Setelah sminggu lebih tidak update blog ni..so hari ni aku kembali untuk bersiaran setelah hampir seminggu mengalami kesihatan yang kurang memberansangkan (tidak sihat) dan juga keadaan yang sangat busy yang membuatkan blog ini tidak dapat dikemaskini. Kalau dalam perancangan, sepatutnya ada entri ke-3 untuk dihantar ke GMTC tapi apa kan daya kesihatan tidak mengizinkan. Kita hanya merancang. Segalanya Allah s.w.t. yang menentukan.
Berbalik kepada topik kali ini, Ramadhan datang lagi!!. Syukur, Alhamdulillah, kerana aku masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada esok hari. Peluang yang perlu direbut dan aku rasa kita sebagai manusia harus bersyukur kerana masih diberi peluang itu, iaitu peluang untuk beribadah kepada Nya. Syukur juga atas nikmat yang diberi kepada kita di dunia ini yang kadang-kadang kita sendiri tidak menyedarinya. Nikmat yang sangat banyak dari aspek rezeki, kesihatan, keluarga, harta dan bermacam lagi sehingga tidak terkira nikmat yang diperolehi didunia ini.
Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan, sama-sama la kita meraih pahala dibulan yang mulia ini. Aku ingin mengajak diri aku serta blogger2 di luar sana untuk sama-sama mencari keberkatan di bulan yang mulia ini..InsyaAllah.
Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam!!!
No comments:
Post a Comment