Friday, August 3, 2012

Trip to Medan Day 2 Part 2

Klik SINI untuk entri sebelumnyer..

Hehehe..entri ini dah bebulan tertangguh, oleh kerana dah terlalu lama aku peram dalam draft, so aku sambung balik dengan episod seterusnyer..

Ok, lepas jer aku ambil2 gambar dan key-chain pun dah siap, so kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Parapat. Tapi masa on the way pergi ke Parapat, kami dimaklumkan ada lori terbabas di pertengahan jalan menuju ke Parapat tu. So, masa tu kami cuma try luck jer samada boleh lepas kami nak ke Parapat dan terus menuju ke Samosir Island. Parlin maklumkan pada kami, sekiranya lori yang terbabas belum dialihkan. So kami terpaksa patah balik untuk guna jalan alternatif lagi satu untuk sampai ke Parapat. Dan sekiranya berpatah balik, ianya memakan masa lebih kurang 2 jam lagi dan kami mungkin tak dapat pergi Pulau Samosir tu, padahal kalau ikut jalan itu lebih kurang 45 minit macam tu kami akan sampai.

Pada masa kami sampai di kawasan lori berbabas tu, ada yang bagi signal cakap tak boleh lalu, dan ada yang bagi signal jalan situ boleh lalu tapi cuma untuk kenderaan kecil saja. Kalau bas dan lori kena la patah balik. Sampai jer kami di tempat kejadian, kerjasama oleh orang2 disitu sangat bagus, aku cakap depa ini sangat bagus sebab semangat tolong menolong mereka memang terbaek. Ada 2 orang dok jaga jalan dekat situ, bagi signal kereta depan kami boleh lepas, tapi memang muat2 jer..n sipi2 jer..memang depa ni hebat la bawak keta. Aku yang dok depan suspen jugak la kan sebab masa time keta kami lalu dekat tempat tu, sereyau (risau) jugak takot kena keta kami ini. Walaupun itu keta travel agency, sayang tu tetap ada jugak..heheh...Fuuhhhh lepas!!!

Selesai jer kami melepasi saat2 genting tu,fuuuhhhh...tarik nafas lega jugak la kan sebab Parlin cakap kami sempat untuk ke Samosir Island...hahaha..gumbira tidak terkata la ahli2 dekat seat belakang tu..heheh..yeay..yeay..yaeyyyy..
Pic ni diambil selepas kejadian lori terbalik...pic masa waktu genting aku terlupa la pulak nak ambil
Dah nampak dah pemandangan Tasik Toba di sepanjang perjalanan menuju ke Parapat!!

Dah sampai di Parapat!!!
Di sekitar kawasan Restoran Istana Minang 2
Seterusnya kami sampai ke Parapat dan terus menuju ke Restoran Masakan Minang untuk lunch. Ni la restoran dia, ini antara tempat makan yang halal di Parapat. So kepada sesiapa yang ke Parapat boleh la singgah ke Restoran ini untuk makan disini. Ini la restorannya
Hadapan Restoran Istana Minang 2
Ni la antara makanan yang dihidangkan untuk kami di restoran ini.
Cedok jgn x cedok!!heheh..lapor weeiiii!!!
Lepas makan terus kami ke International Danau Toba Cottage untuk check-in, tapi memandangkan bilik kami belum siap dan kami pun tak punyer banyak waktu untuk itu, so kami terus menuju ke pelabuhan Tigaraja iaitu tempat menunggu Feri untuk ke Perkampungan Tomok di Pulau Samosir. Memandangkan kami telah mengharungi "jalanan berliku"(lirik lagu Beribu Sesalan)heheh..so banyak masa dah habih dekat situ,so kami terpaksa cancel untuk ke beberapa tempat di Pulau Samosir dalam itinerary kami. Tak per la kan, dari tak pergi langsung..perkara2 macam ni biasa la kan. Ini la namanyer lumrah melancong, ianya akan bergantung kepada situasi dan keadaan pada masa tu. Kadang2 kita tak boleh nak aspect ianya akan berlaku dengan sempurna.
Laluan ke Hotel kami!!
Dah sampai dah Hotel kami!!!
Ini la pelabuhan Tigaraja pandangan dari Hotel kami!!!

