Sunday, October 23, 2016

Trip to New Zealand - Day 5 - Part 1 - Lake Tekapo ke Wanaka


PART 1 - High Country Salmon@Twizel, The Wrinkly Rams@Omarama, Lindis Pass@ Lindis Valley

Klik SINI untuk entri sebelumnya.

Salam untuk semua di hujung minggu macam ini. Hari untuk melepak di rumah dan menenangkan minda sebelum memulakan rutin kerja harian esok hari nya kan.Heheheh...melalut dulu untuk pembuka ayat pada entri kali ini. Ok jom sambung.

Hari ini perjalanan kami akan mula bergerak dari Lake Tekapo ke Wanaka. Jarak dari Lake Tekapo ke Wanaka ini dalam 200km. Laluan yag digunakan untuk ke Wanaka iaitu State Highway Route 8, 8A dan No. 6. Perjalanan kalau straight sahaja tanpa berhenti akan mengambil masa dalam 2 jam 15 minit. Tapi takkan straight saja kan tanpa berhenti di mana-mana. Macam tak best la kalau macam tu. So laluan sepanjang perjalanan nak ke Wanaka ini kami melalui Twizel, Omarama, Lindis Valley atau Lindis Pass, Luggate dan terus ke Wanaka.

Gambar pertama di pagi hari ini semasa kami mula bergerak macam biasa la dan tentu gambar jalan kan. Pagi-pagi ini tenang saja rasa. Orang pun tak ramai lagi atas jalan time ini. Kami straight sahaja menikmati keindahan alam sepanjang jalan.

Macam yang aku cakap pada entri sebelumnya, kalau dah pergi ke Lake Pukaki semalam, so pagi ini kami melalui jalan yang sama juga untuk ke Wanaka. Indah nya alam di waktu pagi yang aku rasa sangat-sangat hebat bila tengok permandangan cantik lagi hebat terbentang di depan mata macam gambar di bawah ini.




Kami berhenti seketika untuk ambil gambar permandangan yang cantik. Ini la untung nya naik kereta sendiri kan kalau rasa nak berhenti tiada masalah untuk itu. Permandangan yang Masya Allah hebat. Merenung luar tingkap kereta melihat permandangan sekeliling ibarat jatuh cinta dengan suasana sebegini.

Tempat-tempat tenang sebegini menjadikan duit yang kita keluarkan untuk sampai ke sini amat lah berbaloi. Bukan untuk tunjuk pada orang yang kita telah sampai ke sesuatu tempat tapi berkongsi gambar untuk tunjuk keindahan alam di sesuatu tempat ciptaan Ilahi.

Amboi berpuitis pulak tengok gambar-gambar ini. Heheheh. Ok jom kita kasi zoom skit gambar tadi. Gambar atas dan bawah ini gambar favourite aku sebab aku rasa tenang sangat bila tengok gambar ini. Ambil gambar cantik dan tak cantik itu subjektif dan pakai kamera hebat atau tak hebat itu pun tak dak masalah. Bagi aku kalau pakai handphone pun boleh hasilkan seni yang hebat.


Seronok kan tengok keadaan tenang-tenang macam ini.

Gambar atas ini diambil dari dalam kereta jer.  Sepanjang jalan Lake Tekapo ke Twizel


Kami masa ini dah sampai di Twizel. Untuk makluman, dekat Twizel ini ada tempat penternakan ikan salmon. Perjalanan dalam 40 minit dah sampai di High Country Salmon. So destinasi pertama kami pagi ini melayan kerenah salmon la kan...heheheh.

Ha ini la dia tempatnya High Country Salmon

 Kasi posing dulu depan ini..heheheh

So kepada sesiapa yang melalui jalan ini, boleh la singgah di sini, kami di sini tidak la nak makan salmon mentah cicah sos pun. Kami cuma nak tengok-tengok salmon jer la. Kalau sesiapa yang jenis makan makanan mentah, dan tak payah masak boleh la rasa salmon segar di sini. Mesti sedap kan. Tapi kat sini kalau nak beli salmon macam berbaloi la sebab dapat salmon-salmon segar.

 Punya la banyak sangkar-sangkar ikan salmon ini

Luas kan tempat depa ini ternak ikan salmon

Kami dekat sini melayan ikan salmon berenang-renang dalam sangkar. Dekat sini juga ada disediakan makanan untuk ikan salmon itu. So disediakan seorang boleh ambil sebekas untuk menjamu ikan-ikan salmon di sini. Bagi makan ikan ini percuma sahaja, so kami pun menjamu sakan la ikan-ikan di sini. Jom layan gambar-gambar kami bersama ikan.
 Melihat keletah ikan-ikan salmon
 
Tengah menjamu salmon makan
Salmon ooo salmon punyer la laju depa ini bergerak

 Berkilat ikan salmon

Melompat-lompat haaa berebut amik makanan..fuhhh..memang terapi la tengok ikan ini


Ikan salmon ini punya la aktif dan laju betoi bergerak sampai terpercik air-air dalam sangkar itu

Selesai kami layan ikan-ikan salmon itu, lepas itu kami beralih untuk tengok itik-itik pulak. Syok betoi dekat sini tengok ternakan yang ada.

