Saturday, November 26, 2011

Tamu - Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum,

Ok kebetulan kali ini, untuk sekian kali nya aku kembali lagi ke Kota Kinabalu. So kali ini singgah jalan-jalan dekat Tamu atau dalam kamus dewan di panggil pasar di Gaya Street untuk cuci mata. Gaya Street ni berada di tengah pusat bandar Kota Kinabalu. Tamu ni juga dikenali sebagai Sunday Market beroperasi lebih kurang sekitar jam 6.00 am sehingga tengah hari. Selalunya sesiapa yang sampai Kota Kinabalu ni, Tamu di Gaya Street ini sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk dilawati sebabnya ini la tempat shopping pelbagai barangan di sini.

Ok meh kita tengok skit gambar-gambar yang sempat di ambil ketika berada kat Gaya Street ni.
Tamu @ Gaya Street

Kuih muih di Sabah ni memang menarik, warna warni dan berbungkus-bungkus, tapi aku tak try la sebab tak tau setakat mana kehalalan dia. Kalau diyakini teringin jugak aku nk beli dan rasa.

Blanket

pamphlet " What is Child Abuse"

Booth yang di buka untuk kempen kesedaran berkenaan child abuse oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagus kakitangan KPWKM ni, weekend pun depa ni kerja untuk memberi maklumat kepada orang ramai.

Masa aku kat sini, ada uncle tu cakap ini burung kita beli untuk kasi hilang stress oooo..klu beli ini burung mesti ada rasa rileks punya. ;) ;)..heheh

Tulisan Khat atas kulit kambing

Kopi

dress yang berwarna-warni dan pelbagai

Mop pun ada!!

Bracelet dan macam-macam ada

Barangan kraftangan yang terdapat di Sabah

Kat sini spot yang paling best buat aku, sebab aku suka tengok2 topi yang pelbagai jenis, yang cantik2, warna warni, mcm2 corak, memang best cuci mata kat sini. Heheh..

Fridge Magnet yang cantik-cantik dan pelbagai

Longgokan Fridge Magnet..Fuhhh memang banyak..rambang jugak mata bila nak pilih..best!!!

Cenggkerang, kulit2 siput dan banyak lagi koleksi hasil laut ada di jual di sini.

Heheeh..Ribena King..1st time tau ada nama ribena king..Rasa nya kat semenanjung bukan ka nama dia Roselle ke..nampak mcm species sama jer

Adakah ini pun dijual untuk dimakan..heheh..mungkin??

Hehehe..sebenaqnyer gambar di atas tu tadi digunakan untuk perubatan. Bukan nyer makanan exotic kat sini.

Uncle ni sebenaqnyer dah angkat tangan kat aku soh snap gmbaq dia. Tapi bila aku nak snap malu la plak, camera pun x tengok tapi apepun tenkiu uncle..heheh..sporting uncle ni..

Pelbagai koleksi key-chain

Sangkar yang dijual kat sini semua cun dan cantik. Warna warni yang memang menarik perhatian para pengunjung. Daripada x der dalam list shopping tiba2 terbeli sbb cantik sangat.

Pokok bunga yang cantik dan segar, tapi x tau la species apa pokok ni.

Ala..la..laa..kiut miut betoi la hamster kat sini. Comei, comei, comeii!!!!

Kuching pun ader juai kat sini..Heheh!!

Shawl yang cun-cun. Uiihh ni kalau bawak duit sikit memang kena tahan nafsu shopping ni


Barangan perhiasan!!!

Anjing pun ada juai kat sini..bleh tahan dasyat gak la..Hahah

Ok, rasa nya tu jer gambar2 yang dapat dikongsi bersama. Kalau setakat tengok dalam gambar yang ada ni tak cukup lagi. Tak nampak sangat kemeriahan nyer. Sesape yg belum penah sampai sini. Datang la jalan-jalan cuci mata dan cuci duit..kasi licin dalam dompet..heheh..ok sampai berjumpa lagi. Selamat bercuti!!!

No comments: