Monday, June 12, 2017

Trip to New Zealand - Day 6 - Part 1 - Wanaka ke Queenstown

PART 1 - Moorpark & Mulberry Orchard, Jackson Orchard, Kawarau George, Lake Wakatipu, Queenstown

Klik SINI untuk entry sebelumnya.


Salam untuk semua,


Kembali buka blog hari ini sebab kebetulan cuti sempena Nuzul Al-Quran dan aku ada la masa untuk update apa-apa yang patut setelah tergendala daripada episod yang lalu. Apapun dikesempatan ini aku ucapkan juga selamat berpuasa kepada mana-mana pembaca yang mengunjungi blog ini. Macam biasa sebelum siap cerita tentang New Zealand ini, mesti la ada pulak trip yang menyusul, disebabkan itu, bertambahla tertunggaknya cerita ini.

Ok cut the story short. Bersambung la lagi cerita aku dan kawan-kawan walaupun kisahnya sudah setahun empat bulan yang lalu. Ok jom sambung balik.

Pagi ini kami bergerak dari Wanaka Top 10 Holiday Park menuju ke Queenstown. Penginapan kami di Queenstown ialah di Lakeside Motel, Queenstown. Jarak perjalanan dari Wanaka mengambil masa dalam 1 jam 30 minit sahaja tanpa henti. Laluan kami menuju ke Queenstown menggunakan laluan semalam dan kali ini kami melalui Cromwell dengan menggunakan route no. 6 dan seterusnya route 6A untuk ke bandar Queenstown. Ikut saja laluan ini In sha Allah sampai la di Queenstown.

Peta atas ini menunjukkan laluan perjalanan kami untuk hari ni

Permandangan jalan untuk meninggalkan Wanaka..cantik jer persekitaran dan tenangnya suasana

Masih permandangan jalan di hadapan. Dari sini untuk sampai ke Cromwell hanya lagi 43 km untuk sampai.

Dah nama pun New Zealand kan, banyak la lembu-lembu hitam putih di merata-rata. Dalam perjalanan masih sempat ambil gambar dari dalam kereta saja.

Kami berhenti di sini dari laluan kereta yang tengah bergerak tu. Berhenti la amik gambar jalan dulu dan sebenarnya bukanlah berhenti saja tapi sebab ada tujuan berhenti di sini.


Kalau dah nama geng-geng perempuan yang berjalan, menyinggah tu sudah semestinya. Pantang la ada kedai apa bagai mesti la nak stop tengok kot ada yang menarik boleh dibeli. Bila dah sampai di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Cromwell dan juga di Cromwell kebanyakkan yang ada di sini adalah Orchard dan kedai-kedai yang menjual hasil dari ladang depa ni la. Buah-buah yang segar dari ladang boleh la beli dekat sini.

Singgah sini dulu di Moorpark & Mulberry Orchard ini dulu.
Ni owner kedai tengah sibuk nak bawak keluar barang-barang, sempat lagi la snap gambar depa ini.

Rilek-rilek jer bangunan depa buat dengan zink jer. Tapi mungkin zink yang lebih berkualiti sebab nampak kukuh jugak. Apapun jom la kita masuk tengok buah.

Buah apricot punya la fresh...hurmmmmm..sedap

Dekat sini ada jual olive oil tapi kami tak la beli pun.

Nampak dak tu, dah start seluk beg nak membayar buah peach tu tadi.

Suka nya la depa ini dapat beli buah appricot tu..hehehe..mai negara orang kalau ada hasil buah-buahan yang memang ditanam disini, so memang kena makan dan rasa la kesedapan buah-buahan tu kan. Lepas membeli kami pun bergerak kembali. Harga untuk sekotak peach tu dalam NZD10 sahaja.

Papan tanda had laju di sini dah menunjukkan kami sudah sampai di Cromwell.

Berhenti lagi kami dekat sini...hehehe..punya la suka menyinggah. Ni kalau perjalanan yang sejam setengah nampak gaya memang tak dak la nak sampai destinasi yang dituju tu sejam setengah jugak kan. Ok kali ni kami singgah di Jackson Orchard. Ok parking kereta dulu yer.

Kali ini punyer tempat jualan hasil-hasil ladang agak besar. Teruja depa ni nak pi tengok ada apa yang best dekat sini. Tapi yang best nya sebab nampak gambar ais krim ada jual di sini. Pasal tu la berhenti kat sini sebab teruja nak makan ais krim di New Zeland kononnya.

Gifts to take home tu kami beli buah lagi di sini...heheheh..

Perghhhhh...di sini lebih banyak buah-buahan. Best nyer la tengok buah-buahan segar-segar.

Buah appricot, apple dan tangerine


Segar-sesegar-segarnya tomato ini. Masya Allah..

