Salam untuk semua,
Ok bersambung kembali dari entry sebelumnya, seperti yang aku kata pada entry sebelumnya yang aku nak share tentang flight yang aku belum pernah naik dan berpeluang naik masa trip New Zealand ini. Salah satu flight yang aku belum pernah naik ini ialah China Airlines. Sebelum aku beli flight untuk route Sydney ke Christchurch dengan menaiki China Airlines ni aku cuba cari flight review dari mana-mana blogger untuk route tersebut. Tapi sepanjang pencarian tu macam tak jumpa la pulak orang-orang Malaysia yang bagi review untuk flight ini. Mungkin ada tapi aku yang tak jumpa la kot.
Memilih untuk menaiki flight China Airlines ini pada mulanya macam ragu-ragu la juga. Macam-macam jugak maklumat dan review yang aku cari dari bloggers yang lain tentang flight ni bagi laluan Sydney ke Christchurch. Malangnya macam tak berapa nak ada tentang flight ni. Yang pernah aku jumpa dari seorang blogger dari Indonesia yang menaiki flight ini tetapi laluan Chistchurch ke Sydney. Oleh disebabkan itu so aku percayala mesti la ada untuk laluan Sydney ke Christchurch.
Selain China Airlines flight yang selalunyer orang banyak naik untuk route Sydney ke Christchurch ni macam Air New Zealand, Qantas, Virgin Australia, Jetstar dan juga Emirates.
Ok, yang best naik flight ni, yang aku boleh review dekat sini
- China Airlines masa Take Off dengan Landing memang smooth
- Suasana dalam kapal terbang memang selesa dan ruang dalam kapal terbang nampak baru.
- Ada entertainment dalam flight yang boleh kita layan
- Ruang laluan yang selesa
- Flight ni bukan la flight tambang murah sebab bila beli tiket dah include dengan meal dan baggage 23kg per person
- Bagi yang muslim masa pembelian tiket tu boleh terus request untuk muslim meal
- Makanan bagi muslim meal ni sangat la sedap dan memang best la dapat makan dengan suasana yang selesa
- Best layan camera pandangan luar kapal terbang tambah -tambah lagi time nak landing dan best juga layan movie
- Dengan bayaran RM575 dari Sydney ke Christchurch aku rasa berbaloi la juga dengan apa service yang aku dan kawan-kawan aku dapat. Tentang harga itu subjektif ikut pada pandangan masing-masing sebab mungkin ada lebih murah daripada harga yang kami dapat. Pada aku sangat ok la sebab tak perlu nak add on baggage atau meal bagai.
- Satu lagi tak perlu nak risau kalau nak humban bag masuk kargo sebab seorang masing-masing dah ada 23 kilo
ok jom la kita layan gambar-gambar yang sempat aku snap guna kamera dekat handphone jer tu..heheheh.
Check in Information board ni buat aku rasa lega sebab Nampak flight kami dekat papan tu..heheheh
Flight kami naik CI55 pada pukul 12.40 dari Sydney
Laluan dalam airport menuju ke Gate 56, sambil tu boleh la layan kedai-kedai yang sangat menarik perhatian untuk melabur duit dekat sana.
Ok dah masuk dalam kapal terbang dah. Ini la benda-benda flight entertainment yang boleh menghiburkan aku dan kawan-kawan aku masa dalam flight. Headphone dan siap ada untuk layan movie..heheheh
Suasana dalam flight masa passenger masuk dan letak barang
Ehhh lupa pulak bantal yang buat kita lagi syok duduk dalam flight ini.
Ni la dia muslim meal yang kami request masa beli tiket tu. Bagi yang request meal makanan tu yang akan di hidangkan dulu dan bagi passenger yang lain tengok sudah la dulu yer lepas tu baru hangpa la pulak yang dapat makanan.
Untuk muslim meal ni memang sedap. Nasi beriani dengan kari ikan apa ntah tapi memang sedap. Roti Canai tu yang tak tahan tengok masa buka meal ni. Chocolate cookies yang depa hidang pun memang boleh layan la sebab sedap sangat. So memang tak rugi la naik flight China Airlines ini.
dan akhir sekali lepas makan, layan movie dan sempat lagi tidur kejap kami pun sampai ke destinasi dan gambar dekat atas tu time nak landing. Sangat smooth landing depa ini. So aku memang recommend untuk naik flight ini kalau la perjalanan daripada Sydney ke Christchurch.
So apapun cukup la setakat itu dulu yer untuk China Airlines ini lepas ini aku sambung lagi untuk entry yang seterusnya.
Selamat bercuti!!!
2 comments:
insya Allah bakal terbang ke chch juga naik China Airlines.. thanks for info..
Iza, terima kasih melawat blog ni, sekadar berkongsi cerita saja kt blog ni utk manfaat bersama..hehehehh..best la nk p NZ..semoga dipermudahkan segalanya..In sha Allah...Amin
Post a Comment