Saturday, June 4, 2016

Trip to New Zealand - Day 2 - Part 1 - Jalan-Jalan Sydney, Australia

PART 1 - Blue Mountains - Echo Point, Blue Mountains Chocolate Company, Sydney Wildlife, Sydney Aquarium, Sydney Tower Eye, Circular Quay, Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House

Untuk entri sebelumnya sila klik SINI

Salam untuk semua,
Heheheh..kembali bersiaran selepas sebulan entri untuk Day 1 tu...kekekekehh..punya la lama..so ni pun mencuri masa untuk sambung pulak..mintak maaf atas kelewatan mengupdate cerita-cerita pasai perjalanan kami ini. Ok make it short la kan.

Pagi ini kononnyer nak bangun awal la sangat kan sebab kami akan ke Blue Mountain pada hari ini. Rupanya semua pun terlambat la juga konon nak ambil train yang agak awal pukul 6.50 macam tu. Oleh kerana keletihan semalam sampai dari KL dan terus jalan-jalan di Bandar Sydney tu, terlambat la jugak akhirnya. Tapi takpe memandang kami memang dah berada di tengah Bandar Sydney ini dan jarak nak ke train station pun tidak la jauh. Semua pun siap macam biasa saja dan tidak la lambat mana pun..ok ok la time kami itu. Bila semua pun sudah siap dan terus sahaja kami gerak keluar tapi sebelum itu, kami singgah la pantri dekat hostel ini yang menyediakan cool and hot water, so tidak la perlu untuk beli drinking water lagi dekat luar tu.
 Haaa ni gambar pantry hostel yang kami duduk, so dah save untuk beli mineral water..heheheh
 Sebenarnya kami dapat breakfast dekat hostel ini, tapi memandangkan ramai sangat dan kami pun memang dah nak gerak, so tak la ambil breakfast dekat hostel ini
Ni pulak ruang untuk makan dan lepak-lepak. Ramai orang dekat hostel ini dan memang penuh la jugak pagi-pagi ini. Terdapat banyak lagi pilihan untuk hostel di Bandar Sydney ini dan itu terpulang kepada budget seseorang itu la kan. Ada juga hostel yang lagi dekat dengan tren, so pelbagai pilihan boleh dibuat berdasarkan kepada kita yang merancang nak yang macam mana...heheh

Ni la laluan kami untuk ke Central Station, perjalanan dengan berjalan kaki lebih kurang 600 meter dari hostel kami dan mengambil masa lebih kurang 8 minit ke 10 minit dengan jalan kaki ala-ala lenggang kangkung...heheheh

Selepas semuanya dah siap menapau air kami pun keluar dari Hostel tapi lepas tu sempat lagi singgah beli Coffee untuk minum pagi kami.hehehe..sempat lagi menyinggah kan walaupun tadi kata dah terlambat. Coffee ini hanya AUD 1 sahaja secawan.

Size Regular = AUD 1
Posing and rileks jer nampak depa ini, tak nampak macam nak mengejar tren pun kan

Kali ini kami ke Central Station untuk ambil tren menuju ke Katoomba Station untuk sampai ke Blue Mountain. Kalau ikutkan rancangan untuk ke Blue Mountain ini kami plan mengikut kepada cuaca juga pada masa itu. Sebelum kami ke Sydney ini ada berita mengenai storm yang melanda Sydney. Angin yang juga terarah di Kawasan Blue Mountain juga buat kami sediakan plan A dan B. Kami merancang kalau masa kami di Sydney cuaca macam elok kami akan teruskan la niat murni nak ke Blue Mountain tu tapi kalau sebaliknya terpaksa la hanya di bandar Sydney saja la.

Bila tengok pada cuaca pagi ini macam hujan-hujan renyai saja di Bandar Sydney, so kami sepakat memang ok la meneruskan plan asal ke Blue Mountain itu. Bila kami sudah sampai di Central Station, mengikut bacaan di Blog Famous syarliz.blogspot.com tu ada inform kita boleh dapatkan ataupun beli MyMulti Day Pass untuk seharian ke mana-mana saja dan juga dah bersekali boleh naik tren untuk laluan ke Blue Mountain.

Tapi pada masa kami nak beli ticket tu, information counter di Central Station itu inform bahawa tiada lagi My Multi Day Pass tu, so boleh baca dekat SINI mengenai pass-pass yang sudah tidak dijual lagi dan sekarang ini depa la ni semua menggunakan Opal Card yang mana perlu di reload kalau dah tiada baki atau kekurangan baki macam kad Touch N Go kita dekat Malaysia.

Haa ini la dia rupa Opal Card tu dan yang jenis ini adalah untuk Dewasa

Opal card ini ada 4 jenis dan ianya mengikut kepada kategori seperti Dewasa, Kanak-kanak serta remaja, Warga Emas serta orang-orang pencen dan untuk pelajar sekolah juga. Untuk maklumat lanjut mengenai Opal Card ini, boleh klik SINI untuk bacaan selanjutnya.

Memandangkan semalam kami telah beli Opal Card tapi masih belum menggunakan card tu, so boleh la gunakan hari ini. Perjalanan pergi dan balik dari Central Station ke Katoomba Station akan dikenakan tambang sebanyak AUD 16.50 macam tu. Aku tidakla mencatat pulak berapa tapi rasanya lebih kurang macam itu la harganya...hahaha..apapun boleh check untuk harga tiket yang tepat untuk ke mana-mana pun di website Opal Card tu ataupun boleh juga tanya di kaunter untuk perjalanan pergi dan balik.

