Salam untuk semua,
Ok entry pada kali ini aku mulakan dengan cerita
kami masa hari pertama untuk trip New Zealand ini. Pelik jugak aku tengok tajuk
aku letak situ Trip to New Zealand tapi tetiba pasai Sydney la plak kan. Ok
untuk pengetahuan perjalanan aku dan kawan-kawan ke New Zealand akan transit di
Sydney, so pasaitu begitu la tajuknya...hehehe.
Ok perjalanan kami dimulakan
dengan pesawat yang pertama Malindo Air iaitu perjalanan kami dari Penang ke
Kuala Lumpur. Flight on time dan x dak delay. So semuanya smooth tanpa masalah.
Untuk flight ini kami dah checkin awal lagi, so kami ke kaunter untuk drop
baggage sahaja la. Kalau nak senang aku rasa better kita check-in siap-siap dan
memudahkan urusan kita kalau lah terlambat atleast kita dah reserve siap-siap
seat kita.
So sampai di Kuala Lumpur
sebenarnya masih awal untuk flight kami dari KL ke Sydney. Macam biasa kami
akan makan dan lepak di food Court KLIA2 tu untuk relaks, makan-makan dan
sembang-seembang sebab flight kami malam
pukul 11.30 macam tu.
Lepas setel, makan-makan,
sembang-sembang, mandi dan juga solat di KLIA2 ni, time untuk kami terbang ke
Sydney pun dah sampai. Flight kami ke Sydney dengan menaiki Air Asia juga on
time tak ada yang delay dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah. So everyone
can fly dengan Air Asia la kami pun..hehehe.
Seperti yang dijangkakan, flight kami tiba di Sydney
on time dan seperti perancangan. Setibanya di Sydney Kingsford Smith International
Airport kami selesai urusan imigresen semua dan memang dah ada orang yang
menunggu iaitu Mr Ken. Mr Ken yang aku cerita pada entri yang pertama tu yang
mana kami telah tempah airport transfer masa di Sydney ini. Mr Ken akan tunggu
kami di hadapan Mc Donalds. So arah kami setelah setel semua urusan adalah
mencari Mc Donalds jer la. Mc Donalds yang dimaksudkan cuma dalam airport tu
juga so tak dak masalah untuk mencari McD tu sebab dari jauh kita dah boleh Nampak lambing huruf M tu. Dah kelihatan Mr.Ken
yang memegang nama aku untuk tempahan kali ini.
Dah jumpa dengan Mr. Ken ni, dia
tolong bawakkan barang kami dan bawa kami ke tempat kereta yang kami tempah tu
la.
Besar kereta ini untuk kami berempat. Fefeeling la
kan jadi orang-orang kaya kejap sebab ala-ala anak bos dan driver jemput dekat
airport. Mr. Ken ini peramah juga orangnyer. Orang cina Singapore katanya. So kami bagi address hostel kami dan dia
terus hantar ke tempat yang dituju. So tak perlulah bersusah payah sangat kita
nak menghangkut beg-beg yang besar-besar tu..heheeh.
Setelah sampai ke Hostel. Ini la
dia penginapan kami di Sydney iaitu Big Hostel.
Lokasi di tengah bandaraya
Sydney. Tempat yang agak mudah untuk kami bergerak bila dah ada di
tengah-tengah Bandar Sydney ini. Pada mulanya aku dan kawan-kawan ada juga
cadangan untuk tinggal di Malaysia Hall Sydney tapi memandangkan masa kami Cuma
singkat sangat untuk berada di Sydney so kami ambil keputusan untuk ada dekat
dengan train dan juga Bandar Sydney sahaja.
Tapi bagi sesiapa yang punya
banyak masa boleh duduk dan tinggal di Malaysia Hall sebab kadar harian di
Malaysia Hall murah sahaja berbanding berada di town ini. Bagi kami yang Cuma
ada 2 malam saje di Sydney ni memang kena betul-betul menggunakan masa yang ada
sebaik mungkin..heheheh
Ok, seperti yang dirancang, kami akan checkin masuk
hostel dulu. Aku mintak untuk checkin awal pada masa kami sampai dekat
hostel tu. So Alhamdulillah minah salleh ni bagus tolong check avaibility untuk
bilik yang kami tempah tu dan bilik pun dah ready dan kami pun dibenarkan untuk
checkin dan masuk bilik awal la. Alhamdulillah.
