Hari ini tiba-tiba teringat nak cerita sikit tentang wishlist ni atau senarai benda-benda yang diinginkan dalam hidup. Sebenarnya bagi aku, setiap orang punya minat, hobi, creativity dalam hidup masing-masing yang kadang-kadang menyebabkan wujudnya wishlist ni. Termasuk la aku jugak, kalau nak ikutkan macam-macam yang nak buat dan macam-macam yang diimpikan tapi kalau nak buat satu-satu benda kena la fokus untuk dapatkan apa yang diimpikan.
Senarai yang diimpikan ini tidak semestinya sesuatu yang sangat-sangat tinggi, yang kita perlu bersusah payah atau terlalu taksub untuk mendapatkankannya memadai seperti ukur baju di badan sendiri. Tapi sekiranya benda yang diimpikan itu memang memberi manfaat pada kita dan dapat memberikan kepuasan maksimum dalam hati/jiwa/perasaan/hidup, so bersusah payah untuk mendapatkannya adalah sangat logik dilakukan.
Itu saja yang dapat dikongsi setakat ini. Kalau ada idea tentang wishlist ni aku sambung lagi pada entry yang akan datang!!! Sampai berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment