Friday, September 30, 2011

Hotel Yang Best di Kuching, Sarawak

Salam untuk semua blogger,

Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang hotel yang aku duduk waktu melawat Kuching, Sarawak. Pada mula nya sebelum aku pergi Kuching ada la search n google tentang hotel-hotel di Kuching. Dalam banyak2 hotel di Kuching tu, tiba-tiba terjumpa website www.360kuching.com atau 360 Urban Resort Hotel. Bunyi macam menarik jer, lepas tu tengok la gambar-gambar bilik, kemudahan yang disediakan n "newly refurbished" membuatkan aku terus tertarik untuk stay dekat hotel tu. Memandangkan aku yang uruskan semua hal, apa lagi keputusan di tangan aku. So, tak perlu la nak tanya orang-orang yang berkenaan. Heheh..so, 360 Hotel menjadi pilihan aku pada kali ini. Bila sampai di hotel ini, aku ingat cuma indah kabar dari rupa, tapi ianya omputih cakap beyond expectation. Berbaloi dengan harga yang dibayar!!! Aku duduk dekat tower A sebab tower A untuk bilik2 dan Tower B pulak untuk apartment.

Ini la Lobby, Tower A, 360 Urban Resort Hotel. Memang cantik!!!

Layanan mereka kepada pelanggan memang tip top!!!

Lift yang menjamin security!!!

Kalau bercerita tentang lift ini memang ada satu cerita lawak la yang aku rasa ..heheh..lawak nyer pasai aku n the geng tiba2 naik ke tingkat 15 padahal bilik kami dekat tingkat 7. Heheh..rupa2 nyer untuk menjamin security untuk keluar masuk di hotel ini memerlukan access card. Masa kami naik itu ada la sorang ni nak naik tingkat 15, kami pun buat bodo jer tekan tgkat 7 padahal tak menyala pun button tgkat 7 tu..heheh..tiba2 lift tak berenti dekat tingkat 7. Pastu amoi yang pegi tgkat 15 tu turun la. Then kami pun turun la ke lobby balik. Rupa-rupanya card untuk masuk bilik kami tu la access card untuk naik ke tingkat 7. Kena touch card dalam lift tu baru la lift tu ikut cakap kita...heheh..memang lawak..aku rasa minah yang turun tgkat 15 tu pecah perut gelakkan kami pastu.heheh..pengalaman..

Depan bilik kami

Punya la berteknologi hotel ini. Selalunya dekat hotel-hotel yang aku pergi kena gantung perkataan Don't Disturb tu, tapi kat sini touch jer dari dalam, so menyala la dekat luar warna merah dont disturb ni..heheh..

Ini la dia bilik aku n the geng, room type: Premier Twin
RM 167 per night

Toilet yang sangat bersih dan besar.

Shower yang transparent!!!heheh..

Kettle yang comel!!!

LCD Flat Screen tv


Buku panduan yang disediakan sebagai rujukan untuk para pelancong di setiap bilik.

Tempat-tempat menarik di Sarawak

Ok, tu jer la untuk kali ini, apapun hotel ini memang recommended place to stay!!!Kalau sapa2 nak try hotel ini try jgn tak try!!!memang best!!!

Monday, September 19, 2011

Photo of the day @ Cameron Highland

Photo of The Day

Location : Cameron Highland, Pahang


Sekadar ingin berkongsi gambar-gambar yang telah diambil ketika berada di Cameron Highland, Pahang. Bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran, menghirup udara segar dengan suasana yang sejuk Cameron Highland adalah salah satu tempat yang sangat merelaxkan minda. Recommended place to go!!! Selamat bercuti buat semua!!! ;) ;)

Sunday, September 18, 2011

Wishlist @ Senarai yang diimpikan

Salam buat semua bloggers,

Hari ini tiba-tiba teringat nak cerita sikit tentang wishlist ni atau senarai benda-benda yang diinginkan dalam hidup. Sebenarnya bagi aku, setiap orang punya minat, hobi, creativity dalam hidup masing-masing yang kadang-kadang menyebabkan wujudnya wishlist ni. Termasuk la aku jugak, kalau nak ikutkan macam-macam yang nak buat dan macam-macam yang diimpikan tapi kalau nak buat satu-satu benda kena la fokus untuk dapatkan apa yang diimpikan.

Senarai yang diimpikan ini tidak semestinya sesuatu yang sangat-sangat tinggi, yang kita perlu bersusah payah atau terlalu taksub untuk mendapatkankannya memadai seperti ukur baju di badan sendiri. Tapi sekiranya benda yang diimpikan itu memang memberi manfaat pada kita dan dapat memberikan kepuasan maksimum dalam hati/jiwa/perasaan/hidup, so bersusah payah untuk mendapatkannya adalah sangat logik dilakukan.

Itu saja yang dapat dikongsi setakat ini. Kalau ada idea tentang wishlist ni aku sambung lagi pada entry yang akan datang!!! Sampai berjumpa lagi.

Thursday, September 8, 2011

Photo of the day @ Penang War Museum

Photo of the Day
Location : Penang War Museum
Gambar ini diambil di Penang War Museum, tempat dalam gambar di atas ialah di Underground Weapon Storage Centre yang terdapat dalam Penang War Museum ini. Untuk peminat-peminat sejarah, pelancong, dan warga tempatan tempat ini memang best. Memang berbaloi masuk dengan bayaran RM20 seorang.