Wednesday, November 23, 2011

Promenade Hotel Service Apartment - Sabah

Salam,

Ok bercerita tentang Promenade Service Apartment ini, aku stay kat sini 5 hari, bagi aku service apartment ini ok la buat traveller ataupun holiday yang mementingkan/ mengutamakan tentang budget untuk sesuatu penginapan. Location apartment ini betoi2 di tengah-tengah pusat bandaraya Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan harga yang murah cuma buat online booking seawal yang boleh, so dah tentu akan dapat harga yang sangat2 berpatutan. Ok contohnyer kalau booking bulan ini untuk holiday bulan 3/2012.

Studio suite, boleh dapat harga RM 50 per night.
Family suite plak bleh dapat RM 90 per night.

Untuk booking dan maklumat lanjut bleh klik SINI.

OK memandangkan aku pergi KK dengan family, so kami amik Family suite, kat sini aku nak share gambar2 yang sempat aku snap untuk jenis bilik Family Suite, tapi gambaq untuk Studio suite aku amik dari website hotel tu jer.

Room Type = Studio Suite

Ok ni plak antara gambar-gambar yang sempat di snap waktu aku stay kat Family Suite ni.

Ruang dalam Family Suite

Bed = Queen Size

Bantal yg empuk

Set sofa kecil utk istirehat

Ruang make-up serta peralatan yang disediakan
seperti kettle, fridge, set cawan, air mineral juga disediakan 4 botol setiap hari.

Ruang Makan

Ruang lepak untuk tengok tv

Security Box

Hadapan bath room
Heheh...terlupa nak snap gmbar dlm toilet ni, tp apepun toilet kat sini bersih.

Ok, sampai sini dulu yang aku dapat share tentang promenade service apartment ni. Bagi aku kepada yang mementingkan budget boleh la try hotel ni dengan kaedah booking awal. Kepada yang nak environment yang lebih selesa, budget mesti la kena lebih tinggi. Tapi kalau aktiviti di luar lebih banyak dari duduk di dalam bilik better amik yg budget saja. Ok itu ajer yang aku nk share. Kalau ada info tentang hotel-hotel yg lain aku akan upload lagi. Ok sampai berjumpa lagi. Selamat Bercuti!!!

No comments: