Sunday, January 29, 2012

Hadiah - Pengundi bertuah untuk Readers Choice

Salam buat semua,

Semalam 28/1/2012, pergghhhh membuatkan perasaan keterujaan aku membuak-buak bila dapat Pos Ekspress ini. Yang membuatkan aku teruja sebabnyer tulisan dekat sampul itu adalah tulisan kepunyaan seseorang yang sangat familiar. Aku familiar sebab selalu dok baca travelog kawan 'dia' bila "dia" hantaq poskad dekat kawan2 dia. Hehehe...cantik kan tulisan dia sebutir2 dan kemas. Kalau aku hampeh...hehehehe..

Ini la dia kiriman yang diterima

Sebenaqnyer aku nak ucap terima kasih sangat2 pada Fatt dari blog backpackerbusuk.blogspot.com, yang telah hantar kiriman pos Ekspress ini kat aku. Ni la hadiah untuk aku sebagai pengundi bertuah bagi contest 26 soalan tentang seorang kaki jalan....perggghhhh BEST..best..BeSt...tengok bawah ni..Haa..ni la hadiah2 nya...

Memang best bila dapat key chain, fridge magnet, book mark ini dalam satu masa..Fuyooo..skali dapat 3 barang laaa..Fatt bagii..gilerr BEST kot..i lebiu la Fatt..aku memang peminat key chain n FM dan satu lagi apa2 brg dr over the sea..seronok giler aku masa dapat ini..heheh

Key chain dari Australia..heheh...best aku dapat key chain ini sebab salalunyer key chain yg aku dpt standard design iaitu cola bear...lain dr yg lain.. :)

Fridge Magnet dari Korea,..heheh..FM Seoul Tower lagi tuuu..eheh..ni yang berkobar-kobar semangat aku bila dapat FM dari Korea ini... InsyaAllah ada rezeki sampai Korea aku pi la dekat Seoul Tower ini...InsyaAllah..Cun oooo..FM nii..

Book mark dari Korea...design book mark ini adalah Hanbok pakaian tradisional orang Korea...memang aku suka..like..like..like..

Apapun terima kasih skali bagi buat Fatt, atas semua hadiah2 yang diberikan..Aku suka!!!

Saturday, January 28, 2012

Fenomena Ribut Matahari

Salam buat semua,

Entri yang tersimpan dalam draft yang baru nak dikeluarkan. Artikel ini menarik bagi aku untuk dikongsi bersama. Sumber artikel ini diperolehi dari KOSMO. Tajuk dia memang menarik iaitu Ribut Matahari Bukan Kiamat. Namun jika ianya dikaji dari segi sains, ianya adalah impak/kesan yang terjadi terhadap sesuatu tindakbalas (mungkin) heheh..andaian aku jer..tapi bagi aku, sesuatu fenomena yang berlaku ianya adalah atas Kekuasaan Allah. Kita cuma dapat meramal dan Dia yang menentukan. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

“Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” Surah Yassin : 82

Tapi apapun bagi aku, sesuatu bencana yang diturunkan adalah satu peringatan untuk seluruh Umat Islam supaya berada di jalan yang benar. Dan ianya adalah satu peringatan untuk diri aku jugak.

Ok..jom baca artikel di bawah ini.

=======================================

Rbut matahari bukan kiamat



BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.

Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.

"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.


"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.

Kesan

"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.

"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.

Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.

"Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit," kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.

"Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.

"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak," katanya.

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.

"Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi," jelasnya.

Hidrogen

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

-----------------------------------------------------------------------

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya.

Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid.

"Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.

"Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi," katanya.

Saturday, January 21, 2012

Diving bersama life jacket di Pulau Redang!!!

Salam buat semua,

Diving bersama life jacket di Pulau Redang...heheh..tajuk entri betoi ke x ni..boleh ke diving dengan life jacket??macam mana leh tenggelam kalau dh pakai life jacket??bukan sepatutnya kalau dah pakai life jacket kita akan ada kat permukaan air jer ke??heheh..tak pun adakah ini gambar tampal??heheh..jawapan dia boleh!!! kita boleh tenggelam walaupun pakai life jacket. Gambar-gambar yang diambil di bawah ni memang gambar real, underwater photographer yang shoot semua gambar2 ni. Gambar diving bersama coral dan ikan ini salah satu gambar favourite yang aku paling suka. Gambar-gambar ini diambil pada tahun 2007 masa company trip dekat Pulau Redang dan gambar tu diambil di Redang Marine Park.

Dekat Redang Marine Park pada masa tu, ada menyediakan freelance underwater photographer yang boleh shoot gambar2 kita diving bersama coral dan ikan2 yang cantik. Tapi last aku pergi tahun lepas 2011, tak jumpa pulak depa2 ni..mungkin tak mendapat sambutan kot..yer la sapa yang nak diving walhal berenang pun tak tau..heheh..tapi x jugak bergantung kepada self confident level seseorang tu jugak..walaupun x pandai berenang tapi kalau self confident level berada pada tahap yang maximum...InsyaAllah boleh jer buat..

Macam mana leh tenggelam??
Mesti orang tertanya-tanya macam mana pakai life jacket tapi boleh diving sedalam itu, heheh..jawapan dia camni, underwater photographer tu ader 2 orang, seorang akan tunggu dia bawah untuk shoot gambar2 dan seorang lagi yang memainkan peranan penting untuk menenggelamkan mereka2 yang memakai life jacket ni. Memang peranan penting la yang lagi sorang ni sebab susah jugak kot tugas dia nk bagi tenggelam orang. Untuk ambil gambaq ni aku dan kwn2 di nasihatkan untuk tak memakai goggle sebab kalau pakai benda alah tu, dia akan menutup muka, so photographer tu cakap tak cantik dan x nmpak la muka2 kami..
heheh..tapi kepada yg pakai contact lens tu kena la pakai goggle tu jugak...

Ni la gambar2 di Marine Park, Pulau Redang,heheh..memang mcm2 aksi..heheh..tapi sangat2 best sebab cantik Pulau ni..

Ni aksi macam nak jadi polis traffic pun ader..heheh

Akak ni pakai contact lens, so kena la pakai goggle untuk diving, tapi aku suka aksi ni sebab posing dia diving yang menjunam..terbaek la K.Ida..heheh

Posing aku simple jer, peace memang tak lepas punyer..gambar macam cool giler jer tapi hakikatnyer tengah menahan nafas dan mata sangat2 pedih waktu ni..memang bengkak jugak la mata lepas 4 kali posing..heheh..tapi memang berbaloi la bila tgk balik pic ni..

Kawan aku yang sorang ni memang terbaek la, siap bleh bukak mulut senyum tunjuk gigi..heheh..padahai dah confirm2 ayaq masuk dalam mulut..tp dia tetap maintain jer..heheh..Terbaek la Syahmi!!

Abang ni punyer gambar pun aku suka sebab banyak ikan yang dok enterframe masuk posing skali ngan dia..heheh

Aku suka akak ini, Akak ni salah seorang yang tak tau berenang, 1st time buat aktiviti snorkeling ni, tapi dia punyer semangat memang terbaek..Untuk dive ke dalam ayaq ini memang nervous jugak nak buat, dia cakap kat aku, akak teringin nak buat, tapi takut sebab nak kena tanggal goggle kata dia..heheh..tapi selepas nasihat dan dorongan kawan2, hasilnya adalah seperti gambar kat atas ni..memang terbaek la Kak Maz..

Kepada sesiapa yang akan pergi ke Pulau Redang ni, hayati la keindahan yang ada di sana, inilah salah satu tempat yang menenangkan jiwa..ok apapun selamat bercuti dan hargailah keindahan alam kita.. !!! daaaa..roger and out..

Thursday, January 19, 2012

Photo of the day - Flying Over The Sea of Cloud

Salam untuk semua,

Sekadar berkongsi bersama gambar-gambar yang sempat diambil ketika terbang di lautan awan yang terbentang luas. Subhanallah!!! betapa cantik ciptaan-Nya..Alhamdulillah atas kurniaan-Nya.