So kami topup la Opal Card tu lagi AUD 10. Setelah selesai topup dan dapatkan platform mana untuk line ke Katoomba kami terus saja ke platform. Tak jauh pun platform nyer boleh lompat pagar jer ceritanya. Untuk makluman Central Station ini yang best nyer tren dia sama paras jer dengan lantai di Information counter ini. Tak la perlu nak jalan jauh-jauh masuk bawah terowong bagai baru la jumpa platform tu…heheheh..mudah kan. Kalau nak tahu apa-apa cuma aktifkan mulut untuk bertanya sahaja.  Ini la dia gambar dalam Central Station.
 Ni la suasana dalam bangunan Central Station ini dan pagar hijau ini yang memisahkan ruang dalam bangunan dan platform.
Ni la dia platform yang ada tulis perkataan Central nyer tu..hehehe..nak juga ambil gambar konon nyer tak tipu ada dekat Central Station ini..hehehe..boleh tak macam itu..kekekehh
Ini la platform dan tren untuk ke Katoomba tu dan kami boleh rileks jer tak masuk dalam tren lagi...hehehe
Kalau rasa masih was-was takut tersilap naik tren boleh juga bertanya kepada penumpang-penumpang yang ada dalam tren tu. Confirm lepas itu lebih lega. Bukan apa tak salah kita bertanya untuk elak pembaziran masa untuk tukar train bagai.

Kami ini punyer la suka kalau naik tren, pastu apa lagi kan..ambil gambar itu memang perkara biasa la kan..heheh..berpeluang la naik keretapi 3 tingkat..eheheh...macam perak la pulak kan..ekkekekehhh...yer la Malaysia mana ada lagi kan, so peluang macam ini satu pengalaman la kan..tapi kalau tak ambil gambar tak best la sebab tak dak memori.
Masing-masing bersama kamera
Ini pulak konon-konon nyer macam model yang promote pasai best nyer perjalanan menaiki tren...heheheh

Bila tren dah jalan, so kami menikmati permandangan sepanjang laluan tren ini jer la. So aku share la serba sikit gambar semasa dalam keretapi bagi laluan menuju ke Katoomba Station itu. Layan la permandangan dari dalam keretapi. Best la dapat relaks dan tengok permandangan macam ini. Sangat tenang. Perjalanan untuk sampai ke Katoomba station ini mengambil masa dalam 2 jam macam tu.
Ada masjid besar di laluan ini iaitu Masjid di Auburn. Sempat juga la snap gambar walaupun tren laju la juga. Hampir terlepas untuk ambil gambar ini sebab bila nampak Masjid ini camera baru nak on..heheh..seronok bila nampak Masjid di negara yang bukan majoriti  orang Islam  kan.

Station-station yang dilalui oleh tren ini seperti gambar di bawah pun aku snap jugak, layan la walaupun hanya gambar kerusi. Hehehe...Stesen-stesen yang dilalui ini bukannya semua tren ini berhenti..so aku ambil gambar sepanjang jalan ini je la
Setelah hampir 2 jam dan menghampiri ke Katoomba Station ini Nampak kabus agak tebal la juga dan sejuk juga la dan akhirnya kami pun tiba di Katoomba Station.
Haaa ini la Katoomba Station, mula la syarat wajib kena membuang air dulu sebelum naik bus ke Echo Point  yang terletaknya  Tree Sister tu. Nasib la bawak sweater kan, kalau tak memang kesejukan la dekat sini. Kalau ikutkan gambar di atas sepatutnya untuk laluan keluar bukan la ke arah model atas tu berjalan tapi ini nak ke toilet..heheh laluan keluar adalah arah yang bertentangan.


Tangga keluar ke jalan besar
 Untuk ke Echo point tu, kami perlu ke Carrington Place dan tunggu bas dekat sana. So dari sini kami melintas ke hadapan lepastu ke kiri dan ke kanan dan straight saja
 Straight sahaja dah boleh sampai di bus stop berdekatan dengan Carrington Place tu
 Ambil gambar model dulu menandakan kami dah sampai di hadapan Carrington Place..senyum jer la kan sebab sejuk jer kat sini dan kabus pun tebal
Hentian bas ini betul-betul depan Carrington Place ini
Ber gopro la kami kat sini dulu kan..heheh..kalau dekat negara sendiri tak la ambil gambar sampai ke bus stop bagai kan sebab malu orang tengok..kat sini sebab orang tak kisah..heheh
Haaa tu la dia bas No. 686 yang akan bawak kami ke Echo Point untu tengok Three Sister bak kata kawan aku si Nurul tu di panggil tiga kakak kononnyer bila cakap dalam Bahasa Melayu orang dekat situ tak la paham..hehehe

Bas pun dah sampai, so jom naik bas dulu. Memandangkan blog ini macam mengalami masalah teknikal la pulak, so aku stop dekat sini dulu dan aku akan sambung untuk entri yang seterusnya la pulak yerrr.





2 comments:

Admin CCNJ said...

Naik bas 686 ye... dulu saya belasah je naik bas yang maroon tu...

atun's said...

Admin CCNJ- Betul la yang dulu tu memang warna maroon2 nak ke coklat rasanyer untuk trolley bus tu..bagus la kan dah sampai lebih awal dekat situ..kami baru saja sampai..hehehe