Monday, May 28, 2012

Trip to Medan, Day 1 Part 2

Ok sambung balik dari entri sebelumnya,

Kami jumpa dengan Parlin pukul 4.30 pm dekat lobby. So, destinasi jalan-jalan kami adalah di pasar buah Berastagi. Berastagi ini terkenal dengan pasar buahnya, mana-mana tour guide mesti akan bawa ke pasar buah ini. Tapi untuk makluman, dekat pasar buah ni bukan jual buah jer semata-mata bahkan banyak jugak kedai2 sourvenir di pasar buah ni. Jarak dari Hotel kami untuk ke pasar buah ini tidak la sejauh mana, dekat jer beberapa km saja. Gambar di bawah ini pekan Berastagi.


Sekitar pekan Berastagi

Dalam beberapa minit, kami dah sampai, Parlin pun parking kenderaan...yang best nyer bukak2 pintu dan turun dari Kijang Innova, ramai pulak yang menyerbu dan promote untuk kami menunggang kuda. Hehehe..aku lupa nak inform dekat sini banyak kuda-kuda disediakan untuk bawa pusing-pusing..heheh..Pastu apa lagi kami pun masing2 bertanya la sesama sendiri, ada yang jawab nak naik kereta kuda..hahah..konon2 nak jadi ala2 ciderella la konon bila naik kereta kuda tu..heheh..tapi aku memang rasa teringin la jugak nak menunggang kuda sebab seumur hidup x pulak aku ada peluang untuk naik kuda ini..heheh..Lepas tu si Parlin cadangkan apa kata semua ambil sorang sekor kuda..baru best menunggang beramai-ramai..heheh

ni la antara mereka-mereka yang datang promote untuk naik kuda




Ni la harga untuk naik kuda di sini

Pastu semua pun setuju dengan cadangan itu, bayaran untuk naik kuda in IDR 30,000 sahaja bersamaan (RM10). So kami semua pun memulakan langkah pertama iaitu memanjat kuda..giler tinggi nak panjat..rupa2 nyer depa ini pun dah tau yang orang2 seperti kami dan pelancong2 memang memerlukan bantuan untuk naik ke atas kuda tu dan mereka memang menyediakan kerusi untuk kami naik atas kerusi dan baru melangkah ke atas kuda tu..heheh..aku ingat depa2 ini akan menolak bon*** untuk kami naik ke atas..mula la aku x mau naik..heheh..aku agak sedikit terkejut dengan kuda aku konon nyer aku pilih warna hitam sebab selalunyer kalau dalam cerita omputih kuda hitam memang selalu menang, tapi rupa2 nyer yang aku pilih adalah kuda betina..so jalan relaks2 ajer. Part paling best bila aku nak melangkah naik, kuda ini berbunyi yekk..gerun plak aku rasa..takut jugak arrr kot2 kuda ini tetiba melompat x pasai patah kaki plak aku..heheh..tapi apapun kuda aku ni sebenarnyer baik sangat..heheh...jom kita layan gambar..heheh


Wahhh..cik pah bersama kudanyerrr

Macam skuad berkuda plak aku rasa

Af..sempat lagi menoleh sebab aku panggil nama dia..heheh

Antara para pelancong yang menaiki kuda di sekitar pasar buah

So, begini la gelagat kami sepanjang di atas kuda..heheh..lawak pun yer..koboi tak bertauliah la katakan..Sebenarnyer agak jauh jugak perjalanan kami menunggang kuda ini, memang berbaloi dengan bayaran yang di kenakan.


Aku bersama kuda hitamku..nama kuda aku ni Aisha..so sweetttt!!!

Kuda-kuda mereka ini ada yang adik beradik, kalau tak salah aku kuda sebelah kiri dengan kuda tengah adik beradik..heheh..tapi kuda yang paling tinggi antara semua kuda dekat tengah, Sarah yang tunggang..heheh..gayat dia..hahaha

a Kuda Af ni plakgebu jer aku tengok..mmg paling gebu antara semua kuda2 yang kami naik..heheh..macam org yang tunggang kuda ni jugak la gebu dia..heheh

Seterusnyer, masa untuk cari sourvenir dari Berastagi ini, huiihhh memang banyak sourvenir dekat sini. Permulaan pertama untuk shopping sourvenir dari Berastagi untuk saudara mara dan kawan2. Heheh..macam-macam ada... 

