Sunday, April 3, 2016

Trip to New Zealand - REVIEW - Itinerary

Salam untuk semua,
Wowwww, perkataan 1st yang aku kena kata dekat sini sebab 2016 baru la aku kembali nk tengok balik blog yang lama sungguh kot aku tak jengok. Hui bleh tahan lama la jugak kan. Ni kalau kategori orang tinggal rumah tak jenguk-jenguk ni bukan takat berhabuk dan bersawang bagai tapi dah berhantu jugak dah ceritanyer ni.
Ok cut the story short la yer, memandangkan dah lama tak mengupdate apa-apa dalam blog ini makanyer terlalu banyak la benda yang banyak terkumpul dan tertunggak untuk dikongsi bersama. Sampai tak tau yang mana satu aku nak masukkan dulu. Tapi apapun yang penting aku masuk untuk kongsi apa-apa yang boleh dikongsi. Tajuk macam hebat sangat la kan taip dalam Bahasa Inggeris tapi isi semua melayu jer la..Heheheh.
Ok setakat ini yang terlatest perjalanan dan jugak percutian aku bersama-sama dengan kawan yang berkongsi minat yang sama ini adalah NEW ZEALAND. Kali ni perjalanan ke New Zealand aku bersama 3 lagi kawan-kawan yang suka berjalan. Perjalanan kami bermula dari 2/2/2016 sehingga 15/2/2016. Oleh kerana New Zealand adalah ranking yang terkini, so aku akan update apa-apa yang berkaitan dengan New Zealand la dulu yer. Sebelum itu, ehh terlupa pulak kan, selain New Zealand transit kami sebelum sampai ke New Zealand adalah Sydney, Australia. So kat sini aku share la sekeping dua gambar masa kami di Australia dan juga New Zealand untuk tatapan sesiapa yang baca blog ni. Heheheh
Gambar kat atas ni Pandangan Circular Quay di malam hari
Gambar kat atas ni pula semua orang mesti tahu sebab tempat wajib datang la katakan iaitu tak lain dan tak bukan Sydney Opera House 
Ok ni lagi sekeping gambar yang aku nak kongsi iaitu gambar di New Zealand. Gambar ni dekat Skyline, Queenstown, New Zealand.
Ok itu jer la dulu 3 keeping gambar yer. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih untuk semua bloggers yang banyak berkongsi cerita-cerita perjalanan mereka di New Zealand dan jugak Sydney, Australia. Semua perjalanan yang kami pergi banyak jugak merujuk kepada blogger2 yang kaki-kaki jalan ni. Antara blog yang menjadi rujukan untuk ke New Zealand adalah seperti di bawah ini. So, pada sesiapa yang nak menuju ke New Zealand boleh rujuk blog-blog kaki jalan yang terkenal ini.
Backpackerbusuk.blogspot.com
Syarliz.blogspot.com
Kakiberangan.blogspot.com

Lepas merujuk blog dan pembacaan di mana-mana website tentang apa-apa kaitan mengenai New Zealand dan Sydney Australia, so kami mula merangka perjalanan untuk ke sana. Pada mulanya tiket penerbangan la yang pertama sekali benda terpenting untuk menjadikan perjalanan tu menjadi. Kebetulan pulak ada la promo ke Sydney pada masa tu, so kami beli tiket flight Air Asia menuju ke Sydney untuk perjalanan pertama. Nak kata promo dan dapat murah sangat itu macam tak la murah sangat tapi ok la bagi aku.

Lepas pembelian tiket ke destinasi pertama, mula la perancangan kami atur untuk ke satu-satu destinasi. Antara perjalanan yang kami telah rancang pada masa tu adalah seperti di bawah;

Perjalanan dengan flight:
Penang – Kuala Lumpur  - Malind0 = RM 46  (luggage 15kg+refreshment)
Kuala Lumpur – Sydney, Australia – Air Asia          = RM 550 (luggage 20kg)
Sydney – Christchurch - China Airlines                   = RM 575(baggage 23kg+halal meal)
Christchurch – Auckland – Air New Zealand          = RM 200 (baggage 23kg+refreshment)
Auckland – Kuala Lumpur – Emirates
(transit di Melbourne)                     
Melbourne – Kuala Lumpur – Emirates                    = RM 1450 (baggage 30kg+2 kali meal)
Kuala Lumpur – Penang – Malaysia Airlines        = RM 90    (baggage 30kg+refreshment)

Pada masa kami merancang perjalanan ni semua Air Asia masih belum buka lagi route KL-Auckland. So kami rancang untuk naik bermacam-macam jenis Airlines la dan sekaligus dapat la rasa perbezaan setiap flight selain dari nak berjimat la jugak kos naik flight ni kan. Mesti ada yang tertanya berapa kos untuk flight semua tu. So aku senaraikan setiap harga untuk semua flight tu terus dan total semuanya untuk flight sahaja sebanyak RM2911

Setiap pembelian untuk flight yang penting kita kena tau la berapa lama nak duduk dekat satu-satu tempat, baru la boleh beli semua flight yang sepatutnya. Perjalanan yang kami atur seperti kat bawah ni la.