Jarak hotel kami dengan pelabuhan ini memang tak jauh, so kami menapak jer turun ke Pelabuhan Tigaraja ini. Nak dijadikan cerita mungkin kurang bernasib baik, Feri untuk ke perkampungan Tomok, Pulau Samosir ini dah jalan masa kami dah hampr sampai ke pelabuhan tu..hehehe..memang frust jugak la kan, mana tak nyerrr, sebab kami kena tunggu lagi 45 minit lagi untuk ke sana. Kalau kami naik feri yang terlepas tu, so dapat la lama sikit dekat sana. Tapi memandangkan kami dah tertinggal, nampak gayanyer memang tak punyer banyak masa la kami dekat sana.

So, apa boleh buat, dah nasib..heheh..pastu apa lagi, mula la aktiviti tangkap2 gambor jer la sambil menunggu kehadiran feri yang seterusya..Layan jer laa yerrr..
Ready!!!! Goooo!!!
yuhoooooooo!!!
Debushhhhhhh..terbaek la adik ini beraksi!!!
Semangat tolong menolong mereka sangat bagus!!!

Comel jerrr anak omputeh ni...cute jerr...heheh

Ini la jadual perjalanan Feri dekat Tigaraja ini, so kepada sesiapa yang nak pe Samosir Island ini, boleh la rujuk pada jadual di bawah ini. Feri disini bertolak mengikut jadual tidak kiralah feri tu ada atau tidak ada orang.
Ni la jadual Feri di Tigaraja!!!

Feri dah sampaiii..adoyaiii puas toi tggu feri nii..x per sabor!!!
Feri pun sampai dan jalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Parlin inform kami akan balik dengan feri yang sama jugak sebab ini la feri yang terakhir yang akan bertolak dari Pulau Samosir ke pelabuhan tigaraja tu. Memandangkan kepada kurang nyer masa yang kami ada, so kami ke sana, sekadar melihat suasana di Samosir Island tu, dan membeli souvenir saja. Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa feri bergerak dari Pelabuhan Tigaraja tu..layan!!!


Hotel kami pandangan dari Tasik Toba

Dari jauhh!!!

Best betoi tengok gelagat2 budak2 dekat sini!!!HEHEH..



 Haaa...sampai pun Pulau Samosir. HORAS!!!!

HORAS!!!! 


Untuk membeli disini, tawarlah sehabis mungkin sebab dekat sini harga depa dah kasi up berapa kali 100% pun aku tak tau. Dekat sini semuanyer memang banyak mulut manis yang pandai berbicara untuk menarik perhatian kita. Tapi dinasihatkan supaya lebih berhati2. Make sure untuk membeli barang/ souvenir dekat sini kita peka kepada tukaran(currency) duit mereka dan juga duit kita.

Untuk dijadikan sebagai pengajaran, aku cerita sikit pasai kes kawan aku ini...heheh..sori geng..kena cerita untuk kebaikan bersama...heheh..ada satu kedai ini, sebelum kami masuk n singgah kedai dia, dia offer t-shirt pada harga RM7-8 (sepasang), so memang murah la kan, so kawan aku ini memang nak beli banyak la sebab dah murah. Teknik yang digunakan disini ialah pilih2 dah last sekali baru kira. Kawan aku dah pilih lebih kurang aku rasa 6 helai jugak la kot. Dan tetiba yang dia kena bayar adalah sebanyak IDR 300,000 untuk 6 helai tu lebih kurang RM100. So, bila orang kedai tu dah habis pack semua masuk plastik dan kawan aku pun nak belah keluar. Kawan aku pun realize yang dia bayar macam banyak jer sampai IDR 300,000 tu..huiihhh mahai tu. Then dia pun keluar dekat depan kedai jumpa ngan aku dan cerita kat aku. Heheheh..dengan best nyerr..Kami pun masuk kedai tu dan aku pun menjadi seperti seorang polis dan lebih kurang ala2 bonzer gitu...hehehe..

