Friday, May 6, 2016

Trip to New Zealand – Day 1 – Jalan-jalan di Sydney, Australia

Salam untuk semua,
Ok entry pada kali ini aku mulakan dengan cerita kami masa hari pertama untuk trip New Zealand ini. Pelik jugak aku tengok tajuk aku letak situ Trip to New Zealand tapi tetiba pasai Sydney la plak kan. Ok untuk pengetahuan perjalanan aku dan kawan-kawan ke New Zealand akan transit di Sydney, so pasaitu begitu la tajuknya...hehehe.
Ok perjalanan kami dimulakan dengan pesawat yang pertama Malindo Air iaitu perjalanan kami dari Penang ke Kuala Lumpur. Flight on time dan x dak delay. So semuanya smooth tanpa masalah. Untuk flight ini kami dah checkin awal lagi, so kami ke kaunter untuk drop baggage sahaja la. Kalau nak senang aku rasa better kita check-in siap-siap dan memudahkan urusan kita kalau lah terlambat atleast kita dah reserve siap-siap seat kita.
So sampai di Kuala Lumpur sebenarnya masih awal untuk flight kami dari KL ke Sydney. Macam biasa kami akan makan dan lepak di food Court KLIA2 tu untuk relaks, makan-makan dan sembang-seembang sebab flight  kami malam pukul 11.30 macam tu.
Lepas setel, makan-makan, sembang-sembang, mandi dan juga solat di KLIA2 ni, time untuk kami terbang ke Sydney pun dah sampai. Flight kami ke Sydney dengan menaiki Air Asia juga on time tak ada yang delay dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah. So everyone can fly dengan Air Asia la kami pun..hehehe.
Seperti  yang dijangkakan, flight kami tiba di Sydney on time dan seperti perancangan. Setibanya di Sydney Kingsford Smith International Airport kami selesai urusan imigresen semua dan memang dah ada orang yang menunggu iaitu Mr Ken. Mr Ken yang aku cerita pada entri yang pertama tu yang mana kami telah tempah airport transfer masa di Sydney ini. Mr Ken akan tunggu kami di hadapan Mc Donalds. So arah kami setelah setel semua urusan adalah mencari Mc Donalds jer la. Mc Donalds yang dimaksudkan cuma dalam airport tu juga so tak dak masalah untuk mencari McD tu sebab dari jauh kita dah boleh Nampak lambing huruf M tu. Dah kelihatan Mr.Ken yang memegang nama aku untuk tempahan kali ini.
Dah jumpa dengan Mr. Ken ni, dia tolong bawakkan barang kami dan bawa kami ke tempat kereta yang kami tempah tu la.

 So ini la kereta nyer
Besar kereta ini untuk kami berempat. Fefeeling la kan jadi orang-orang kaya kejap sebab ala-ala anak bos dan driver jemput dekat airport. Mr. Ken ini peramah juga orangnyer. Orang cina Singapore katanya.  So kami bagi address hostel kami dan dia terus hantar ke tempat yang dituju. So tak perlulah bersusah payah sangat kita nak menghangkut beg-beg yang besar-besar tu..heheeh.
Setelah sampai ke Hostel. Ini la dia penginapan kami di Sydney iaitu Big Hostel.
Lokasi di tengah bandaraya Sydney. Tempat yang agak mudah untuk kami bergerak bila dah ada di tengah-tengah Bandar Sydney ini. Pada mulanya aku dan kawan-kawan ada juga cadangan untuk tinggal di Malaysia Hall Sydney tapi memandangkan masa kami Cuma singkat sangat untuk berada di Sydney so kami ambil keputusan untuk ada dekat dengan train dan juga Bandar Sydney sahaja.
Tapi bagi sesiapa yang punya banyak masa boleh duduk dan tinggal di Malaysia Hall sebab kadar harian di Malaysia Hall murah sahaja berbanding berada di town ini. Bagi kami yang Cuma ada 2 malam saje di Sydney ni memang kena betul-betul menggunakan masa yang ada sebaik mungkin..heheheh
Ok, seperti  yang dirancang, kami akan checkin masuk hostel dulu. Aku mintak untuk checkin awal pada masa kami sampai dekat hostel tu. So Alhamdulillah minah salleh ni bagus tolong check avaibility untuk bilik yang kami tempah tu dan bilik pun dah ready dan kami pun dibenarkan untuk checkin dan masuk bilik awal la. Alhamdulillah.
Masuk saja dalam bilik yang kami tempah tu, lupa pulak la nak mengsnap gambar bilik tu. Tapi bagi aku ok la untuk kami berempat. Bilik dia bersih, kami ambil sekali dengan yang attached bathroom so tak payah la keluar bilik nak pergi mandi kan. Katil macam jenis bunk bed macam asrama pun yer jugak..hehehehh..So apa lagi kami rehat-rehat kejap sebab kan baru jer sampai. So makan dulu apa yang patut dimakan untuk alas perut. Bila tengok jam masa pun dah nak masuk waktu zohor dibumi Sydney tu, so kami pun decide untuk solat siap-sap dan keluar lepas siap solat. Lebih senang setelkan perkara yang wajib dan tak la perlu nak mencari-tempat untuk solat diluar pulak.
Destinasi pertama kami adalah Paddy’s Market. Untuk ke Paddy’s Market ini dari Big Hostel tu jarak dia dalam 500meter sahaja dengan berjalan kaki.
Daripada Big Hostel kami cuma melintas Elizabeth Street dan menuju ke Hay Street dan jalan terus saja. Pastu straight saja kami dah sampai Paddy's Market
 Ni la Elizabeth Street tu, kami melintas masuk ke terowong yang kedua ini untuk sampai ke Hay Street
 Terowong yang tak la terowong sangat pun kan, so kami lalu bawah ini saja
 Jalan straight ini dah Hay Street, so kami jalan terus saja la
 On the way ke Paddy's Market tu, ada gerai jualan kat tepi jalan ini, so kepada sesiapa nak beli air minuman memang murah dekat sini berbanding dengan dalam kedai. memandangkan kami dah bawak siap air so tak la berhenti beli di sini.

