Salam untuk semua,
Entri REVIEW sebelumnya sila klik SINI.
Macam biasa entri-entri kebanyakan akan keluar time yang lebih kurang sama iaitu hari ahad. Kali ini bagi peluang untuk review pulak sebelum aku sambung entri trip to New Zealand yang seterusnya. Bukan la nak review apa sangat pun kan hanya berdasarkan kepada pengalaman aku dan kawan-kawan sahaja pun.
Penginapan kami di YHA Lake Tekapo secara keseluruhannya memang berbaloi. Berbaloi yang aku maksudkan itu sebabnya berdasarkan lokasi semata bukan lah dari segi harga atau apa. Disamping itu juga, tempat yang bersih dan selesa untuk standard jenis 5 Bed Share Female.
Memandangkan kami menginap di sini time summer so untuk mencari hotel-hotel yang lebih murah tu dekat dengan kawasan Lake Tekapo ini tidak la berapa nak ada mengikut kepada bajet kami tapi selepas semak dan terus mencari akhirnya kami temui juga YHA Lake Tekapo ini. Butiran alamat, email dan nombor telefon aku letak dekat sini untuk rujukan semua.
Alamat bagi YHA Lake Tekapo seperti di bawah;
YHA Lake Tekapo
3 Simpson Lane, Lake Tekapo 7945
New Zealand
email : laketekapo@yha.co.nz
phone : +64 3680 6857
Reception hours : 8.00 am - 8.00 pm
Pandangan Hadapan Hostel kami
Hadapan pintu masukYHA Lake Tekapo
Disediakan disini brochure dan pamplet untuk benda-benda menarik di New Zealand
Aktiviti yang boleh dibuat di sini cuma pi tanya kat reception jer offer2 tu
Pintu ke bilik kami masuk di bahagian pintu depan tu
Ada kitchen juga di sini yang boleh digunakan bersama
Ruang makan yang bersih dan selesa
Ruang makan yang boleh makan sambil layan permandangan
Cermin yang luas untuk menghayati keindahan dari tempat makan
Dari tempat makan dah boleh layan Lake Tekapo
Keseluruhan ruang makan
Cantik mural di dinding yang depa ni lukis..terbaek
Di bahagian ruang rehat dan santai,sesuai untuk tempat lepak untuk membaca dan layan view Lake Tekapo
Gambar dari ruang rehat itu tadi
Layan buah cherry yang sangat manis dan sedap sambil tengok Lake Tekapo
kepada para pembaca, layan buah dekat sini memang best sambil menikmati keindahan alam
Permandangan Lake Tekapo di petang hari.
Dalam banyak-banyak gambar, aku terlupa terus nak snap gambar dari dalam bilik dan bilik air...hehehe..excited lebih kepada permandangan..hehehe..tapi apapun untuk bilik yang jenis 5 Bed share tu, ada 2 katil jenis bunk bed dan satu single bed dan toilet yang dikongsi bagi aku bersih la.
So, kesimpulannya lokasi tempat ni memang berbaloi dan kami memang sangat suka. Kepada sesiapa yang ke Lake Tekapo terdapat banyak juga lagi pilihan penginapan yang bagus-bagus yang boleh dipilih. Ikut kepada bajet masing-masing la kan dan yang penting memuaskan hati masing-masing.
Aku rasa setakat sini jer la dulu yer, aku akan sambung nanti la pulak sambungan ceritera aku nanti. So, macam biasa..selamat berhujung minggu dan selamat bercuti!!!
No comments:
Post a Comment