  Senyum ja sambil pilih buah, tu tanda seronok tengok buah-buah dekat sini


Apricots, Peaches, Greengages, semuanya sedap. Greengage ini first time aku makan di New Zealand ini. Buah dia rapuh-rapuh macam buah plum. Kalau siapa-siapa yang jumpa buah ini memang kena cuba buah ini sebab sedap.
Punya la best apple ni. Ikutkan semua nak beli tapi banyak sangat kalau tak habis dan rosak jadi membazir la pulak kan. So tengok jer la.

Suasana dalam tempat jualan hasil ladang tu tadi

Produk hasil ladang


Time to eat ice cream
Semangat la masing-masing mengorder..hahahah

Sedap dan mengiurkan. Kalau sampai Cromwell boleh la cuba makan ice cream ini.
Bersebelahan dengan tempat jualan tu tadi, ada pokok-pokok plum yang ditanam di situ dan terdapat juga tempat duduk dan meja untuk rehat dan makan-makan disini. Kami layan ice cream yang dibeli tadi tu dekat sini sambal rileks menikmati keindahan alam. Kalau siapa-siapa yang bawa bekalan makanan boleh la makan bekalan di sini.

Dah habis makan, rileks dan menikmati keindahan alam, time posing la pulak kan. Bergambar dalam pokok-pokok ini tak pasti boleh atau tidak, tapi mungkin ianya dimiliki oleh tuan punya kedai yang jual hasil ladang tu la kot kan.

Cantik jer pokok-pokok ini ditanam

Kami kembali bergerak semula selepas selesai di Jackson Orchard tu tadi.

Bergerak, bergerak dan bergerak, rupanya ada lagi tempat yang kami singgah. Itulah orang perempuan kan, kalau tak menyinggah tu macam tak sah. Ok kali ini, bukan singgah ke mana pun hanya di tepi jalan, rumah persendirian yang juga menjual buah cherry di sini.
Kami parking berdekatan dengan rumah ini

 Kami singgah dan beli buah cherry tadi di sini.
Ha ni la dia sekotak buah cherry, seingat aku sekotak NZD10 sahaja. Memang berbaloi
Memang berbaloi!!! Buah cherry dalam box ini semuanya segar-segar. Memang kena makan buah cherry la kalau sampai di sini lagi. Sangat puas hati!!!
Cantik sungguh buah appricot yang segar di pokok, sempat lagi ambil gambar buah ini dekat tempat jual cherry tu...heheheh

Cukuplah membeli buah-buahan kan, so kami terus saja bergerak menuju Queenstown. Queenstown sebenarnya dah tak jauh pun dari Cromwell tu, kami kemudian dah masuk kawasan Kawarau George

Di seberang dari sungai ini telah terlihat Kawarau George Mining Center, dekat sini ada juga disediakan untuk aktiviti lasak seperti Golgfield Jet (speed boat yang menyusungi sungai ini aku rasa). Kami cuma singgah untuk mengambil gambar sungai yang cantik dengan air yang warna turquoise tu saja.

Haaaa ini la tempatnya
Subhanallah, cantik sungai di sini

Lepas jer tengok sungai ini, perasaan kami semakin teruja bila nak sampai ke Queenstown, so kami terus menuju ke tempat penginapan kami di Lake Side Motel sekiranya available untuk check-in awal. Kami terus sampai di motel yang telah kami book tu untuk checkin tapi tak available untuk check-in awal...hehehe..bukan apa cuma cuba nasib kot dapat check-in awal kalau bilik dah ready dan tiada penghuni. Tapi dah namanya pun time summer kan, nak ada bilik yang kosong tu macam agak susah la juga.

Kami diberitahu bahawa bilik yang kami book tu telah penuh dan pihak pengurusan akan gantikan dengan bilik yang lain. Kami book jenis 2 bedroom apartment yang berdepan dengan Lake Wakatipu. Agak frust disitu, tapi apapun kami cuma tinggalkan beg dan berjalan-jalan dulu di tengah bandar Queenstown ini sementara menunggu masa untuk check-in. Nanti kita tengok apa kesudahannya.

Punya la teruja di Queenstown sampai gambar menuju ke motel pun tak ambil masa tu. Kami seterusnya hanya pusing-pusing bandar Queenstown dan layan keindahan di bandar ini sementara menunggu masa untuk check-in. Jom la kita layan dulu gambar sekitar bandar Queenstown ini.

Kami parking di hadapan kedai ini.

Bangunan-bangunan sekitar Town Queenstown

Kami berjalan menuju Lake Wakatipu, tengok dekat sini ramainya mat dan minah saleh sedang berjemur. Berjemur sambil menikmati keindahan...heheheh

Lake Wakatipu ini memang cantik dengan airnya yang jernih sungguh dan tenang saja mata yang memandang. 
Sangat indah permandangan di sini dan rasa best ada di sini untuk menikmati keindahan alam.

Selesai saja kami disini, kami balik ke motel untuk check-in dan nantilah aku sambung pada entry yang akan datang apa kesudahan bilik yang kami book tu.  Ok sampai situ saja lah entry pada hari ini.

Selamat bercuti dan selamat beristerahat!!!!