Sunday, December 18, 2016

Trip to New Zealand - Day 5 - Part 2 - Wanaka

PART 2 - Wanaka Lavender Farm, Puzzling World, Wanaka Top 10 Holiday Park, Lake Wanaka

Klik SINI untuk entri sebelumnya


Salam hujung minggu untuk semua, belanja satu gambar dulu untuk menaikkan semangat untuk update blog ini..hehehe..


Gambar di atas ini bukan la di New Zealand, tapi gambar di atas di ambil dari Yao Mountain, Guilin, China. Hehehehe...itu la ceritanya kenapa blog ini lambat la nak berupdate. Blog tergendala disebabkan kerja dan trip ke tempat lain la pulak. Tapi apapun kali ini mencuri kesempatan juga untuk mengupdate tentang perjalanan New Zealand aku dan kawan-kawan setelah terskip sebulan lebih la juga dari entri sebelumnya.

Ok sambung balik.

Setelah lalu di Lindiss Pass, kami meneruskan perjalanan di laluan yang sama juga iaitu State Highway 8A - Luggate - Tarras Rd. Ikut saja Signboard yang menunjukkan ke Wanaka. In sha Allah tidak sesat. Kemudiannya ikut Kane Rd dan akan jumpa jambatan seperti gambar di bawah ini.

Jalan di hadapan jambatan ini menjunam ke bawah juga ceritanya. Tapi tidak la curam mana pun kalau dibandingkan jalan di Dunedin. Kita dari arah ini kalau nak masuk ke jambatan ini kena berhenti dulu dan kena bagi laluan dulu untuk kenderaan di hadapan dan kemudian baru la kita jalan. Memandu di New Zealand ini kena la berhemah supaya tidak la dapat surat cinta dari polis New Zealand dekat sini.

Turn kami untuk lalu selepas motor tadi seperti gambar tadi tu. Masa lalu di sini nampak memang cantik sungai dekat sini. Suasana berada tepi sungai macam ini memang menenangkan. Tapi kami tak la berhenti di sini. Bunyi sungai pun dengan air yang jernih rasa best sungguh.

Kami merentasi sungai yang cantik ini. Indahnya alam dan permandangan di sini.

Kami straight sahaja dan kemudian sampai di simpang ini yang tunjuk laluan ke Wanaka perlu ikut kanan. So dah masuk la kami di simpang masuk laluan State Highway route 6. Dah masuk jer simpang di route 6 straight sahaja kami dah sampai ke Wanaka.


Cuaca di Wanaka ini masa kami sampai di sana boleh tahan panas dan bahangnya. Sepanjang kami di New Zealand, disini la yang paling panas yang aku dan kawan-kawan rasa. Time summer dah namanya pun kan. Memang la panas...heheheh.

Tempat yang kami rancang untuk pergi di Wanaka ini salah satunya Wanaka Lavender Farm.

Alamat tempat ini seperti dibawah;

Wanaka Lavender Farm
36 Morris Road, Wanaka, New Zealand 
9.00am - 5.00pm



Gambar dari depan pintu masuk Lavender Farm


Gambar di atas ini, dalam Lavender shop yang terdapat pelbagai product untuk dijual. Selain itu, ada tester yang disediakan untuk nak mencuba sesuatu product tu.

Terdapat pelbagai product yang dihasilkan dari Lavender ini. antaranya macam yang ini, moisturizer, Massage Cream, Soap, Perfume dan macam-macam lagi yang aku pun tak berapa nak ingat dah. Apapun boleh la rujuk website depa ini kalau memerlukan maklumat tentang produk-produk yang depa ini hasilkan.

Setiap sudut diletakkan produk-produk yang lain nya.

Depa-depa ini masing-masing tengah layan tngok produk-produk dekat sini.

Pelbagai lagi produk seperti Lavender tea, Essentials oil dan macam-macam yang aku tak ingat..heheh. Kepada pencinta produk lavender dekat sini tempat yang sangat sesuai untuk anda. :)

Yang ini pulak honey yang depa hasilkan sendiri dekat sini. Aku tak la rasa pun..heheheh

Dekat sini juga ada lavender farm yang kita boleh masuk untuk tengok pokok-pokok lavender dalam ini. Tapi masa kami dekat sini tak la masuk dah disebabkan panas sungguh masa ini dan nak jalan tengah hari buta macam ini takut demam pulak...heheheh, so kami tak masuk dan sekadar tengok dari jauh saja.