Aku tanya berapa dia kira sehelai? orang kedai tu jawab 6 helai IDR 300,000. Aku tanya lagi sehelai berapa? dia cakap, sehelai lebih kurang IDR45,000-50,000. Pastu aku cakap macam mana u kira??Aku suruh dia kira satu2. Lepas tu, aku rasa dia dah gelabak kot..pastu terus panggil mak dia. Pastu adegan seterusnya, mak dia pulak yang tolong sambung..heheh..soalan yang sama jugak aku tanya dan last sekali aku soh kira satu2. Bila dah suruh kira satu2 pastu aku cakap kenapa tadi u offer sehelai lebih kurang RM7-8 (sepasang) lebih kurang IDR 20,000 sepasang..dan kenapa sekarang sampai IDR 50,000. Jawapan dia senang jer..kualiti yang kawan aku pilih tu yang baik punyer, pasai tu harga dia macam tu..Itu lahh antara jawapan2 yang mereka akan bagi!!!heheh..kawan aku bukan nyer beli baju besar2 pun..baju size budak2 jer pun. Huuiihh memang tak boleh belah betoi laaa kan...

Pastu kawan aku cakap, dia tak nak la kan kalau dah macam tu, so mula lah tugas aku sebagai bonzer untuk mintak duit balik dekat depa tu. Hehehe..ingat senang nak gaduh dan mintak duit balik..heheh!!!gaduh punyer gaduh punyer gaduh!!dan last skali dia bagi balik IDR 50,000 balik jer..Boleh la tu dari tak dapat langsung kan!!! Bukan senang kalau duit kita dah bagi pada depa ni, dah tentu2 susah la nak pulang balik kan..tapi apapun benda2 macam tu boleh dijadikan experience untuk masa hadapan. So, aku nasihatkan kepada sesiapa yang nak beli barang pastikan sebelum bayar tu CHECK dulu pengiraan dalam duit depa dan duit kita. Pastu dah puas hati baru bayar..heheh..panjang pulak dekat sini..


Sebenarnyer kami ada masa sejam jer untuk jalan dekat sini, memandangkan feri terakhir kami tu akan jalan pada pukul 5.30pm. So masa pun dah cukup kami pun ke Feri untuk balik, kalau tertinggal, tak tau la nak buat macam mana..sebab 5.30 adalah feri terakhir dari Pulau Samosir ini. Kami sampai awai sikit, yer la buat nyerlambat kalau kena tinggai, memang wassalam la kan..

Sampai pelabuhan tigaraja terus kami menuju ke Hotel untuk check-in. Pastu kami janji dengan Parlin lagi untuk jumpa di information center (lobby la jugak) untuk makan malam di luar. Lepas setel mandi dan solat dan rehat sekejap di bilik. Kami puin ke lobby, huiihhh kalau duduk sebulan dekat hotel ini aku rasa boleh kurus la kot..hahah..bukan apa, bilik kami nun jauh dibawah, bersebelahan dan berhadapan tasik Toba, so kena la menapak anak2 tangga tu untuk naik ke atas, macam naik batu cave pun yer jugak..elok la tu kan..memang bagi turun berat badan..hahaha


  Ini la tempat makan kami Restoran Silaturrahim

Sempat ambil gambar ni jer, gambar2 makanan x sempat nak ambil sbb dah kebulur!!!hehehe. Balik dari makan2 ni, kami pun balik hotel lepak2, posing2 dan tidor. Ok sampai berjumpa lagi untuk entri pada hari ke-3 ok!!! daaa.

BERSAMBUNG...