Sunday, March 11, 2012

Pasu Sarawak

Salam untuk semua,

Tajuk hari ini adalah berkenaan dengan pasu Sarawak. Entri kali ini aku cuma ingin berkongsi tentang tempat membuat dan menjual pasu di Sarawak yang aku suka. Mungkin bagi sesetengah orang setakat pergi tempat membuat pasu ianya satu aktiviti yang membosan kan tapi berbeza pulak bagi aku. Mula-mula aku rasa nak pergi tempat ini memang nak tengok jer dan takkan beli punyer. Tapi rupanya meleset tanggapan tu sebabnya kualiti pasu yang dihasilkan dekat tempat ini memang sangat2 menarik perhatian aku. Tempat yang dimaksudkan ialah Yong Huat Heng Brick & Earthen Ware Factory.

Bagi aku pasu Sarawak ini mempunya ciri-ciri kebudayaan yang ditunjukkan dari hasil ukiran di atas pasu tersebut. Bukan setakat ciri-ciri kebudayaan yang terdapat pada pasu yang dihasilkan malahan terdapat juga nilai estetika di situ. Inilah salah satu keunikan yang membuatkan negeri Sarawak terkenal dengan pasu Sarawaknya. Apapun jom kita tengok gambar yang sempat diambil.
Uncle ini relax jer!!!heheh
Hanya beberapa saat dia dah siap buat satu pasu
Tak sampai 2 minit uncle ini dah buat pasu yang ketiga
Siap pasu yg ketiga, inilah yang dikatakan practise makes perfect!!heheh
Dan last sekali ini la pasu yang keempat dihasilkan

Lepas pro dah tunjuk skill dah tentu lepas tu amatur la plak nak tunjuk kepakaran yang ada hasil dari melihat kehebatan pro yang hanya mengambil masa kurang 3 minit menghasilkan 4 biji pasu tu. So apa lagi buat la kan..haaaa..inilah hasil nya..bentuk pasu yang dihasilkan adalah jenis bunga ros yang menguncup..heheh..dan ianya mengambil masa yang agak lama untuk memotong tanah liat tu sebab pakai benang dan nak mengangkat ingat senang ker..hahah..huiihhh sungguh tidak berseni!!!

Ini la pasu bunga ros yang menguncup tu..

Selepas jer proses menghasilakn pasu, proses yang seterusnya ialah melakar..nak buat benda ini memang perlu ada minat, kesabaran dan ketelitian bagi menghasilkan satu hasil seni yang berkualiti. Huuiihhh sabaq betul depa ini.
Ini pulak, proses mengukir...membuat ukiran memang memerlukan kesabaran yang tinggi..klu tak sabaq aku rasa ukiran boleh jadi kasar dan tidak berkualiti.
Ini la hasil pasu2 yang telah siap di ukir dan sedia untuk dibakar

Tempat pembakaran pasu-pasu yang telah siap diukir tu tadi

Lepas jer bakar pasu-pasu tu tadi, so seterusnya ialah proses mewarna (finishing) iaitu Kerja-kerja akhir bagi mencantikkan pasu berkenaan. Hasilnya adalah seperti gambar-gambar di bawah. Memang cantik, menarik dan aku yang hanya nak tengok jer tu sudah terbeli pasu Sarawak ini untuk hadiah pada mak aku..heheh..dan kebetulan yang paling menariknya hari aku pergi tu adalah hari promosi so dapat discount 50%. Rugi aku rasa kalau tak beli time ini.
Pasu-pasu dekat atas ini boleh dapat pada harga RM35 sahaja. Memang berbaloi. Tapi kalau beli dekat semenanjung hampir RM100 la jugak kalau yang saiz besaq macam ini.

Untuk pasu sederhana ini boleh dapat dengan harga RM15 jer..tapi apapun aku memang sangat suka pada ukiran dekat pasu Sarawak ini.

Ini la antara hasil ukiran yang terdapat pada pasu Sarawak. Memang cantik dan menarik. Ukiran yang terdapat pada setiap pasu semuanya mempunyai identiti Sarawak itu sendiri.

Haaa ini la tempat pembungkusan pasu2 yang telah dibeli...Aku ada tanya pada orang yang dok bungkus pasu ini. Soalan aku, tak pecah ker nanti nak bawak balik jauh ini??heheh..yang bestnya uncle ini siap jawab dengan confident nya memang takkan pecah. Dia cakap stakat ini orang yang dok beli kat depa memang belum ada kes pecah. Dan ianya terbukti bila aku dah smpai rumah dan bukak kotak untuk check . Huiihh patut la dia jawab confident...Memang betoi pun, tak der sedikit pun kecederaan pada pasu yang aku beli tu. .sungguh kemas cara pembungkusan dia.

Ok, sekian untuk hari ini, apapun tempat ini memang menarik untuk dikunjungi dan best untuk bershopping bagi penggemar2 pasu dan ukiran. Ok..Sampai berjumpa lagi...till then...selamat bercuti!!!

Photo of the day @ Kampung Air. Tanjung Aru, Sabah

Salam buat semua,
Gambar yang ingin dikongsi untuk kali ini diambil di perkampungan air Tanjung Aru, Sabah. Bangau ini menarik perhatian aku untuk snap gambar dia. Memang best tengok gelagat si bangau ini. Gelagat si bangau mencari makan sambil dok fikir nak terbang dan tak terbang membuatkan gelagat dia satu daya tarikan bagi aku. Melihat kehidupan haiwan salah satu perkara yang dapat merelaxkan minda dan menenangkan jiwa dan ianya juga boleh dijadikan terapi minda dari kesibukan harian. Datang la di perkampungan air Tanjung Aru ini untuk melihat sendiri suasana di sana. Memang banyak yang menarik untuk diperhatikan. Apapun selamat merelaxkan minda dan selamat bercuti!!!

Friday, March 9, 2012

Baby Ameerul @-->---

Salam untuk semua,
Ameerul

setelah hampir sebulan sepi tanpa sebarang update dekat blog ini, so malam ni aku mula nak mencargaskan diri aku dari kesibukan yang melampau itu. Cetusan idea untuk update blog ini adalah hasil dari permintaan dari tuan blog jemarisuri1001.blogspot.com atau juga dikenali sebagai JS. Atas permintaan JS, so..aku nak berkongsi gambar yang aku ambil di Bangi semasa melawat kawan aku yang baru melahirkan anak ke-2 dia tempoh hari. Ok tu aje untuk malam ini...sampai berjumpa lagi di entri yang akan datang..layan!!selamat beristirahat dan selamat bercuti!!!