Tuesday, January 10, 2012

26 soalan..yg agak susah nk jawab..heheh

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Bismillahirrahmanirrahim…Apapun aku senyum dulu..heheh..selepas menjadi pembaca bertuah bagi blog backpackerbusuk.blogspot.com, so aku rasa boleh jugak la aku try untuk jawab semua 26 soalan yg agak susah nk jawab...heheh...ni pun sebab owner backpackerbusuk “Fatt” ckp “awk tak mo cuba ke”…heheh..so bila org dah tanya..boleh la aku try jawab soalan2 yg mana berkenaan..walaupun aku ni bukan nyerr traveler macam mereka2 yang pro tuu..

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Nama penuh Halimatun Saadiah Binti Abdullah (ni memang nama betul, x kelentong punyer..heheh), orang panggil Atun, kalau baru berkenalan ngn aku..aku ni kategori pemalu la kot..tapi kalau dah lama..rasanyer bukan itu identity aku yg sebenaqnyer..aku ni orang Kedah..dan d sebabkan aku ni org kedah..tu yang kadang2 klu menaip yang mana ada huruf R akan jadi Q..cth Alor Setar = Aloq Staq..heheh..ok setel soalan no.1 ni..next

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Aku mula terjebak dalam dunia travel ni pada umuq 19 atau 20 tahun mcm tu dan destinasi pertama ialah Kelantan..heheh..kalau orang lain maybe ke luaq Negara tapi aku ke Kelantan jer. Nak tau kenapa Kelantan..nanti sambung baca kat soalan no.11 yang panjang lebor tu..

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Kalu nk menjawab soalan ni aku rasa aku adalah kedua2 nyer..aku pun x tau nk describe mcm mana mksud traveler n tourist ni..klu aku travel ke sesuatu tempat so aku ni di anggap sebagai tourist la kot..heheh..ntah la..huiihh bukan senang jugak nk menjawab soalan ni..baru no.3 ada lagi 23 soalan tuu..ok..ok..next

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Konsep berjalan aku adalah 3 di atas- backpacking pun yer, memandai sendiri pun yer..tour agency dh cnfirm2 kadang2 tu memang yerr..

5. Siapakah travel partner anda?

Travel partner aku memang tak dak yang spesifik, ikut jer sapa2 yang nak ikut..aku tak kisah, tapi aku akan kisah kalau orang yang ikut aku berjalan ni terlalu banyak karenah, semua nyer nak yg senang jer..kalau sikit2 punyer karenah aku layan jugak..heheh

Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Soalan ni rasa nyer jawapan dia “tidak berkenaan”..bukan apa..aku sekali pun belum pernah ke luar Negara..

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Hehehe..Malaysia tanah tumpah darahku..ini jer la negara yg telah dilawati..impian aku untuk ke semua negeri dalam Malaysia ni Alhamdulillah dh complete pada tahun 2011.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Kalau ikutkan pada tempat dalam Malaysia yang aku dok berulang kali pi

  • Pulau Perhentian – 3 kali
  • Pulau Redang – 3 kali
  • Pulau Lang Tengah – 2 kali
  • Sabah – 4 kali

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa

Dah semestinyer SABAH, Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. Tempat yang memperlihatkan kebesaran Allah iaitu pertembungan antara dua laut iaitu Laut China Selatan dan laut Sulu, dan aku nak tengok orkestra semasa sunset. Dulu masa pi sana x sempat nk tengok.

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

Mekah adalah tempat wajib yang memang akan tersenarai..so tak di kira la yerr sebagai 3 tempat tu..

ok 1st Kemboja – kalau ada program yg aku leh join untuk aku bersama orang2 disana, InsyaAllah aku nk jd volunteer untuk ke sana, sebab kenapa aku nak ke Kemboja ni, sebabnyer dengan melihat mereka yg serba kekurangan, so dari situ akan menjadikan aku seorang yg sentiasa bersyukur dengan apa yg aku ada, disamping dapat melihat kegembiraan orang di sana.

2nd n 3rd – belum di tentukan lagi..hehehe

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Rentetan dari soalan no.2, aku mula terjebak suka jalan2 ni bila ada kenangan manis dan kelakar la bagi aku di Kelantan. Heeheh..konon nyer ke sana utk cuti2 malaysia. Terlupa yang aku di negeri Kelantan dan aku x beli tiket pergi dan balik. Citer dia camni..

