Tuesday, April 3, 2012

Ikan Terubuk Sarawak@ Pasar Satok

Salam buat semua,

Huuiiihhh lama nyer aku tinggalkan entri ni berkarat dalam draft aku, punyer la tak der mood nak update blog..di tambah pulak dengan mood kemalasan yang amat sangat membuatkan blog ni berabuk..hehehe...Fuhhh..Fuuhh..fuhh...5S kejap..hehehe.

Ok kali ini punyer entri, aku nak share tentang Ikan terubuk masin Sarawak. Sarawak ini memang terkenal dengan ikan terubuk. Memang ikan terubuk ni suka duduk belah borneo kot. Kalau kat semenanjung, aku rasa tak la sebanyak macam dekat borneo ni...heheh. Ikan terubuk masin Sarawak boleh dikatakan sebagai barangan yang mesti beli untuk di bawa pulang atau juga dilihat sebagai makanan laut yang popular di negeri Sarawak. Ianya juga boleh di jadikan sebagai salah satu sourvenir kepada sanak saudara dan ahli keluarga.



Oleh sebab ianya boleh dijadikan sebagai buah tangan, so..aku pun tak terkecuali membeli buah tangan ini untuk di bawak balik ke Semenanjung..Hehehe..Harga bagi Sekor ikan terubuk yang bersaiz besar boleh dapat dalam RM18, aku beli yang size RM18 ni la, tapi bukan pada harga yang dipaparkan. Aku sendiri pun dah tak ingat berapa dia bagi. Untuk beli ikan terubuk masin ni, harga masih boleh di nego. Kalau nak ikan yang lebih elok, besar, segar, lemak memang kena pandai pilih tempat...dan manis mulut pun yer jugak sebab nak dapat harga yang cantik..heheh.

Gambar2 yang diambil ini adalah gambar di Pasar Satok. Pasar Satok ini memang terkenal di Kuching dengan pelbagai jenis barangan basah atau dapur yang terdapat dekat sini. Memang menarik betoi pasar Satok ini. Kalau sesiapa yang berkunjung ke Kuching Sarawak ini, aku rasa memang takkan melepas peluang untuk pergi ke sini.


Cekap sungguh depa2 ini dalam aktiviti pembungkusan!!!

Seterusnya pulak, lepas jer pilih2 ikan yang terbaek tu, so mula la aktiviti membungkus untuk di bawa pulang. Aku kagum sebenarnyer dengan kebolehan dan kecekapan mereka2 yang membungkus ikan terubuk ini. Cuma mengambil masa yang singkat saja, depa ini dapat siapkan bungkusan ikan terubuk itu. Untuk mengekalkan kesejukkan dan ketahanan ikan terubuk itu, tokey yang dok bungkus tu, masukkan ais dan jugak garam dalam plastik sebelum ianya di bungkus dengan kotak.

Yang paling shoknyer, sebelum beli, tokey kedai ada cakap, pilih dan beli dulu nanti saya bagi resepi yang best untuk masak ikan terubuk ini..heheh..Huuiiihhh teruja la jugakkan nak tau resepi apa yang dia nak bagi tu..heheh..tetiba lepas pilih dan beli aku pun dapat la resepinyer...

Resepinyer ialah "goreng pon sodap"!!!..tu jer..heheh..ingatkan ape la secret resepi untuk ikan terubuk ini, tapi tokey tu cakap goreng ikan terubuk ini biar sampai garing dan makan dengan nasi panas...huiiihhh memang terbaek la kan. Untuk bagi lebih terangkat goreng bersama bawang dengan cili padi pastu plak letak kicap dekat nasi tu...huuiiihhh dah cukup buat aku terliuq..heheh

Apapun bagi aku, memang terbaek la ikan terubuk Sarawak ini. So kepada sesiapa yang melawat dan berkunjung ke Kuching Sarawak, boleh la singgah ke Pasar Satok untuk dapatkan ikan terubuk ini. Kalau pergi Sarawak tak beli ikan terubuk ini, aku rasa memang tak berapa nak complete la kan. So selamat membeli belah IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK!!! hehehe..ok Selamat bercuti!!!