Saturday, February 11, 2012

Konvoi @ Teluk Senangin, Segari, Perak (Part 1)

Salam buat semua,

Baru hari ini aku berpeluang untuk update blog setelah hampir seminggu sibuk dengan tugas-tugas harian. Ok back to the topic, pada 4 - 6hb Februari yang lepas aku serta rakan-rakan berkonvoi beramai-ramai ke Teluk Senangin, segari, Perak. Ini la kali pertama aku dengaq tentang Teluk Senangin ni. Tak penah plak aku tau pasai Teluk Senangin ini. Cadangan untuk berkumpul beramai-ramai dan buat ala-ala family day kat sana terlaksana atas kerja keras kawan aku, Bro/Mr Jamal. Thanks untuk Jamal and family atas usaha yang sangat2 membuatkan aku berpuas hati.


DAY 1 ( 4 Februari 2012)

Hari ini, Bro Jamal memang dah set dengan semua yang terlibat untuk berkumpul di R n R Juru. Walaupun semua dah bekeluarga, kebanyakan semuanya sampai tepat pada masanya iaitu pada pukul 8.45 pagi. Bila semua dah ready, kami terus berkonvoi beramai-ramai untuk ke R n R seterusnya pulak iaitu di R n R Semanggol untuk breakfast dan juga berjumpa dengan satu lagi kereta yang tunggu kami dekat sana.

Gambar-gambar sekitar R n R Semanggol

Selepas breakfast dan jumpa dengan sebuah lagi kereta dekat R n R Semanggol tu, kami pun start the journey...heheh..journey kerr..heheh..x la..memulakan perjalanan yang diketuai oleh Bro Jamal. Bro Jamal yang lead dekat depan skali dan kebetulan plak kereta dia warna putih dan yang follow adalah kereta-kereta berwarna gelap iaitu hitam. Macam di rancang-rancang pulak. Untuk ke Teluk Senangin, kami keluar ke susur Changkat Jering. Lepas tol tu ada traffic light dan semua membelok ke sebelah kanan. Heheheh..itu jer direction yang aku ingat dan lepas itu bleh jer ikut sign board untuk ke Lumut. Perjalanan dari Juru ke Telok Senangin sejauh lebih kurang 150km.

Haaa ni dia kereta-kereta yang berkonvoi bersama-sama, lagi satu kereta avanza yang tengah tunggu kat depan skit sebab x cukup tempat parking. Masa ni kat area Pantai Remis.


Haaa...tu dia dah nmpak dah pintu masuk/gerbang Teluk Senangin ini. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Aku rasa pepatah tu masih relevan digunakan lagi. Nak tau pasai pa..heheh..pasai nyerr sebelum aku buat keputusan untuk join Bro Jamal, ada la ura2 cakap..ooo Teluk Senangin..x dak apa pun, kalau nak masuk Teluk Senangin ini, memang jauh. Tak der apa2 pun kat situ.Heheehh..

Tapi setelah aku sampai, rasanyer macam tak la sama seperti yang digambarkan pada aku tu. Tempat ini ok jer bagi aku, cantik!!!Heheh..apapun kalau tak cuba, mana nak tau macam mana keadaan di sesuatu tempat tu. Hehehe..apapun atas diri sendiri jugak semua tu..eheheh..motivasi lak..hahaha

Chalet yang kami duduk ni nampak macam rumah-rumah kampung di kawasan pergunungan plak..heheh


Ni la chalet tempat aku tinggal, bagi aku ok jer la..tapi agak mahal kot sebab chalet kat sini memang betoi2 basic jer. Tilam, bantai dan katil..tapi katil pun yang hampir2 macam nak roboh aku rasa...heheh..tapi di sebabkan chalet ini berada betoi2 depan pantai dan aku memang suka dok kat dekat-dekat pantai, so bab-bab accommodation aku tak brapa nak kisah la sangat. Tapi bagi aku kalau untuk yang berfamily mungkin ada sedikit rasa ketidakselesaan. Tapi yang penting aku suka sebab Best!!!hahaha

Hari ini kalau ikut itinerary nyer..memang x der apa2 aktiviti..free and easy jer..so apa lagii..mandi manda adalah syarat wajib..heheh..tapi memandangkan kami sampai awal dalam 11.30 macam tu..matahari pun memang dah terpancar-pancar ..so aku n kawan-kawan cadang untuk main n mandi manda petang nyer. So, time to rest!!!

Hahaha..rest konon!!! Ceeehhh..cakap jer nak rest tapi hampeh...hampeh di sebabkan chalet kami waktu di siang hari adalah sangat-sangat menjadi ketuhar..paneh weiihhh!!!becerau-cerau peluh keluaq bila dok dalam chalet tu..mana tak nyer bumbung yang digunapakai adalah jenis kliplock (lebih kurang mcm zink) jugak la kan, so bahang dia memang terasa laaa...so apa lagi better duduk kat luar..lagi sejuk..tapi aku heran ngan dua orang kawan aku yang sangat2 kebal sebab boleh tidoq lagi dalam tuu..heheh.. penat kot..sebab drive..tapi kalau driver yang penat ok la kan..ni penumpang yang dok belakang pun leh tidoq...heheh..memang tak leh nak cakap apa la kan...hehehe

Masa dok lepak2 kat luar chalet, aku tengok bro Jamal n wife dia dah bawak keluaq barang2 untuk masak. Huiiihhh memang terbaek la..semua barang dia usung bawak mai Teluk Senangin ni...so depa ni pun, memasak, memasak dan memasak!!! untuk bagi makan pada semua kawan2.

Ni la Bro Jamal dan wife dia Kak Ifa (yang sedang buat peace no war tu) heheh..memang sporting abih la depa ni..
TERBAEK uolls!!

Anak-anak Bro Jamal n Kak Ifa
Ni plak kakak-kakak, yang mengambil bahagian sesi memasak ni..heheh

Bro Jamal and wife dia memang sangat2 rajin dan TERBAEK!!!baguihh depa ni..heheh..So..time to eat!!!lepak punyer lepak smpai la petang.


So rancangan seterusnyer untuk bersuka ria dimulakan..heheh..plan waktu petang ialah mandi manda..main-main ayaq..dan segala aktiviti berkaitan dengan pantai ok..!!!heheh..aku kalau bab2 ayaq memang suka..terlebih suka lagi2 kalau laut..heheh..ok la jom kita tengok gmbaq2 yang sempat aku snap waktu sesi santai di pantai ni..heheh..


Liza dan Eisha

Bro Jamal dan anak-anak dia, Sofea dan Irfan

Anas, Kak Fiza and family

Bro yang kanan skali ni tengah menjalankan misi dia mencari siput remis..hahah

Geng-geng yang berkobar-kobar nak main ayaq..heheh

Hahah..ni la yang terjadi apabila keghairahan berada di dalam ayaq..hehehe..aku suka lompatan yang beriringan ni..aku pun terasa macam nak melompat skali..hahaha

Suka betoi depa ni main ayaq!!!heheh

Bola tampaq dalam ayaq

Permandangan yang cantik di waktu petang yang hampir senja

Dah habih volley ball dalam ayaq..ni kat pantai lak..kat pasiaq plak..heheh..kuat bersukan sungguh la depa niii..heheh

Sambut kak sambut..heheh!!!

Kakak tu nak tampaq bola ke nak tanduk???hehehe

Ok..tamat la sudah aktiviti pada hari ini, pada sebelah malam nyer plak, biasa la rehat2 dan makan malam. Lepas tu lepak2 sat dan balik tidoq...tapi ada jugak kawan2 aku yang pi memancing waktu malam dan tidak membawa sebarang hasil tangkapan..heheh..tak per la kan janji lepas gian pegang joran pun dah cukup la kan..heheh...nanti aku sambung lagi pada entri akan datang untuk keesokan harinyer pulak!!! penat dah ni..hahaha..ok daaa selamat bercuti!!!

Bersambung....

1 comment:

Afnie Abdullah said...

Macam best je kan aktiviti kat situ..