Kuala Lumpur – Sydney (3/2/2016 – 5/2/2016)
Dekat Sydney kami menginap di Big Hostel dengan harga RM 205/pax utk 2 malam. So dekat Sydney kena la senarai mana-mana tempat yang kita nak pergi kan. Antara tempat yang kami senarai seperti dekat kat bawah ini
  • Circular Quay
  • Sydney Opera House (kalau tak sampai sini macam tak sampai Sydney la orang kata kan.
  • Sydney harbour bridge
  • Paddy’s Market
  • Blue Mountain
  • Chocolate factory at Blue Mountain
  • Package (5 attractions in Sydney) – Madam Tussauds, Sydney Wildlife, Sydney Aquarium, Sydney Tower Eye, Manly Shark (AUD 76)
  • Darling Harbour
  • Hard Rock Café      
Dekat Sydney ni kami rancang untuk gunakan perkhidmatan Airport Transfer dengan Mr. Ken. Memang boleh dipercayai la sangat dengan Mr. Ken ni. Harga dia macam ni kalau lagi ramai lagi untung la ceritanyer. Contact nombor dia aku dapat dari blog syarliz. Memang ok sangat la. Kalau ikutkan banyak juga operator yang menyediakan perkhidmatan airport transfer ini dan kena la berkongsi van bersama dengan penumpang yang lain dengan destinasi yang lain. Oleh sebab kami tak la lama di Sydney, so untuk menjimatkan masa mencari airport transfer di Airport Sydney so kami semua pun setuju untuk guna perkhidmatan Mr. Ken ni dekat sana. Untuk satu kereta yang boleh muatkan 6-7 orang harga pergi dan balik AUD 140. So jumlah untuk seorang kena charge AUD 35 untuk perjalanan pergi dan balik. Tapi pada sesiapa yang pergi beramai mungkin lebih jimat la kan. Contact no. Mr. Ken - +61 419 638 346

Sydney – Christchurch (5/2/2016 – 12/2/2016)
Kami senaraikan tempat-tempat yang mana akan kami lawati dan juga tempat bermalam. Semua senarai dibawah ni harga untuk seorang. Dah nama pun pergi ke New Zealand pada waktu puncak kan. Kalau dah pergi pada Summer time ni so tak boleh la nak berkira sangat tentang bayaran untuk apa-apa disana dan sudah tentulah melambung la jugak bayaran nyer kan.
  • Christchurch  - 219 on Johns Motel &Holiday Park   = RM 100
  • Lake Tekapo - YHA Lake Tekapo  = RM 108
  1. Lake Tekapo
  2. Lake Pukaki
  • Wanaka - Wanaka Top 10 Holiday Park = RM 94.30
  1. Wanaka Lavender Farm
  2. Puzzling world
  • Queenstown – Lakeside Motel, Queenstown = RM 244  ( 2 malam)
  1. DF Souvenirs
  2. Skyline Queenstown
  3. Luge at Skyline, Queenstown
  4. Discovery Lake Wakatipu
  • Te Anau - Te Anau Top 10 Holiday Park = RM 100
  1. Milford Sound
  2. Pusing-pusing Te Anau
  • Dunedin - Woodlands Motel & Apartments = RM 97
  1. Otago University
  2. Jalan-jalan cari makan di Otago
  • Christchurch – Stay di Airport jer sebab flight awal 5.40 pagi
  1. Jalan-jalan tengok kesan gempa di Bandar Christchurch
  2. Jalan-jalan cari makan 
Christchurch – Auckland
Dekat Auckland ini kami pilih untuk melawat dan berada dibandar Auckland sahaja sebab nya cuti kami pun tak boleh nak ambil lama-lama. So semua buat keputusan hanya rileks saja di Auckland sebelum naik flight balik ke Kuala Lumpur.
  • Auckland - Kiwi International Hotel = RM 101.30
  1. Jalan-jalan shopping
  2. Makan Fish and Chip
So total kos untuk penginapan adalah sebanyak RM 1049.60 untuk penginapan 10 malam di Australia dan New Zealand. Ini la serba sedikit jadual perjalanan kami ke Australia dan New Zealand yang telah dirancang. Oleh sebab ada beberapa flight yang first time kami naik. So lepas ini aku akan bagi review tentang flight pulak. Aku cuma share yang mana yang aku ada info saja la mengikut kepada pengalaman yang ada. Ok nanti aku sambung lagi pada next entry tentang flight pulak yer. 

Ok, selamat bercuti!!!

1 comment:

mizzura said...

ok..save page ni dulu..nak khatam kendian...