Masuk saja dalam bilik yang kami
tempah tu, lupa pulak la nak mengsnap gambar bilik tu. Tapi bagi aku ok la
untuk kami berempat. Bilik dia bersih, kami ambil sekali dengan
yang attached bathroom so tak payah la keluar bilik nak pergi mandi kan. Katil
macam jenis bunk bed macam asrama pun yer jugak..hehehehh..So apa lagi kami
rehat-rehat kejap sebab kan baru jer sampai. So makan dulu apa yang patut
dimakan untuk alas perut. Bila tengok jam masa pun dah nak masuk waktu zohor
dibumi Sydney tu, so kami pun decide untuk solat siap-sap dan keluar lepas siap
solat. Lebih senang setelkan perkara yang wajib dan tak la perlu nak
mencari-tempat untuk solat diluar pulak.
Destinasi pertama kami adalah Paddy’s Market. Untuk ke Paddy’s Market
ini dari Big Hostel tu jarak dia dalam 500meter sahaja dengan berjalan kaki.
Daripada Big Hostel kami cuma melintas Elizabeth Street dan menuju ke Hay Street dan jalan terus saja. Pastu straight saja kami dah sampai Paddy's Market
Ni la Elizabeth Street tu, kami melintas masuk ke terowong yang kedua ini untuk sampai ke Hay Street
Terowong yang tak la terowong sangat pun kan, so kami lalu bawah ini saja
Jalan straight ini dah Hay Street, so kami jalan terus saja la
On the way ke Paddy's Market tu, ada gerai jualan kat tepi jalan ini, so kepada sesiapa nak beli air minuman memang murah dekat sini berbanding dengan dalam kedai. memandangkan kami dah bawak siap air so tak la berhenti beli di sini.
Sementara tunggu traffic light merah, semua kawan-kawan aku ini siap sedia nk bawa keluar kamera dah, ada yang tengah setting camera di tengah-tengah jalan ini...heheheh. Sepanjang perjalanan tu cuma straight sahaja, so layan jer la bangunan-bangunan sepanjang jalan tu. Gambar bangunan-bangunan kat bawah ini adalah bangunan di sepanjang laluan kami menuju ke Paddy's Market
Light Rail yang color merah ini best jer tengok sebab kami berjalan tepi dia jer..heheheh. Ini salah satu option pengangkutan yang boleh naik untuk sampai ke Paddy's Market. Nak naik ini pastikan ada Opal Card yer dan make sure berada di stop yang betul. Kalau tren ini ianya tengah menuju ke Central Station. Pastikan arah yang betul untuk naik tren ini.
Jalan di Sydney ini memang dah lengkap dengan nama jalanya masing-masing. Kalau nak berjalan dan menuju ke mana-mana, sebolehnya ada map la di tangan supaya tak sesat. Tapi sekarang ini ramai yang dah pakai smart phone kan, so memang tiada masalah nak tengok map kat phone.
Dah sampai destinasi pertama kami untuk menghabiskan duit ostolia kami yang agak-agak macam banyak sangat tu. Alhamdulillah dari tempat penginapan kami ke Paddy's Market tidak sesat. So sampai dengan tenang saja.
Namapun perempuan kan so tempat beli souvenir ini kalau tak pergi dulu macam nanti tak cukup masa la pulak kan. Pasaitu kami letak yang terawal dalam perjalanan kami. Yang paling penting untuk ke Paddy's Market ini perlu la tau hari apa yang ditutup. Kalau silap hari kita akan pergi ke tempat yang akan merugikan masa kita la pulak. Untuk makluman Paddy’s Market ini ditutup pada hari isnin dan selasa. Make sure tak pergi waktu itu la yer. Waktu operasi bermula pukul 10.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Ini la Paddy’s Market nyer.