 Sementara tunggu traffic light merah, semua kawan-kawan aku ini siap sedia nk bawa keluar kamera dah, ada yang tengah setting camera di tengah-tengah jalan ini...heheheh. Sepanjang perjalanan tu cuma straight sahaja, so layan jer la bangunan-bangunan sepanjang jalan tu. Gambar bangunan-bangunan kat bawah ini adalah bangunan di sepanjang laluan kami menuju ke Paddy's Market

 Light Rail yang color merah ini best jer tengok sebab kami berjalan tepi dia jer..heheheh. Ini salah satu option pengangkutan yang boleh naik untuk sampai ke Paddy's Market. Nak naik ini pastikan ada Opal Card yer dan make sure berada di stop yang betul. Kalau tren ini ianya tengah menuju ke Central Station. Pastikan arah yang betul untuk naik tren ini.
 Jalan di Sydney ini memang dah lengkap dengan nama jalanya masing-masing. Kalau nak berjalan dan menuju ke mana-mana, sebolehnya ada map la di tangan supaya tak sesat. Tapi sekarang ini ramai yang dah pakai smart phone kan, so memang tiada masalah nak tengok map kat phone.



Dah sampai destinasi pertama kami untuk menghabiskan duit ostolia kami yang agak-agak macam banyak sangat tu. Alhamdulillah dari tempat penginapan kami ke Paddy's Market tidak sesat. So sampai dengan tenang saja.

Namapun perempuan kan so tempat beli souvenir ini kalau tak pergi dulu macam nanti tak cukup masa la pulak kan. Pasaitu kami letak yang terawal dalam perjalanan kami. Yang paling penting untuk ke Paddy's Market ini perlu la tau hari apa yang ditutup. Kalau silap hari kita akan pergi ke tempat yang akan merugikan masa kita la pulak. Untuk makluman Paddy’s Market ini ditutup pada hari isnin dan selasa. Make sure tak pergi waktu itu la yer. Waktu operasi bermula pukul 10.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Ini la Paddy’s Market nyer.
Ok jom masuk dalam, wowwww macam-macam barangan dalam ini dan sangatla murah untuk apa-apa souvenir yang kita boleh bawa balik. Kalau ikut hati macam-macam nak beli tapi kalau ikut nak mengangkut kena piker panjang juga la kan…heheheh..ok jom layan gambar-gambar souvenir kat sini.

 Kami memborong souvenir di kedai ni la.
 Pelbagai jenis beg ada dijual di sini
 Dah start amik raga untuk memborong...hehehe

 Untuk t-shirt pulak, kami memborong di kedai yang sama. Ini la kedainya. Bila kita beli banyak di kedai yang sama, so harga boleh la dapat murah. T-shirt yang kami dapat untuk dewasa pada harga AUD 6 untuk sehelai. Ok la tu kan and yang penting kalau nak memborong tak payah la nak convert sangat sebab nanti tak jadi pulak nak membeli.
 Tengok tanda harga dekat kedai ini. Heheheh..macam membeli dekat Malaysia la pulak walhal ada dekat Sydney kot...hehehehh..MURAH. Sakan betoi kawan-kawan aku ini memborong baju..kekekehh

Masa yang kami peruntukkan untuk berada di Paddy's Market ini tidak la sangat dilimitkan tapi tak la berjam-jam pulak kan dan cukup sekadar semua dah beli souvenir masing-masing. Ikut pada toleransi la jugak dan lagipun semua kami memborong kat satu tempat saja. So tidak adalah masalah tertunggu sesiapapun. Ada yang nak beli banyak barang untuk sedara mara, ada yang nak beli sikit saja pun tiada masalah untuk itu.
Bila hampir selesai kami bershopping sourvenir perut yang sebelum itu dialas hanya dengan makan ringan mula la berbunyi-bunyi bagi isyarat nak makan…hehehe..kita yang buatkan perjalanan kita sendiri oleh itu kita juga la yang boleh tukar itinerary kita juga pada masa itu. So, kami semua setuju lepas ini kami akan pergi cari makan dulu sebelum jalan-jalan seterusnya.
Ok cerita pasai makan ni pulak. Kebetulan kami beli sourvenir ni pada pak arab dari Turki, so dah alang-alang kami bertanya la kepada pak arab tu tentang halal food yang ada sekitar situ. Dia dengan ramahnya inform kami tentang kedai makan yang halal di tingkat atas Paddy’s Market ini. So dari situ kami mula la mencari kedai makanan halal seperti yang diberitahu itu.
Haaa ini la dia kedai yang dimaksudkan itu. Tidak la susah nak mencari, sekejap je jalan dah jumpa. Nama kedai ni 7wonders


Hehehehe..time memilih makanan. Aku dan seorang lagi kawan aku cuma pilih makan pizza dan chicken stick dan lagi 2 orang memilih makan nasi.
Ni la chicken stick nyer tu..memang sedap dan juga mengeyangkan. Besar juga chicken stick ini dan best nyer pizza lupa nak snap gambar disebabkan pizza nyer yang sedap dan terus ambil makan jer.heheheh..harga untuk chicken stick ini AUD 3 dan pizza pun AUD 3 juga. Kalau ikutkan pizza tu harganyer AUD 4.50 tapi memandangakan depa ni dah nak menghabiskan pizza tu sebab nak keluarkan menu yang baru, so dapat la dengan harga AUD 3 saja.
Lagi dua orang kawan aku tu siap beli nasi dengan kambing lagi. Ni la dia nasi dengan kambing tu…Ya Allah punya la banyak nasi dia

So aku sarankan kepada sesiapa beli nasi ini, satu nasi tu dah memadai dan boleh makan untuk 3-4 orang sebekas. Jangan membazir. Portion kalau dekat kedai arab ini selalunya memang banyak dan mengeyangkan. So kepada sesiapa yang nak ke Paddy’s Market jangan risau pasai nak makan. Bukan hanya kedai ini saja masih ada banyak lagi makanan yang halal kita boleh dapat di Bandar Sydney ini.
Lepas kami sudah kekenyangan dengan makanan yang melambak tu, so kami decide untuk kembali ke hostel untuk hantar la barang-barang diborong tadi tu. Mengikut kepada jadual yang kami set pada hari pertama ini, selepas saja ke Paddy’s Market, kami akan terus untuk habiskan package yang kami telah beli secara online untuk 5 attractions di sydney. 
Tapi pada masa itu kami tengok jam macam dah petang la jugak untuk kami masuk semua attractions tu dalam masa yang sangat suntuk memandangkan dah hampir pukul 5 petang masa tu. Jadi kami pun decide kalau tak sempat pun takpa la so kami akan terus jugak perjalanan ditempat yang sama iaitu kami akan ke Darling Harbour seperti yang ada dalam Itinerary.
Setel saja letak barang di hostel, kami mulakan perjalanan seterusnya untuk ke Darling Harbour. Ok perjalanan ke Darling Harbour ini pada mulanya nak menaiki bus siap beli Opal Card dekat convience store dekat dengan hotel kami dengan harga AUD10 dan Topup dalam card pun memang ada AUD10 juga. Tapi yang best nyer kami tak naik pun bas atau apa-apa pengangkutan awam pada masa tu. Mula macam nak naik bas tapi bila dah berjalan , berjalan dan berjalan, jalan yang boleh menuju ke Darling Harbour macam boleh sampai jer. So dari penginapan kami memang kami menapak saja untuk ke Darling Harbour tu.
Kalau ikutkan jarak dari Hostel ke Darling Harbour tu dalam 2.4km la jugak. Tak sangka kami boleh sampai dengan berjalan kaki saja. Mungkin juga sebab tempat baru sambil kita berjalan kita memerhatikan keadaaan sekeliling yang membuatkan kita lupa pada jarak yang boleh tahan nak menapak…heheheh.
Bila berjalan ini macam-macam yang kita boleh jumpa masa tu.  Aku yang bukan kategori kurus pun boleh jalan sejauh tu mesti orang yang lagi kurus boleh jalan macam kami jalan juga. sepanjang perjalanan mesti ambil gambar la kan. So kita layan la gambar-gambar sepanjang kami berjalan kaki tu.