Punyer la seronok, jalan, jalan dan berjalan...tiba la masa aku balik di hari terakhir bersama member aku sorang ni. Masa untuk beli tiket balik ke Kedah. Tetiba situasi telah membuatkan aku gelabah bila semua bas xpress kat situ tiketnyer smua dh sold out...Fuhhhh..tarik nafas panjang gak la aku masa tu. Aku terlupa yang aku ada dekat Kelantan,bukan nyer KL, dekat Kelantan masa tu memang susah la nak dapat tiket on the spot..kena beli awai2. Kebetulan masa tu dah nak gelap dah..dekat nk maghrib, memang aku ngan member aku ni dok lepak depan kaunter tiket tu jer..pastu ada mamat Kelantan sorang..memang baik hati, dia Tanya “ awok nok gi mano”. Aku pun xplain, pastu yg baguih nyerr..dia soh aku tggu, dia p tengok tiket ketapi ada ke x..pastu kami pun menunggu dengan penuh harapan..skali dia datng balik..aku dh shok dh masa tu..skali dia ckp..tiket smua dh abih.Adohai..nk tidoq hotel mmg x mampu masa tu..mana nk ada duit kan..

Pastu, aku decide ngn member, beli tiket siap2 utk esok pastu pikiaq lain lak nk tidoq mana..heheh..setel beli tiket..tu pun nasib jer dapat utk perjalanan keesokan pagi..yg lain sold out..heheh..nasib baik gak la…then aku n mber aku tu decide untk bermalam dekat wakaf2/pondok rehat dkt pekan KB tu..huihh merempat la kejap kt tengah2 pekan KB tu..pastu..hari pun dh semakin malam, dekat pukui 10.00 mcm tu, ada sorang makcik ni tanya kami nak gi mana..hehe..aku pun ckp nk tido sini jer..nk naik bas esok..dah pulak makcik ni cakap situ bahaya banyak kes ragut apa bagai…so kami pun pikiaq cara yg paling selamat p cari polis..dok kt ngn polis la selamat skit. On da way ke pondok polis yg berhampiran, jmpa la dengan sorang mamat ni tnya dr mana nk ke mana..aku pun cerita..then abih cerita dia ckp dia nk tolong..heheh..dlm hati betoi ke mamat ni..dia ckp soh ikut dia..huiihh bedebaq gak la kan..tetiba jer..tp yg best nyer dia mntak beg aku n kawan aku untuk letak kat motor dia..kata dia kesian sebab berat nk kena usung p tempat yg dia nk bawak tu…suspen gak masa tu..tp aku ni slalu ikut gerak hati..tp masa tu gerak hati aku ckp..mamat ni boleh d percayai..so kami pun bagi la beg masing2 kat mamat ni..huiihhh nasib mamat tu bwk mtor slow ja…so memang boleh d percayai la mamat ni…huiiihhh lega gak la sbb bukan tujuan dia nk tipu atau melarikan beg2 kami tu.. so, mmg kena menapak la tengah2 mlm masa tu..

Memang patut la dia nk bwk beg aku n mber aku tu..mmg jauh gak la nk kena jalan..heheh..pastu dh hampir smpai, heheh..rupa2 nyer dia bawak kami p “surau” dalam perkarangan balai polis..mamat tu cakap, surau ni jer yg boleh duduk sebab kebanyakan masjid n surau2 tengah2 pekan tu dikunci..masa tu dlm hati Ya Allah masih lagi wujud lelaki sebaik mamat tu..moga apa yg dia tlg aku n kwn aku tu diberikan pahala..AMIN..pastu aku pun tgk mamat ni lepas dia tggalkan kami,..dia masuk dlm perkarangan balai polis tu jugak..rupa2 nyer..mamat ni polis daaa..heheh..abg polis rupanyer...