Tapi walaupun kami tidak masuk ke ladang masih boleh tengok lavender dari tepi bangunan Lavender shop ini juga. Dekat sini pun ada pokok-pokok lavender yang ditanam di tepi-tepinya, boleh juga tengok dekat sini juga. Ada juga disediakan tempat rehat seperti kerusi di luar ini untuk para pengunjung berehat sambil berjemur. Untuk masuk ke dalam farm cuma dikenakan NZD 2 sahaja.

Lebah yang datang menghinggap di pokok Lavender ini

Ini la dia pokok Lavender nyer. Kalau tangan kita genggam pokok ini memang wangi tu melekat di tangan. Memang wangi..patut la macam-macam produk boleh buat dari pokok ini kan.

Ok kasi peluang model jual honey dekat sini bergambar dulu..heheheh


Dalam pack yang ada atas penimbang ini pulak Lavender tea..hurmm macam mana la kan rasa dia, mesti wangi

Bergambar kenangan dulu bersama kak Izah sebelum gerak ke destinasi seterusnya.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Puzzling World. Dari Wanaka Lavender Farm ke Puzzling world tak jauh pun hanya dalam 3km macam tu saja dah boleh sampai.

Alamat tempat ini seperti dibawah;

Puzzling World Wanaka
188 Wanaka-Luggate Hwy
(Hwy 84), Wanaka 9382

8.30am - 6.00pm (summer)
8.30am - 5.30pm (winter)



Dah sampai di depan pintu masuk Puzzling world ini. Tapi sebelum itu posing-posing la dulu hadapan bangunan ini


Nampak macam maintain jer senyum depan Puzzling World ini padahal jenuh tahan mata sebab terik matahari tu kan..hehehe

Depan bangunan Puzzling dengan pelbagai aksi..heheheh

Dalam 4 orang kami, si Nurul ini sorang jer yang mampu tahan Learning Tower ini dari tumbang dengan satu jari sahaja. Tapi bila dah lama tu, dia pun meraung cepat la tolong ganti tempat dia sebab jari dia dah kebas...hahahah

Dekat sini klu masuk duduk dalam tu lepak-lepak saja pun tak dak masalah kalau tak mau nak masuk untuk apa-apa.

Kami dekat sini cuma masuk untuk Illusion Room sahaja dengan harga NZD16, kalau nak lagi murah boleh beli yang combo iaitu sekali dengan Maze yang ada dekat situ dengan harga NZD 20. Yang ni harga untuk adult la tapi kalau untuk budak harga boleh semak di website puzzling world tu. Memandangkan kami takut sesat duduk dalam Maze tu berjam-jam so akan makan masa terlalu lama, so pasaitu kami buat keputusan untuk tak masuk maze itu.
Selepas bayaran dibuat kawan aku si Nurul tu bawak cop Illusion Room mai cop dekat tiap-tiap orang kami..heheh..punya la mat saleh ini percaya dekat dia dan suruh cop sendiri kan...hehe..tapi memang di sini mengamalkan macam ini kan sama macam isi minyak dulu dan kemudian bayar.

Jom la kita layan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kami pusing-pusing dalam Illusion Room ini.

Tilted house

 Duduk saja dekat atas kerusi ini, kerusi ini bergerak ke atas..heheheh..seronok jugak layan

Dah macam superwoman dah depa ini..hahahah

 
 Tak sangka mencondong kami semua..kekekehhh
 Hall of Following Faces

Ada instruction yang kita kena ikut dan wajah-wajah sculpcure ini akan follow ke setiap arah yang kita jalan..heheheh..hebat dan menarik.