Ok jom masuk dalam, wowwww macam-macam barangan dalam ini dan sangatla murah untuk apa-apa souvenir yang kita boleh
bawa balik. Kalau ikut hati macam-macam nak beli tapi kalau ikut nak mengangkut
kena piker panjang juga la kan…heheheh..ok jom layan gambar-gambar souvenir kat sini.
Untuk t-shirt pulak, kami memborong di kedai yang sama. Ini la kedainya. Bila kita beli banyak di kedai yang sama, so harga boleh la dapat murah. T-shirt yang kami dapat untuk dewasa pada harga AUD 6 untuk sehelai. Ok la tu kan and yang penting kalau nak memborong tak payah la nak convert sangat sebab nanti tak jadi pulak nak membeli.
Tengok tanda harga dekat kedai ini. Heheheh..macam membeli dekat Malaysia la pulak walhal ada dekat Sydney kot...hehehehh..MURAH. Sakan betoi kawan-kawan aku ini memborong baju..kekekehh
Kami memborong souvenir di kedai ni la.
Pelbagai jenis beg ada dijual di sini
Untuk t-shirt pulak, kami memborong di kedai yang sama. Ini la kedainya. Bila kita beli banyak di kedai yang sama, so harga boleh la dapat murah. T-shirt yang kami dapat untuk dewasa pada harga AUD 6 untuk sehelai. Ok la tu kan and yang penting kalau nak memborong tak payah la nak convert sangat sebab nanti tak jadi pulak nak membeli.
Tengok tanda harga dekat kedai ini. Heheheh..macam membeli dekat Malaysia la pulak walhal ada dekat Sydney kot...hehehehh..MURAH. Sakan betoi kawan-kawan aku ini memborong baju..kekekehh
Masa yang kami peruntukkan untuk berada di Paddy's Market ini tidak la sangat
dilimitkan tapi tak la berjam-jam pulak kan dan cukup sekadar semua dah beli souvenir masing-masing. Ikut pada
toleransi la jugak dan lagipun semua kami memborong kat satu tempat saja. So tidak adalah masalah tertunggu sesiapapun. Ada yang nak beli banyak barang untuk sedara mara, ada yang nak beli
sikit saja pun tiada masalah untuk itu.
Bila hampir selesai kami bershopping
sourvenir perut yang sebelum itu dialas hanya dengan makan ringan mula la
berbunyi-bunyi bagi isyarat nak makan…hehehe..kita yang buatkan perjalanan kita
sendiri oleh itu kita juga la yang boleh tukar itinerary kita juga pada masa
itu. So, kami semua setuju lepas ini kami akan pergi cari makan dulu sebelum jalan-jalan seterusnya.
Ok cerita pasai makan ni pulak.
Kebetulan kami beli sourvenir ni pada pak arab dari Turki, so dah alang-alang
kami bertanya la kepada pak arab tu tentang halal food yang ada sekitar situ.
Dia dengan ramahnya inform kami tentang kedai makan yang halal di tingkat atas
Paddy’s Market ini. So dari situ kami mula la mencari kedai makanan halal
seperti yang diberitahu itu.
Haaa ini la dia kedai yang dimaksudkan itu. Tidak la susah nak mencari, sekejap je jalan dah jumpa. Nama kedai ni 7wonders
Hehehehe..time memilih makanan. Aku dan seorang lagi kawan aku cuma pilih makan pizza dan chicken stick dan lagi 2 orang memilih makan nasi.
Ni la chicken stick nyer tu..memang sedap dan juga mengeyangkan. Besar juga chicken stick ini dan best nyer pizza lupa nak snap gambar disebabkan pizza nyer yang sedap dan terus ambil makan jer.heheheh..harga untuk chicken stick ini AUD 3 dan pizza pun AUD 3 juga. Kalau ikutkan pizza tu harganyer AUD 4.50 tapi memandangakan depa ni dah nak menghabiskan pizza tu sebab nak keluarkan menu yang baru, so dapat la dengan harga AUD 3 saja.