aku set jam bangun pukui 5.30 pagi untuk bsiap2 sblum org surau datang..tapi rupanyer jam tu sekadar set saja la..kami x bangun seperti yg telah d tetapkan..hahah..tetiba pagi tu terdengar perkataan “ado MUSAFIR dale”-translate- kat dalam ada musafir..heheh..terjaga aku n member aku tu..gelabah sebab org surau dh datang..heheh..masa tu kami bersiap sepantas kilat la..dah setel solat baru la rancang nak jalan...dan yg best nyer..x sangka la bertembung dengan orang2 surau jugak..ingtkan x mau la bertembung..ada sorang tu ckp MUSAFIR?heheh..aku pun jawab yer musafir...depa punyer xpectation mcm aku n kwn aku ni mmg sgt adventure dan berani la…mengembara, berjalan n bawa beg besaq bagai..heheh..tp hakikatnyer..hahah…hampeh..so bermula dari pengalaman di Kelantan ni la yg membuatkan aku suka dengan dunia travel ni..heheh…huiiihh memang pnjang labor laa jwpan...

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Ok la pengalaman buruk la bagi aku, tapi x la buruk sgt..buruk dan manis gak la..dari Kedah nak ke KL, heheh..kena tinggal bas..mesti orang cakap alahai kena tinggai bas je pun..tu pun nak citer..org lain tertinggal flight relax jer..heheh..tapi tak kisah la aku nk citer jugak..masa ni bukan tertinggal bas sebelum naik, ni pengalaman kena tinggai tengah2 jalan kot..heheh..bas yang aku naik tu AB express..bas double decker, tmpat duduk aku di belakang sekali sebelah kanan..hehehe..punyer la hujung aku dapat seat..sebenaqnyer bas ni air-cond dia rosak, so mmg bepeluh gak la dok dlm bas tu..nmpak je mcm mewah naik bas tu..skali hampeh,so d sebabkan air-cond rosak bas berenti d hentian sg.dua, pulau pinang..punyer la lama depa dok repair air-cond tu, hampir sejam gak la..so aku mengambil keputusan utk solat la siap2 kat hentian tu..memandangkan bas still dok repair lagi..ok setel jer solat aku pun kluaq..then cari bas aku, mulala berkata2 dlm hati “bas tu parking kat mana tadi yekk”.. “tapi rasa2 nyer kat betoi2 depan surau tu jer td”..heheh..tapi aku senyum lagi sebab nak menafikan yg aku kena tinggai bas tu..then akhirnyer aku terpaksa akur yg aku kena tggai kow..kow..dengan bas tu. Yang paling best nyer..beg aku dalam bas tu, bukan stakat beg, makanan mak aku bagi utk bwk p kl pun ada..huiihh terbakaq gak la....aku cakp dlm hati aku mesti dpt balik beg aku tu..tp purse, fon n smua brg2 pnting sntiasa bsama aku..so xkisah la sangat

Pengawal traffic yg tak bertauliah, keja part time aku waktu kena tinggal ngn bas tu,heheh… hentian sg.dua ni dekat jer ngn tol sg.dua so byk keta dok lalu lalang keluar dari tol tu..so aku dengan selamba n buat muka tak malu la kan tahan keta2 yg lalu kat situ untuk mintak tolong hntar aku kat depan sikit mana tau sempat ligan (kejar) bas tu..tapi malang betoi..x dak satu pun yg berenti..mgkin rakyat Malaysia dh d asuh utk mengambil langkah berjaga2 dengan segala penipuan..so mgkin gak muka aku masa tu mcm perompak kot..heheh..tu yg tak berenti tu..

Tapi x per..usaha seterusnyer aku jd mcm pemintak sedekah pulak,..heheh..aku mengmbil insiatif yg mana keta berenti kt hentian tu..trus aku pi mintak tolong depa..tapi byk jwpan yg aku terima, ada yg dh nk kluar susur, ada yg ckp dh tak muat, ada yg ckp x boleh, ada yg cakap nk p tempat lain..dan sememamngnyer masa tu.. mmg x der yg nk menolong…tapi yg best nyer aku tak tau la, instinct ker x-factor ker..ntah..dlm hati aku ckp..mesti dapat balik beg aku tu..

