tak join,..tapi apapun kawan-kawan aku cakap memang best!!!
Semua gambar kat bawah ini kredit to Suhada atas jasa baik dia snap semua gambar-gambar ini. So jom tengok hasil gmbaq yg d snap ni..
Bro Jamal dan Pak Kob
Betoi yang macam aku cakap...lenggang kangkong n kak limah balik rumah
Lepas selesai semua sesi berposing-posing semua pun kembali ke chalet. Ok setibanya semua yang trekking tu ke chalet masing-masing..so time to eat n breakfast..jom makan!!!
Selepas jer setel semua bersarapan..baru la dengar para juri dan urus setia dok panggil semua orang untuk berkumpul kembali...Ingatkan nak buat aper..rupa2 nyerrr lupa la plak..ada sesi penutup..eehhh bukan setakat penutup...lupa yang pertandingan Sand Castle semalam tu belum diumumkan pemenang...Hahaha..punyer la shok dok main ayaq semalam, smpai lupa pasai pemenang Sand Castle tu..heheh...
So terus kami buat sesi penyampaian hadiah dan juga sesi penutup skali...Untuk sesi penutup ini ianya diadakan awal pagi la jugak sebab ada beberapa family yang nak bertolak awal sebab ada agenda masing2.
Masa sesi penutup tu, sis Anum yang mulakan acara..ucapan terima kasih pada Bro Jamal dan semua yang menjayakana Konvoi dan family day ini..dan lepas tu,terus sampaikan hadiah pada pemenang...Hahaha..suka..suka time ini!!
Pemenang bagi acara Sand Castle ialah..teng tereng!!!
Untuk tempat pertama dimenangi : Chalet Liza n Family
Tempat kedua : Chalet Group aku n the geng (huiihhh x sangka menang weiiihh))heheh.. teruja gak aku plan utk menang menjadi..hahah
(Kemenangan berpihak kepada kami atas sebab kekemasan, walaupun tak sempat mendekorasi istana ini tetapi sturktur permukaan pasir adalah rata dan kemas)heheh
Tempat ketiga: Chalet Mr Valzahmer n Family
(Kemenangan berpihak kepada Mr Valzahmer n family atas sebab idea yang kreatif)selebihnya juri jer yang tau...
Heheh..best ooo..bila dapat hadiah...heheh..so setakat itu jer la cerita nyer 3 hari 2 malam kami di Teluk Senangin ini. So...tamatlah sudah cerita di Teluk Senangin ini.
Rumusan : Bagi aku walaupun chalet serba kekurangan tapi apabila berada di sana (Teluk Senangin) ianya tetap best!!
Kepada sesiapa yang ingin menenagkan fikiran, bercuti bersama keluarga, bermandi manda..bermain pasir dan bersuka ria..boleh la mengunjungi Teluk Senangin ini. Memang best kalau pergi beramai-ramai..happening!!!apapun Selamat bercuti!!!
3 comments:
wah...seronok kan..habis sudah ceritanya..
wah blog anak sifu lg canggih dr mak sifu...wakakkaa..
***nti blh lah terjah sini slalu...hehe
Nonie,
Hehehe..habis sudah ceritanyer!!!
JS,
mana ada canggih pun..x leh lawan mak sifu pun...heheh
Post a Comment