 Ambil gambar berlatarbelakang Westfield, iaitu tempat membeli belah barang-barang berjenama la kan
 Ni la dia Queens Victoria Building


 Ok dah dekat nak sampai dah Darling Harbour, straight sahaja ikut laluan yang ada bendera tu

Dan akhirnya kami sampai dekat Darling Harbour. Kalau menapak ini macam-macam boleh tengok dan kalau tak sesat kita rasa lagi seronok...hehehe..Ok kami ke Darling Harbour mulanya nak redeem ticket dekat Sydney Aquarium, tapi memandangkan dah lambat, so kami teruskan perjalanan untuk ke Hard Rock untuk beli t-shirt hard rock di Darling Harbour tu.

Untuk ke Hard Rock kami kena melalui Pyrmont Bridge ini untuk melintas ke arah hadapan sebab bangunan kedai Hard Rock tu di sebelah sana. So ini dia Pyrmont Bridge
 Untuk smpai ke Hard Rock kami perlu berjalan straight sahaja hingga ke hujung jambatan ini dan turun ke bawah


 Sebelum kami melintas ke sebelah sana, sempat la ambil gambar di sebelah kanan dan kiri Pyrmont Bridge ini dulu.

Bahagian sini pulak, ini la tempat yang sepatutnya kami redeem ticket yang kami telah beli online itu. Untuk dapatkan tiket masuk kami perlu redeem di Sydney Aquarium terlebih dahulu sebab kami beli ticket melalui Sydney Aquarium. So memandangkan kami pergi tu dah tutup so kami akan cuba pada keesokan hari nya. Itupun kalau sempat...heheheh. Takpe kita yang buat diakan...heheheh..so sambung saja perjalanan seterusnya.


Untuk makluman, Pyrmont Bridge ini hanya untuk laluan pejalan kaki, orang yang berbasikal juga ada yang melalui jambatan ini. So sampai saja kami di hujung jambatan ini, kami ambil gambar yang bahagian sini la pulak. Ni la gambarnya.



 Ni gambar dihujung jambatan itu, pastu kena turun ke bawah la untuk ke Hard Rock tu, tapi sebelum nak turun tu kami jumpa pulak booth ini. Movenpick nama kedai ini. Siap ada inform kita ice cream itu halal untuk dimakan. Depa ini jual ice cream dan juga minuman. So apa lagi, melepak la kejap dekat sini minum-minum dulu. Ini lagi satu tempat yang halal layan makan ice cream dan minuman. Ini la kedainya



Kita layan gambar kedai bersama model kedai tak berbayar ini..hehehehh..so kalau nak lepak-lepak boleh la dekat sini juga.
  Pelbagai perisa ice cream yang ada dekat sini, perghhhh mengiyurkan betoi...heheheh
Ni model tak berbayar dengan iklan minuman dan ice cream..heheh..sporting dia ini  


Dasyat sungguh depa ini menikmati minuman ice cream tu...kusyuk sungguh..tapi memang sedap, sesiapa yang lalu dekat sini patut cuba minuman dan ice cream ini.