Itik yang berenang ke tepian..heheheh

 Rileks dan tenang saja wahai sang itik


Air punya la jernih kehijauan sampai nampak kaki itik tu berkuak-kuak berenang..heheh

Model ini tengah jadi pengacara konon nyer..dia kata kepada orang di luar sana datang la ke sini untuk melihat salmon-salmon berenang dan itik-itik berkuak...zasssss..hehehe

Selesai layan salmon dan itik kami pun masuk ke dalam kedai yang jual ikan-ikan salmon itu tadi dan tengok ramai orang dalam kedai ini. Kami kusyuk la tengok orang-orang ini memotong dan makan ikan salmon mentah ini. Memang lembut betoi isi ikan salmon ini. Tapi nak makan mentah itu tak biasa la pulak kan. Tapi kalau peminat sushi pasti seronok makan salmon mentah ini...heheheh.

Setel layan salmon kami pun meneruskan perjalanan semula. Macam biasa gambar masih dari dalam kereta. Punya la banyak biri-biri warna coklat gelap dekat kawasan ini. Dekat sini mungkin kawasan penternakan biri-biri la kan. Ehh tapi New Zealand ini memang terkenal dengan biri-biri di mana-mana kan...heheheh.

Destinasi seterusnya kami kemudiannya sudah sampai di Omarama



 Kali ini kami singgah di The Wrinkly Rams


Dekat kawasan parking berlatar belakangkan bukit bukau dan gunung ganang

Kasi posing dulu sebelum masuk dalam bangunan

Bulu kambing biri-biri yang raw diletak di bahagian depan dalam bangunan. Untuk makluman juga dekat sini ada pertunjukkan untuk mencukur bulu kambing. Tapi pada hari kami ke sini kebetulan tiada pertunjukkan pada hari tu. So apa boleh buat, bukan la rezeki kami dan kami dimaklumkan yang pertunjukkan akan di adakan pada esok harinya. Tetap tak boleh nak tengok juga la kan sebab kami sudah tak berada dekat kawasan ini esoknya.

Dekat sini tak berapa banyak pulak gambar yang aku sempat ambil...heheheh..sebab kusyuk layan bulu biri-biri yang di jual di sini. Tapi aku tak la beli pun kawan aku beli la. Kualiti di sini jauh lebih elok dari dekat tempat yang lain kami singgah. Berbaloi sapa yang membeli...heheheh..cuma siapkan duit saja..kekekehhh

Selesai membeli bulu biri-biri di sini, kami pun kembali bergerak semula. Seterusnya kami sampai di Lindis Pass. Dekat sini

Sign board depan ini tulis Lindis Pass, so kami dah sampai area Lindis Valley dengan langit yang membiru tanpa awan

Untuk makluman, papan yang sebelah kiri depan itu, aku rasa la perangkap had laju la kot..aku rasa la sebab sepanjang perjalanan di New Zealand ini memang merata ada. Dari sini la kot, pemanduan kita diperhatikan. Dekat sini memang strict sikit bab-bab had laju ini. Kalau tulis di situ 100 had lajunya, so ikut saja la papan tanda had laju yang ada. Kalau tidak pasti akan diekori oleh polis di sana. Nampak saja kawasan lengang macam ini tapi polis tetap ada di mana-mana..heheheh.

Kami dah sampai di Lindis Pass, so kita posing dulu sebelum naik ke atas...heheheh..

Menyaksikan kawasan pergunungan yang sangat luas

Gunung-ganang di Lindis Pass
Posing dekat bawah dulu sebelum naik ke atas

Posing dekat atas la pulak kan

Melihat keindahan alam yang hebat..cantik dikelilingi gunung ganang ini. Kalau time winter dekat sini mesti semuanya putih saja kan. Kecantikan mengikut musim-musim berbeza mesti best kan. Tapi antara tahan ke tidak la bila dalam kesejukan masa winter.
Cantiknya disini

Indahnya tempat ini




Setel menghayati keindahan alam di Lindis Pass, so kami pun kembali gerak menyambung perjalanan semula. Oleh kerana perjalanan kami di kelilingi pergunungan saja, so mengambil gambar jalan itu sudah tentu. Ohhh New Zealand banyaknya keindahan alam yang hebat-hebat. Pasaitu la ramai yang datang ke sini untuk tengok keindahan yang berbaloi di sini.

Macam dah panjang juga dah ini...konon-konon la macam panjang kan, so aku sambung nanti la pulak untuk sambungan seterusnya perjalanan kami pada entri yang akan datang yer.

BERSAMBUNG...

Selamat berhujung minggu & selamat bercuti!!!!



No comments: