Saturday, September 5, 2009

Bersama Kak Maz ku sayang



Salam,

Gambar di atas ni gambar aku bersama Puan Mazlina (Kak Maz) yang diambil di dalam bilik yang agak berselerak itu. Aku mula mengenali kak Maz pada 28.01.2009 iaitu pada tarikh aku melaporkan diri pertama kali di Unit Naik Pangkat Sokongan, Bahagian Sumber Manusia. Insan ini seorang yang sangat banyak menolong dan memberi kerjasama sepanjang bermulanya kerjaya di unit NPS ini. Seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan penuh semangat dalam menjalankan tugas-tugas seharian di pejabat.

Panggilan Kak Maz sinonim pada Puan Mazlina kerana pangkat kakak bagi aku. Kak Maz antara salah seorang pegawai yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku berkhidmat di unit NPS. Setiap pagi bila bersarapan bersama kami akan berkongsi idea-idea dan juga sesi luahan perasaan sebelum memulakan kerja. K.Maz tempat rujukan bagi aku untuk setiap masalah yang timbul sepanjang aku berada di unit ini.

K.Maz seorang yang suka ketawa dan sentiasa ceria apabila kami bersama. Kini kami masing-masing telah membawa haluan masing-masing apabila aku kini berkhidmat di Seberang Perai Pulau Pinang dan K.Maz pula telah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri. Perhargaan buat beliau atas persahabatan dan keikhlasan hati sepanjang kami bersama di unit NPS. Jasamu di kenang.


2 comments:

Anonymous said...

tocei2...tak sangka aktif jugak anak sifu berblog ingat dh menjadi abu...haha..

akak pun dh tak delete blog lama tapi muncul yg baru..hehe..

kalau sudi jom terjah dan follow sini...

atun's said...

jemarisuri,

akhirnyer jumpa jugak sifu ku syg..heheh..
wokeyy..pasni leh terjah sifu lakk..heheh..terbaek laa..suka3!!!