  
Arnab ni comei2 weii..kalau nak beli ambil macam tu jer..heheh..tak der nyer nak masuk2 bekas bagai..heheh

Gambar dekat bawah ini la kedai yang kami singgah untuk beli t-shirt dari Berastagi. Kualiti dekat kedai akak ini baik dan ok. Sebab itu la kami beramai-ramai borong t-shirt dekat kedai akak ini. Tapi yang paling best nyer akak dekat kedai ini boleh cakap KL..heheh..rasa macam membeli barang di Malaysia jer..heheh..akak kedai tu cakap..dia boleh cakap sikit2 sebab selalu orang Malaysia pi kedai dia..heheh..maksudmyer ramai la warga Kuala Lumpur yang dok bertandang dekat kedai dia..heheh..tapi apapun tawar menawar adalah perkara yang harus!!!heheh..Hasil capaian tangan aku dekat kedai akak ini..dapat la 6 helai t-shirt dengan harga IDR 175,000 (RM60) untuk 6 helai tu. Bagi aku dah cukup murah dah kot sebab kualiti t-shirt dia sangat ok.
Borong jangan tak borong!!!

Setel membeli semua sourvenir, baru la kami menjelajah pasar buah yang di sebut-sebut tu..Huuiihhh memang best, memang banyak buah-buahan dekat sini. Tu la sebabnyer tempat ini di panggil pasar buah kan..tapi di sebabkan kami tak mengidam untuk makan buah, so x der sapa pun yang beli buah dekat pasar buah ini. Kami semua pergi pasar buah untuk cuci2 mata saja. Tapi masa dekat pasar buah ini aku baru perasan yang aku, Af dan Sharifah (Cik Pah) jer yang ada...yang lagi dua orang Mia Mai dan Sarah entah ke mana plak depa berdua tu. Tapi apapun takper la kan..kawasan sini kecik jer, so kalau sesat boleh balik ke pangkal jalan...heheh..so kami bertiga jer la yang menjamu mata tengok buah-buahan dekat situ. Memang best la jamu mata tengok buah2 yang banyak!!! ni antara gambaq2 di pasar buah ini.

pokok2 bunga pun ada dekat sini!







 Pastu Cik Pah pun cakap dekat aku kejap lagi kita pergi makan jagung panas dekat depan jalan sana tu..Aku pun cakap wokey..mesti kena try jagung dekat sini sebab ramai orang cakap sedap..heheh. So, lepas habis menjelajah buah2 dekat situ, kami pun berjalan menuju tempat yang jual jagung tu.Hehehe...nak dijadikan cerita tengok2 dekat kedai yang jual jagung tu rupa2 nyer kawan kami yang lagi 2 orang tu (Mia Mai dengan Sarah) dah selamat kot bertafakur bersama jagung mereka...huiihhh hampeh betoi..patut la hilang depa ni..Hehehe..
Ini la rupa mereka yang kusyuk menikmati jagung bakar...terbaik!!!

So, kami pun singgah di kedai yang sama untuk makan jagung bakar. Dekat kedai ini ada dua versi jagung satu jagung bakar letak butter dan satu lagi jagung bakar letak kuah pedas.Errrmmm kembang plak tengkok aku rasa bila cakap makan jagung kuah pedas. Mungkin mulut aku dah sinonim bila sebut jagung jer mesti manis no pedas2 ini. Setongkol jagung dekat sini harga dia IDR 5000 (RM1.70) jer..murah kan??heheh..memang sangat2 murah bagi aku. So, kami melepak-lepak makan jagung dekat kedai tu sampai la masa untuk kami balik.



Yang best nyer memang aku suka makan jagung ini, tapi yang dalam cup tu laa..kalau yang tongkol2 ini aku memang fail sikit sebab memang dari dulu aku la kot orang last yang habis makan jagung kalau makan dengan tongkol dia tu..Adoiyaiii..heheh..konon nyer aku mintak jagung tu yang paling panjang dan last skali begini la jadi nyer kena kerat2 kepada beberapa bahagian untuk memudahkan aku makan jagung ini...hahaha..terbocor sudah kelemahan aku pada kawan2 aku..hahah..tapi buat tak tau jerr..heheheh..

ni la hasil jagung aku yang di kerat..heheh..memang terbaek laa!!!kan senang nak makan macam ini..heheh

Hari pun dah senja, so kami pun balik la ke hotel semula untuk rehat, makan malam dan amek2 gambar di malam harinyer. So lepas ini aku sambung lagi untuk hari ke-2 trip kami k..

BERSAMBUNG...

Selamat Bercuti dan selamat beristirahat!!!