Lagi dua orang kawan aku tu siap beli nasi dengan kambing lagi. Ni la dia nasi dengan kambing tu…Ya Allah punya la banyak nasi dia
So aku sarankan kepada
sesiapa beli nasi ini, satu nasi tu dah memadai dan boleh makan untuk 3-4 orang
sebekas. Jangan membazir. Portion kalau dekat kedai arab ini selalunya memang banyak dan
mengeyangkan. So kepada sesiapa yang nak ke Paddy’s Market jangan risau pasai
nak makan. Bukan hanya kedai ini saja masih ada banyak lagi makanan yang halal
kita boleh dapat di Bandar Sydney ini.
Lepas kami sudah kekenyangan
dengan makanan yang melambak tu, so kami decide untuk kembali ke hostel untuk
hantar la barang-barang diborong tadi tu. Mengikut kepada jadual yang kami set
pada hari pertama ini, selepas saja ke Paddy’s Market, kami akan terus untuk habiskan
package yang kami telah beli secara online untuk 5 attractions di sydney.
Tapi pada masa itu kami tengok
jam macam dah petang la jugak untuk kami masuk semua attractions tu dalam masa
yang sangat suntuk memandangkan dah hampir pukul 5 petang masa tu. Jadi kami
pun decide kalau tak sempat pun takpa la so kami akan terus jugak perjalanan
ditempat yang sama iaitu kami akan ke Darling
Harbour seperti yang ada dalam Itinerary.
Setel saja letak barang di hostel, kami mulakan perjalanan seterusnya untuk ke Darling Harbour. Ok perjalanan ke Darling Harbour
ini pada mulanya nak menaiki bus siap beli Opal
Card dekat convience store dekat dengan hotel kami dengan harga AUD10 dan
Topup dalam card pun memang ada AUD10 juga. Tapi yang best nyer kami tak naik
pun bas atau apa-apa pengangkutan awam pada masa tu. Mula macam nak naik bas
tapi bila dah berjalan , berjalan dan berjalan, jalan yang boleh menuju ke
Darling Harbour macam boleh sampai jer. So dari penginapan kami memang kami
menapak saja untuk ke Darling Harbour tu.
Kalau ikutkan jarak dari Hostel ke
Darling Harbour tu dalam 2.4km la jugak. Tak sangka kami boleh sampai
dengan berjalan kaki saja. Mungkin juga sebab tempat baru sambil kita berjalan kita
memerhatikan keadaaan sekeliling yang membuatkan kita lupa pada jarak yang boleh
tahan nak menapak…heheheh.
Bila berjalan ini macam-macam
yang kita boleh jumpa masa tu. Aku yang
bukan kategori kurus pun boleh jalan sejauh tu mesti orang yang lagi kurus
boleh jalan macam kami jalan juga. sepanjang perjalanan mesti ambil gambar la kan. So kita layan la gambar-gambar sepanjang kami berjalan kaki tu.
Ambil gambar berlatarbelakang Westfield, iaitu tempat membeli belah barang-barang berjenama la kan
Ni la dia Queens Victoria Building
Ok dah dekat nak sampai dah Darling Harbour, straight sahaja ikut laluan yang ada bendera tu
Untuk ke Hard Rock kami kena melalui Pyrmont Bridge ini untuk melintas ke arah hadapan sebab bangunan kedai Hard Rock tu di sebelah sana. So ini dia Pyrmont Bridge
Ni gambar dihujung jambatan itu, pastu kena turun ke bawah la untuk ke Hard Rock tu, tapi sebelum nak turun tu kami jumpa pulak booth ini. Movenpick nama kedai ini. Siap ada inform kita ice cream itu halal untuk dimakan. Depa ini jual ice cream dan juga minuman. So apa lagi, melepak la kejap dekat sini minum-minum dulu. Ini lagi satu tempat yang halal layan makan ice cream dan minuman. Ini la kedainya
Selesai menikmati minuman itu, kami kembali berjalan ke bawah di Darling Harbour ini, ok seterusnya di Darling Harbour ada kedai barangan Hard Rock. So kepada penggemar barang-barang hard rock ini boleh la membeli barangan koleksi anda disini.