Dan dengan tiba2, polis pun muncul.. Ya Allah masa tu aku rasa Allah memberi pertolongan pada aku, heheh..selalunyer polis tahan orang, kali ni terbalik pulak aku yang tahan polis soh berenti..heheh..aku terangkn semua nyer..n jawapan polis tu..depa ckp depa ronda kawasan sini jer x leh keluaq dr kawasan rondaan depa tu..tapi mungkin d sebabkn kesian dan jugak aku dok merayu-rayu kat depa mntak hntar ke kawasan last yg depa leh smpai..then drop aku kt mana2 pun x pa..so depa pun setuju la utk bwk aku..Alhamdulillah

Pastu nk d jadikan cerita, ada satu bas warna merah dlm 1km jer kot dr tmpat aku kena tggai tersadai tepi jalan n polis tu tanya plat no bas n color bas yg aku naik, then aku pun jwb..pastu polis tu ckp awk nmpak x depan tu..aku jwb la..x nmpak sy rabun..heheh..pastu dia pun baca plat no. bas tu..heheh..aku pun suka la..haaaa..tu la bas sy..rupa2 nyerr bas tu rosak skali lagi kat tengah jalan..heheh..tu la sapa soh tggai aku,heheh.. terima kasih la utk org yg dok sebelah aku tu sbb x tolong ckp yg org sebelah dia belum naik..ada jugak insan yg mcm ni..huiihh pnjg lebor jgk jwpan untuk soalan no.12 ni..heheh..ni la pengalaman yg sangat beharga bg aku...dan dari sini la yang membuatkan aku suka baca pengalaman2 org yg slalu travel..mmg best!!!

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Ya, aku suka!!!tp tgk jugak..kadang2 tengok jugak ingredient dia..klu mcm was-was..aku x try la..heheh

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya

Tidak berkenaan sebab x dak gmbaq yg menarik..nk kena godek hard disk lama..so harap maaf yerrr..heheh

Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Backpack kot sebab senang nk bwk jalan2..sbb klu lalu kt tangga..x yah nk angkat2 mcm beg troli tu..heheh

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

Ini la beg2 yang aku bwk berjalan, beg yg kat tengah warna hitam tu adalah beg yg paling senior, beg pertama yg mencetuskan sejarah pi Kelantan tu, beg ni jgk selalu ikut aku p pulau2 n sabah. Beg yg second senior plak yg warna merah hitam tu, beg ni slalu aku bwk p pulau n sabah jugak dan beg paling junior ni byk ikut aku masa pi jalan dekat2 jer..itu je la sejarahnyer.

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

1st – Inhaler ku..sbb aku ada asthma..so nyawa mesti kena ada dlm pocket..klu x der mmg x complete..klu p holiday n jalan2, mesti bwk dua atau tiga spare..takut hilang n takut habis

2nd – Ubat asthma aku n yg lain2 jugak..tp yg paling pnting ubat asthma aku la kot sbb klu pakai inhaler x jalan jgk, so aku kena amik ubat..heheh..aku ni suka bnda2 yg adventure sebenaqnyer tp d sebabkan asthma ni..kdg2 agak terbatas gak aktiviti yg boleh aku buat.Tapi aku belasah jugak..

3rd – mesti la kamera kan..heheh

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

Toiletries kalau tggal pun x per sbb hotel ade, slipper n satu lagi gula2/coklat/keropok (kudap-kudap)heheh

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

Setakat ni ambik gmbaq jer yang sering aku buat kalau jln2..heheh..tapi tulis poskad tu menarik untuk dilakukan pada masa akan datang..heheh

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Heheh..x tau la nak cakap..kadang2 suka bergambar dan kadang2 malu2 kucing jugak kot..

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Aku memang penggemar souvenir, aku sangat suka Fridge Magnet dan Key-chain, tp selalu nyer orang la yg bagi..klu fridge magnet dr over the sea pun kebanyakan member2 aku yg bagi..sbb depa tau aku suka..klu nk bli sendiri masih belum berpeluang ke mana-mana lagi..heheh

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Souvenir utk family dan kwn2..sudah semestinya…InsyAllah klu ada budget lebih mesti kwn2 dapat punyer..

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Aku x dak spesifik barang yg aku collect, yg penting barang tu datang dr sesuatu tempat yg aku pernah pergi dan jugak yg belum pernah pergi (klu yg belum pernah p tu slalu nyer member la yg bagi)heheh..thanks utk mereka atas setiap pemberian yg diberi kat aku..

Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Pulau Perhentian/Redang/Lang Tengah – Perbezaan yang sangat ketara tahun demi tahun, iaitu kepupusan hidupan laut seperti coral, spesies2 ikan, kejernihan air itu sendiri yang punca nya datang dari manusia jugak, pemakaian losyen, sun block, bahan2 kimia menyebabkan kepupusan hidupan laut ini, dan x lupa jugak urine (buangan air kecil) dalam laut tu..yang menyebabkan air semakin masin..heheh(yer ker mcm tipu jer)hahah..selain tu, bila dalam air, klu tidak berhati-hati kadang2 kita boleh terpijak coral yang akan menyebabkan coral patah, then untuk tumbuh kembali ianya mengambil masa yang lama, aku rasa lebih kurang 1 inci setahun.

Sabah – Banyak tempat menarik yg menyimpan khazanah alam yang masih belum diterokai. Selain tu, banyak jugak tempat yang setanding dengan tempat2 di luar negara. Pelbagai jenis species hidupan laut di Sabah dan yang paling penting, banyak tempat2 diving di Sabah...heheh

Sarawak – Kaya dengan pelbagai etnik dan bahasa. Yang palimg best..klu orang Sarawak cakap sesama mereka, kita org semenanjung memang x paham kecuali ada yang belajar. Aku suka loghat org Sarawak!!!ada la kena mengena sikit dengan orang Kedah bila perkataan yg dituturkan ada huruf R...cth= Rumah kepada Qhumah, rata-rata = Qhata-qhata, rakit = qhakit...heheh..yer ker mcm tu..heheh

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan nak travel dengan owner backpackerbusuk...hahaaha..boleh mcm tuu???heheh..

Soalan Bonus:
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

Hehehe..soalan ni klu dapat markah bonus memang aku fail la kan..heheh..sebab x dapat dijawab kerana tiada passport..heheh..tp x kisah la…aku bagi jugak stamp passport yg aku ada dan suka stakat ni..heheh

Fuuhhh...setel jawab 26 soalan...klu org lain amik masa sehari jer leh siap, tp aku 26 soaln seminggu gak arrr..ni klu exam betoi2 memang kena repeat paper la jawabnyerr..Thanks untuk owner backpackerbusuk.blogspot.com kerana memberi peluang untuk aku menjawab kesemua 26 soalan ni :) ;)

Monday, January 9, 2012

Photo of the day @ Jalan Tun Razak

Salam untuk semua,

Ini la keadaan Jalan Tun Razak, gambar ni diambil lebih kurang pukul 7.50malam. Jalan ni memang glamer dengan kesesakan, kalau tak sesak tu..bukan Jalan Tun Razak la tu..tapi jalan ni akan lengang sikit pada hari-hari perayaan yang mana orang2 kota akan pulang ke kampung. So yang tinggal hanya lah orang2 kl sahaja...walaupun jalan ni sesak, tapi seronok sebenarnyer bila tengok lampu-lampu yang dipasang dan yang menerangi sepanjang jalan adalah sangat cantik.. boleh menghilangkan sedikit rasa stress yang ada. Ok smapi berjumpa lagi..!!!

Wednesday, January 4, 2012

Senyuman di awal tahun 2012!!!

Salam untuk semua!!!

Entri untuk tahun 2012...Heehehe..apapun aku ucapkan selamat tahun baru buat semua..sebenaqnyer aku terlalu bz dgn tugas harian yg membuatkan mood utk berblogging x sampai-sampai sehingga la kemunculan tahun 2012 ni...aku rasa masih x terlambt untuk aku ucap Happy New Year utk semua...Ini pun disebabkan pembaca setia aku yg hari2 dok mintak aku update blog aku..dia ckp dah bersawang n berhabuk dh blog aku tinggalkan..heheh..tima kasih untuk pembaca setia aku tu..dan satu lagi pencetus kegembiraan untuk aku pada tahun 2012 ni bila..heheh..nama keluaq dlm travel blog backpackerbusuk.blogspot.com..heheh..
terima kasih untuk penganjur contest " Fatt" memilih aku sbgai pengundi yg bertuah..heheh..mmg best laaa..heheh..thanks again!!!