Treasure Hunt 2010
Gambar ini diambil masa aku join Treasure Hunt 2010. Teasure Hunt yang diadakan bersempena dengan sambulan Hari Majlis pada tahun 2010. Group aku 2 lelaki dan 2 perempuan. Safwan, Rizal, Suhada dan Aku. Gambar kat atas ni masa tengah line-up dan tampal stiker pada kereta. Memang best la masuk treasure hunt ni. Macam2 jawapan ada.heheh. Special thanks to Rizal sebab tolong bawak kereta, Safwan sebab tolong baca direction n jawapan, suhada sebab bagi kerjasama yg jitu..heheh. Tempat bermula nya treasure hunt di MPSP perda dan check point terakhir ialah di Bukit Kayu Hitam. Memang boleh tahan la jauh nya. Apapun group ni memang terbaik la walupun tak menang. Heheh..
Gambar di atas ni pulak masa dah sampai Bukit Kayu Hitam. Gambar semasa on da way dan singgah di check point yang telah ditetapkan tu tak sempat nak ambil gambar. Maklum la sebab dok sibuk cari jawapan sampai tak sempat berposing. Gambar kat atas itu ada masa sampai di Bukit Kayu Hitam ada yang tengah sibuk dok cari jawapan sebab booklet yang diberi tu belum dijawap sepenuhnya lagi. Gambar Safwan pegang plastic bag tu pulak, itu la hasil jawapan dan harta-harta yang dicari sepanjang perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Selesai jer hantar booklet jawapan tu terus la sesi makan-makan dan penyampaian hadiah. Apapun memang best walaupun tak menang!!! Tahniah kepada pemenang2 treasure hunt tahun 2010.
No comments:
Post a Comment