Kalau memerhatikan sekeliling Darling Harbour ini omputeh ni memang jenis yang suka hang out makan-makan dan minum-minum. Yang best nyer depa ini betoi-betoi mesra tanpa gadjet di tangan itu yang dapat diperhatikan tabiat omputeh ini.
Dan akhirnya kami sampai dekat Darling
Harbour. Kalau menapak ini macam-macam boleh tengok dan kalau tak sesat kita rasa lagi seronok...hehehe..Ok kami ke Darling Harbour mulanya nak redeem ticket dekat Sydney Aquarium, tapi memandangkan dah lambat, so kami teruskan perjalanan untuk ke Hard Rock untuk beli t-shirt hard rock di Darling Harbour tu.
Untuk ke Hard Rock kami kena melalui Pyrmont Bridge ini untuk melintas ke arah hadapan sebab bangunan kedai Hard Rock tu di sebelah sana. So ini dia Pyrmont Bridge
Untuk smpai ke Hard Rock kami perlu berjalan straight sahaja hingga ke hujung jambatan ini dan turun ke bawah
Sebelum kami melintas ke sebelah sana, sempat la ambil gambar di sebelah kanan dan kiri Pyrmont Bridge ini dulu.
Bahagian sini pulak, ini la tempat yang sepatutnya kami redeem ticket yang kami telah beli online itu. Untuk dapatkan tiket masuk kami perlu redeem di Sydney Aquarium terlebih dahulu sebab kami beli ticket melalui Sydney Aquarium. So memandangkan kami pergi tu dah tutup so kami akan cuba pada keesokan hari nya. Itupun kalau sempat...heheheh. Takpe kita yang buat diakan...heheheh..so sambung saja perjalanan seterusnya.
Untuk makluman, Pyrmont Bridge ini hanya untuk laluan pejalan kaki, orang yang berbasikal juga ada yang melalui jambatan ini. So sampai saja kami di hujung jambatan ini, kami ambil gambar yang bahagian sini la pulak. Ni la gambarnya.
Ni gambar dihujung jambatan itu, pastu kena turun ke bawah la untuk ke Hard Rock tu, tapi sebelum nak turun tu kami jumpa pulak booth ini. Movenpick nama kedai ini. Siap ada inform kita ice cream itu halal untuk dimakan. Depa ini jual ice cream dan juga minuman. So apa lagi, melepak la kejap dekat sini minum-minum dulu. Ini lagi satu tempat yang halal layan makan ice cream dan minuman. Ini la kedainya
Kita layan gambar kedai bersama model kedai tak berbayar ini..hehehehh..so kalau nak lepak-lepak boleh la dekat sini juga.
Ni model tak berbayar dengan iklan minuman dan ice cream..heheh..sporting dia ini
Dasyat sungguh depa ini menikmati minuman ice cream tu...kusyuk sungguh..tapi memang sedap, sesiapa yang lalu dekat sini patut cuba minuman dan ice cream ini.
Selesai menikmati minuman itu, kami kembali berjalan ke bawah di Darling Harbour ini, ok seterusnya di Darling Harbour ada kedai barangan Hard Rock. So kepada penggemar barang-barang hard rock ini boleh la membeli barangan koleksi anda disini.
Tapi sebelum itu, ada pulak yang nak membeli buah dekat sini..heheh..duduk sini, seronok pulak membeli buah bagai kan. Kat bawah ini ada satu kedai yang jual buah peach dan nectarines tak salah aku memang layan la duduk sini makan buah..heheh
Ni la kedai yang jual buah tu bersama model tak berbayar aku, kakak ini kuat stamina dia dan memang suka la layan makan buah ini. Sedap dan fresh kata dia. Tapi sambil makan buah ini teringat anak dekat rumah..heheh..yer la kan nama pun ibu mesti la ingat anak tapi yang lain pikir pasal anak tekak je la...hehehe
Haaa ini la buah dia tu, nectarines dan peach yang segar
Kawan aku yang ini pun layan tapau juga buah-buah konon nyer esok nya boleh la buat breakfast kata dia
Toilet ada dekat sini untuk kemudahan pengunjung yang ada dekat sini. Selesai membeli buah dan seterusnya kami berjalan menikmati permandangan di sekitar Darling Harbour ini. Ok jom layan gambar-gambar dekat sini sementara nak sampai ke Hard Rock.