Sunday, May 27, 2012

Trip to Medan, Day 1 - Hotel's review

Salam untuk semua,

Ok, malam ni aku rasa macam ringan pulak tangan aku nak menaip, tapi aku sambung sikit jer dulu ok, sebab kalau aku start sambung banyak2 mula la aku rasa banyak nyer nak kena menaip..heheh..ok sambungan dari entri sebelumnyer.

Klik SINI untuk entri sebelumnya,

Aku kan ada cakap nak cerita sikit tentang Hotel yang kami menginap semasa di Berastagi. Ok bagi aku Hotel yang kami duduk dekat Berastagi ini boleh dikategorikan sebagai Hotel yang selesa untuk menginap. Memang best dekat sini..sebabnyer dekat Berastagi ini dah masuk kawasan tinggi. Maka ada sikit kedinginan ala-ala macam dekat Careron Highland la jugak. 
Ni la hotel kami untuk 1malam di Berastagi

 
Lobby!!!

Hehehe..posing dulu sementara tunggu Parlin setelkan urusan check-in hotel ini.



Punyer la excited aku menaip untuk part 1, sampai tertinggal tentang benda ini. Ini la welcome gift dari Fantasi Holiday kepada kami semua. 


Welcome gift ini, di beri seumpama mengalu-alukan kedatangan kami ke Medan di samping boleh jugak kami merasa bika Ambon dan kek lapis yang terkenal di Indonesia ini. Boleh dikatakan macam tester la jugak sebab boleh kalau nak pesan untuk dijadikan ole-ole untuk dibawa balik Malaysia. Kalau nak pesan boleh jer pesan direct dengan Parlin. Tapi apa yang aku boleh komen..memang sedap Bika Ambon dia dan kek lapis yang aku rasa ini. Bukan saja2 atau suka2 aku nak promote tapi memang kenyataan pun sebabnyer sebelum ni aku dah pernah rasa bika Ambon yang dibawa balik ke Malaysia dari kawan aku, tapi memang aku tak boleh makan, sebab tak sedap bagi aku. Tapi yang ini memang sedap!! Terbaek laaa!!!

 
Ni la bilik kami yang sangat best..aku kata sangat best sebab bila aku tidor dekat sini aku tak terjaga pun..memang nyenyak abih laaa..mungkin faktor warna blanket dia warna hijau..tu yg rasa tenang jer tuu..hehehe

Suasana dalam bilik pun rasa macam tenang jer..heheh

Toilet disini pun bersih

Disediakan dalam bilik hotel

Pandangan dari dalam bilik...huiihh memang best la kan..swimming pool dok depan mata..heheh

Pandangan dari bilik!!!

 
Dari lensa kamera Sarah - Heheh..sebenarnyer kami ini konon nyer nak rehat2 sebelum jumpa dengan Parlin pada pukul 4.30pm..tapi biasa la kan..macam ini la cara kami berehat..berehat2 kami adalah sesi ambil2 gambar sebenarnyerr..heheh..tgk kawan aku yang dok sebelah kanan tu (Af)kusyuk jer dia dok tengok gambaq yang dia dah snap..heheh

Dari lensa kamera Sarah - Posing3 dan posing lagi!!heheh..yang pakai baju hitam tu Sharifah dan yng baju kotak tu Mia Mai!!!heheh

Dari lensa kamera Sarah - Sempat lagi berposing dalam bilik..wow.. i like!!!..yang berposing baju merah coklat tu tuan punyer gambar ini..heheh..posing jgn x posing!!


 
Lupa nak inform ini la pengangkutan yang mengangkut kami sepanjang 4 hari 3 malam di Medan-Berastagi-Lake Toba.

Gambar ini aku ambil di waktu malamnyer pulak. Oleh kerana entri ni lebih kepada penceritaan berkenaan Hotel kami di Berastagi, so aku share skit keindahan hotel ini di waktu malam.


Di penuhi lampu yang sanagt best!!!mcm spotlight pun yer jugak!!!

View depan swimming pool di waktu malam.

Siap ada verandah bagi setiap bilik umtuk rehat n rilex2 depan bilik!!!

Ok tu jer yang aku dapat share tentang Green Garden Hotel ini. Lepas ini aku sambung balik pasai aktiviti kami di Berastagi k!!! ok jumpa lagi di next entri...daaaa... Selamat Bercuti n selamat beristirahat!!!

Saturday, May 26, 2012

Trip to Medan, Day 1 Part 1

Salam buat semua,

Pada 28 April hingga 1 Mei 2012 yang lepas, aku dengan kawan2 dah Berjaya menjejakkan kaki kami ke Medan, Indonesia. Ikutkan kami sebenaqnyer nak p Medan sendirian berhad, tanpa menggunakan perkhidmtan mana2 tour agency. Tapi memandangkan tahap ke”busy”an masing2 tidak dapat dikawal, dan tak cukup masa untuk mencari dan study tentang info2 yg diperlukan.  So, terpaksa lah mencari jalan yang paling senang dan paling mudah dengan menggunakan perkhidmatan tour agency jugak. 
 