Ames Room

Nurul yang kecik tetiba menjadi gergasi dalam bilik ini...heheheh

Sculptillution Gallery

 
Sculpture ini berdiri dan berpusing serta berputar di atas satu sama lain

Sculpture menarik yang membuatkan orang berfikir, macam mana la depa ini buat paip ayaq besaq ini

Pandangan dekat, bola ini duduk tengah-tengah gelungan yang berpusing. Rasanya bola memang melekat dengan gelungan besi itu, tapi kalau tengok benda ini berpusing memang Nampak hebat..hehehe..so kepada sesiapa yang memang suka berfikir di sini tempat yang memang sesuai untuk anda. 

Pandangan dari hadapan

Pandangan dari tepi nampak muka Albert Einstein..hehehe

Hologram Hall

 Terasa hebat dan berkuasa sangat tangan ini bila cahaya berpusat di tangan aku..hehehe

Bila 3D hologram ini tidak disentuh, cahaya membias di mana-mana

Bila 3D hologram ini disentuh, cahaya berpusat di satu tempat..hehehe..sains sangat..kekekehh

Ok, setel kami pusing satu illusion room tu, lepas saja dari itu kami pun terus bergerak menuju ke Wanaka Top 10 Holiday Park untuk checkin, rehat sebentar dan solat. Time rehat sebentar itu ada juga yang rajin mendobi baju-baju sebelum kami akan keluar balik..heheheh.

 Laluan masuk ke Office Wanaka Top 10 Holiday Park untuk checkin

 Bahagian Hadapan pejabat Wanaka Top 10 Holiday Park
Suasana dalam kawasan Wanaka Top 10 Holiday Park

Depan rumah kami di Wanaka Top 10 Holiday Park dan parking hanya depan rumah sahaja.

Ada kitchen disini untuk kami nak masak apa-apa yang perlu, fridge, kettle dan microwave serta peralatan dapur yang lainnya. Rehat dan rehat sekejap, kami pun bersiap untuk keluar balik untuk cari makan yang terus boleh ngap sahaja..hehehe.

Di Wanaka ni ada beberapa tempat makanan halal juga yang kita boleh singgah, tapi kami semua lebih rasa kepada nak makan kebab semua, so kami mencari kebab la dekat Wanaka town ini. Tempat yang kami singgah untuk beli makan adalah di Snack Shack Turkish Kebabs Wanaka, lokasi kedai ini di Ardmore Street, Wanaka 9305, New Zealand berdepan dengan Lake Wanaka.

Dah sampai depan kedai untuk beli kebab

Depan Kedai yang boleh tahan ramai juga


Suasana dalam kedai

Dah tergigit sikit baru teringat nak ambil gambar..heheheh..Kebab memang besar dan kenyang sampai malam..hehehe.

Ini la kebabnya..mengiurkan..memang sedap. Aku beli yang Mix kambing dan ayam..adoiyai teringat oiii..kebab di sini memang besar kalau compare dengan di Malaysia..hehehe 

Dan lagi snap gambar kebab..hurmmm yummy...sodappppp

Tengok depa ini kusyuk sungguh duduk atas batu sambil makan..heheheh

Sambil makan kebab, kami layan permandangan petang sambil makan kebab pastu tengok burung. Wowwww rileks nyer rasa.

Tengok burung-burung berterbangan...best-best bila rasa nikmat yang macam ini, syukur Alhamdulillah.

Akhirnya kebab dah habis, yang tinggal cuma pembalutnya saja...heheheh
Selesai makan kami pun jalan di persisiran Wanaka Lake ini sambil menikmati keindahan alam yang hamper senja. Indahnya ciptaan yang Esa. Sempat la ambil gambar dua tiga keeping gambar di sini. Jom la tengok permandangan hadapan Wanaka Lake ini.


Sekumpulan remaja sedang menikmati permandangan sunset di sini

Cantiknya bila langit mula kelihatan perang nak kemerahan. So bila dah mula gelap kami pun bergerak balik ke penginapan semula dan berakhirlah aktiviti kami pada hari ini. Balik bilik rehat dan rehat...heheheh. Esoknya kami akan bergerak ke Queenstown pulak. So nantikan sambungan ceritera perjalanan kami pada esok harinya.

BERSAMBUNG....

1 comment:

Anonymous said...

wah bestnyeeeeeeeeeeeee next time kalau nk g mana2 helooo la kite gakkkkkkkkk huhu