So far untuk sampai ke sini kami tidak
sesat. Syukur Alhamdulillah.
Seronok la tengok burung-burung dekat sini, tak terbang pulak burung-burung ini. Untuk sampai ke Hard Rock itu, ianya ada di hujung sikit, so jalan sahaja sampai ke hujung sikit pasti jumpa kedai nya. Ini la bangunan letaknya kedai jualan barangan hard rock ini.
Ikut laluan ini untuk ke Hard Rock Shop, bahagian tepi bangunan ini
Time untuk membeli barangan cenderamata dari Hard Rock Shop. Ini la dia kedainya, lepas dari ini memang terlupa dah nak snap barang-barang dalam ini..hehehehh
Selesai saja membeli, kami melepak di Darling Harbour untuk menikmati waktu malam di sini. So kita layan Darling Harbour di malam hari dulu la yer.
Keadaan mula nak gelap pada masa ini
Kami ada di Darling Harbour ini sampai ke gelap la jugak lepas itu baru la
balik dan pulang ke sarang. Kali kami balik pun dengan menapak jer dari Darling
Harbour itu...heheheh..dasyat masing-masing punyer kaki, nasib semua punya stamila yang hebat. Sebelum ke sini masing-masing dah buat latihan berjalan dah, so tiada masalah untuk menapak berkilo meter ini...heheheh
On the way balik tu kami jumpa kedai mamak ini. Punyer la ramai orang Q untuk masuk kedai ini. Ruang dalam dah penuh so yang menunggu di luar tu kena masuk bila orang dah keluar la. Hebat makanan mamak ini kan. Hebat nama mamak ini digunakan untuk berniaga sampai ke Sydney ini haaa. Kami tak singgah pun disini, tak pasti samada halal atau tidak. Tapi kepada sesiapa berhasrat ke sini boleh dapatkan pengesahan tentang kehalalan untuk restoran ini terlebih dahulu.
Ni lagi satu tempat makan iaitu kedai makanan Turki yng menjual kebab, kami cuma lalu sahaja disini, so pada sesiapa nak datang sini semak dahulu ok atau tidak atau boleh tanya pada pemilik kedai itu sendiri. Kalau ikutkan banyak makanan halal yang senang untuk diperolehi di Sydney ini. So tak payahla nak risau kalau terlupa atau tertinggal makanan di Malaysia.
Tempat seterusnya ialah Capitol Theatre yang berada di Campbell Street, laluan masa kami balik ke hostel dan sempat lagi snap bangunan ini.
Menapak dan
menapak akhirnya sampai ke Hostel balik. Malam ini kena tidur awal sebab esok
perjalanan agak jauh nak ke Blue Mountain. Apa pulak la kisah nyer pada
keesokan harinya kan. Ok aku sambung untuk hari kedua kami di Sydney pada entri
seterusnya pula. Panjang sungguh dah aku rasa entri kali ini. So, apapun sampai berjumpa lagi untuk entri yang akan datang. Adios!!
Selamat Beristirahat dan Selamat Bercuti!!! KLIK SINI untuk entri SETERUSNYA!!!
3 comments:
done follow u back
sydney...rindunyaaaaa
Tq JM follow blog ni.Mesti rindu kan kalau tempat yang dh pernah sampai. JM lebih dari explore dekat sydney tu kan..hehehe...
recommended la blog JM kepada sesiapa reader yang nk ke Sydney boleh ambil tips dekat blog JM..so bleh klik link ni untuk baca tips dari JM..http://jarimanistravel.blogspot.my/2013/10/from-gc-to-sydney-nsw-arrival.html?m=1
Post a Comment