Trip ke Medan aku dan kawan2 menggunakan perkhidmatan tour agency dari Malaysia iaitu Hasani Travel and Tours. Aku pilih travel agncy ini sebab mudah bagi aku untuk berurusan lagipun dekat dengan rumah aku, so senang nak urus. So, Hasani Travel yang arrangekan dengan tour agency dari Medan iaitu Fantasi Holiday.

Walaupun aku dah tau harga yang Travel agent di Malaysia sudah di make-UP, di touch-UP dan di Mark-UP tapi untuk keselesaan dan memudahkan kami sepanjang berada di sana. Aku dan semua pun setuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM550/pax untuk pakej 4hari 3 malam di Medan-Beratagi-Parapat-Lake Toba. Semua nyer all-in utk  ground arrangement jer iaitu termasuk(penginapan, pengangkutan, makan dan tour). Tapi lepas ini, sesiapa yang nak pergi dengan menggunakan travel agent terus jer ambil yang dari Indonesia ini, mungkin akan dapat dengan harga yang lebih murah. Nama agency di Medan, Indonesia ni Fantasi Holiday (memang boleh dipercayai).

Day 1 (28 April 2012) Part 1
Hari ini aku kena bangun seawal 4.00 pagi disebabkan aku punyer flight pukul 11.05 pagi dekat Penang International Airport. Aku kena pergi airport awal sebab orang yang nak menghantar aku dan sorang lagi kawan aku(Af) ada event yang dia kena attend pada pukul 8.30. Oleh sebab itu, aku bertolak pukul 5.00 am dari Sungai Petani menuju ke Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat rumah Af untuk park kereta dekat apartment dia.
Aku smpai apartment dia lebih kurang pukul 5.45 macam tu, sekali aku tengok dia x mandi lagi, bukan setakat x mandi lagi siap boleh masak nasi n goreng ayam lagi..hahaha..lawak di pagi hari betoi la kawan aku sorang ni..heheh..konon nyer dia cakap, nak breakfast before kawan kami yang lagi sorang ni datang amik. Heheehe..belasah laaa..asal x lambat cukup.

Lepas solat, dan dok siap2..tetiba fon aku bunyi..yang best nyerr kawan yang nak hantar kami ke airport tu dah nak sampai dah..tapi Af ni tak siap lagi..kelam kabut dia..nak breakfast x jd, so tapau jer la nasi ayam dia tu ke airport..heheh..Kami smpai airport dalam pukul 7.40 pagi, so memang awal la di airport, tapi apapun terima kasih la untuk kawan aku sorang ni (Miss ZZ), sebab tolong hantaq aku n Af ke airport, mmg jasamu ku kenang…heheeh

Ini first time aku dekat Penang airport ini, selalunyer dekat LCCT jer..ok..berbalik kepada nasi ayam yang di tapau tu..Hahaha..kami dengan selambanyer bukak dan makan dekat McD hasil tapauan dari rumah Af ini. Kesian dia x sempat makan..Hehehe..untuk mengaburi mata2 yang memandang, aku ada beli set breakfast dekat McD tu, tapi coffee dia jer yg aku minum, burger aku tapau pi Medan. Yang best nyer ada segerombolan mamat2 ni dok ushar baek punyer bila kami mengeluarkan tupperware yg kami letak nasi n ayam tuuu..heheh..Ada ku KESAH..buat2 x nampak jer depa tu..janji kami kenyang..port untuk makan nasi kt McD tu kami pilih duduk dekat orang-orang cina sbb selalunyer depa orang cina ini x heran pun kita nak buat haper pun..so mmg betoi pun..kami dok tepi orang2 cina ni, dia buat derrrkkk jer..tu yang best tu..hehehe..yang penting setel smua nasi yg kami bawak tuu..hehehe

Setel jer makan n lepak2, kami pun p verify boarding pass. Flight kami pukul 11.05 , tapi delay jugak so lebih kurang 11.30 baru jalan. Sebenaqnyer, trip kali ini seramai 5 orang.  Tapi lagi 3 orang dah p awai sehari dari aku dan Af. So, flight pagi 28 April, Cuma aku dan Af jer.

Kami sampai di Polonia International Airport  Medan, lebih kurang pukui 11.30 pagi (local time). Untuk makluman, Indonesia punyer waktu lewat sejam dari Malaysia. So, dapat la save 1 jam perjalanan…heheh..sampai jer di Polonia Airport ni, aku dan Af di jemput oleh Parlin wakil dari Fantasi Holiday. Pastu si Parlin ni Tanya bukan ke 5 orang. Heehe..aku pun cakap lagi 3 orang dah ada dekat Medan ni. Dan seterusnyer adalah misi untuk mencari lagi 3 orang yang sampai awai di Medan. Depa ni tinggal di budget Hotel dekat Medan, nama hotel itu HL Days Inn. Selepas misi Berjaya mencari 3 orang tu, aktiviti seterusnyer adalah makan time. Memandangkan kami sampai dah tengah hari so kami semua di bawa makan di Restoran Simpang Tiga, Medan. Ini la dia restorannya. Agak besar jugak dia punyer kawasan restoran ini. 

Gambar2 pandangan hadapan Restoran Simpang Tiga


Yang best nyer restoran ni siap ada delivery lagi..heheh..terbaek laaa

Lepas makan, kami solat siap2 di Restoran Simpang Tiga sebab waktu zohor pun dah masuk, waktu zohor di Medan labih kurang pukui 12.30 dah masuk waktu. Lagipun lepas ini memang makan masa yang panjang untuk ke Berastagi. So lepas setel solat kami pun bergerak menuju ke Berastagi. Perjalanan untuk ke Berastagi ini lebih kurang 3 jam la jugak. So sepanjang perjalanan itu sempat la aku amik gambar2 sekitar perjalanan kami ke Berastagi. Jom layan gambar yang sempat diambil. 


Gambar ini masih di Medan baru nak keluar dari Kota Medan..yang menariknya di Indonesia ini, kalau ada kenduri kawen atau baru bukak kedai ke, macam ni la keadaan nyerr, papan2 ucapan diletakkan sepanjang jalan bagi tujuan ucapan selamat dan sukses buat pengantin ataupun tuan punyer kedai..tapi yang kat gambar ini adalah acapan sukses buat tuan kedai sebab baru bukak kedai di situ..heheh

Walaupun dalam kesesakan trafik, mamat ni masih sempat untuk berniaga lagi..tapi aku sangat kagum dengan usaha mamat ni tunjukkan. Walaupun berniaga di kesesalan jalan sekurang-kurangnyer dia tidak meminta sedekah orang dan berusaha untuk meneruskan kehidupan.

Menarik betoi la..macam2 ada!!!motor yang di ubahsuai untuk kegunaan harian..best betoii!!!

Gambar yang dekat bawah ini, semua nyer gambar sepanjang perjalanan menuju ke Berastagi..Jom Layan!!!








Selekoh dekat sini boleh tahan jugak laaa tajam nyerrr!!heheh..kalau aku la yang drive..hahahah...hampeh!!heheh

Ini salah satu pengangkutan awam yang menuju ke Berastagi.."Teman Tapi Mesra" dia punyer tagline bagi pengangkutan ni kot..heheh..yer ker???

Dah mula masuk ke kawsan tinggi dan berkabus!!!!

Berderet kereta sebab bawak slow2 jer..bukan per..dekat area sini, jalan dia sempit jerr..kawasan2 tinggi ini kalau buat jalan dia besau2 banyak pulak kot orang terjunam masuk gaung!!!heheh.. 

Semakin banyak kabus!!!

Ni salah satu permandangan yang berjaya memukau hati aku..Subhanallah!!!memang best walaupun pemandangan hanya di tepi jalan.



Pokok2 tinggi ni pun cantik2!!!

Dekat kawsan ini plak, banyak pokok yang mcm pokok krismas tu..heheh

Istimewa nyer di sini, sepanjang aku dok berjaga selama 3 jam tanpa tidur, memang susah la nak jumpa signboard, signboard ini pun bila dah nak sampai kawasan Berastagi baru la jumpa..heheh..so, dinasihatkan kepada sesiapa yang nak drive sendiri ke Berastagi ataupun Lake Toba, buat la persediaan mengenal jalan2 yang perlu di lalui itu. 

Ini la destinasi pertama kami iaitu Green Garden Hotel. Memang best duduk dekat sini, pasni la aku citer pasai hotel ini. So kami sampai dalam pukul 3.30 pm dan terus check-in masuk bilik kejap untuk berehat. So kami dah janji dengan Parlin lagi sejam jumpa di lobby...heheh..sampai sini la dulu nanti aku sambung lagi untuk episod yang akan datang k..Selamat bercuti dan selamat beristirahat!!!