Selesai menikmati minuman itu, kami kembali berjalan ke bawah di Darling Harbour ini, ok seterusnya di Darling Harbour ada kedai barangan Hard Rock. So kepada penggemar barang-barang hard rock ini boleh la membeli barangan koleksi anda disini.
Tapi sebelum itu, ada pulak yang nak membeli buah dekat sini..heheh..duduk sini, seronok pulak membeli buah bagai kan. Kat bawah ini ada satu kedai yang jual buah peach dan nectarines tak salah aku memang layan la duduk sini makan buah..heheh

Ni la kedai yang jual buah tu bersama model tak berbayar aku, kakak ini kuat stamina dia dan memang suka la layan makan buah ini. Sedap dan fresh kata dia. Tapi sambil makan buah ini teringat anak dekat rumah..heheh..yer la kan nama pun ibu mesti la ingat anak tapi yang lain pikir pasal anak tekak je la...hehehe

  Haaa ini la buah dia tu, nectarines dan peach yang segar
 Kawan aku yang ini pun layan tapau juga buah-buah konon nyer esok nya boleh la buat breakfast kata dia
 Toilet ada dekat sini untuk kemudahan pengunjung yang ada dekat sini. Selesai membeli buah dan seterusnya kami berjalan menikmati permandangan di sekitar Darling Harbour ini. Ok jom layan gambar-gambar dekat sini sementara nak sampai ke Hard Rock.
So far untuk sampai ke sini kami tidak sesat. Syukur Alhamdulillah.

 Seronok la tengok burung-burung dekat sini, tak terbang pulak burung-burung ini. Untuk sampai ke Hard Rock itu, ianya ada di hujung sikit, so jalan sahaja sampai ke hujung sikit pasti jumpa kedai nya. Ini la bangunan letaknya kedai jualan barangan hard rock ini. 

Ikut laluan ini untuk ke Hard Rock Shop, bahagian tepi bangunan ini


Time untuk membeli barangan cenderamata dari Hard Rock Shop. Ini la dia kedainya, lepas dari ini memang terlupa dah nak snap barang-barang dalam ini..hehehehh

Selesai saja membeli, kami melepak di Darling Harbour untuk menikmati waktu malam di sini. So kita layan Darling Harbour di malam hari dulu la yer.
 Keadaan mula nak gelap pada masa ini

 Kalau memerhatikan sekeliling Darling Harbour ini omputeh ni memang jenis yang suka hang out makan-makan dan minum-minum. Yang best nyer depa ini betoi-betoi mesra tanpa gadjet di tangan itu yang dapat diperhatikan tabiat omputeh ini.

 
Kami ada di Darling Harbour ini sampai ke gelap la jugak lepas itu baru la balik dan pulang ke sarang. Kali kami balik pun dengan menapak jer dari Darling Harbour itu...heheheh..dasyat masing-masing punyer kaki, nasib semua punya stamila yang hebat. Sebelum ke sini masing-masing dah buat latihan berjalan dah, so tiada masalah untuk menapak berkilo meter ini...heheheh

On the way balik tu kami jumpa kedai mamak ini. Punyer la ramai orang Q untuk masuk kedai ini. Ruang dalam dah penuh so yang menunggu di luar tu kena masuk bila orang dah keluar la. Hebat makanan mamak ini kan. Hebat nama mamak ini digunakan untuk berniaga sampai ke Sydney ini haaa. Kami tak singgah pun disini, tak pasti samada halal atau tidak. Tapi kepada sesiapa berhasrat ke sini boleh dapatkan pengesahan tentang kehalalan untuk restoran ini terlebih dahulu.


Ni lagi satu tempat makan iaitu kedai makanan Turki yng menjual kebab, kami cuma lalu sahaja disini, so pada sesiapa nak datang sini semak dahulu ok atau tidak atau boleh tanya pada pemilik kedai itu sendiri. Kalau ikutkan banyak makanan halal yang senang untuk diperolehi di Sydney ini. So tak payahla nak risau kalau terlupa atau tertinggal makanan di Malaysia.

Tempat seterusnya ialah Capitol Theatre yang berada di Campbell Street, laluan masa kami balik ke hostel dan sempat lagi snap bangunan ini.
Menapak dan menapak akhirnya sampai ke Hostel balik. Malam ini kena tidur awal sebab esok perjalanan agak jauh nak ke Blue Mountain. Apa pulak la kisah nyer pada keesokan harinya kan. Ok aku sambung untuk hari kedua kami di Sydney pada entri seterusnya pula. Panjang sungguh dah aku rasa entri kali ini. So, apapun sampai berjumpa lagi untuk entri yang akan datang. Adios!!
Selamat Beristirahat dan Selamat Bercuti!!! KLIK SINI untuk entri SETERUSNYA!!!