Friday, August 3, 2012

Trip to Medan Day 2 Part 2

Klik SINI untuk entri sebelumnyer..

Hehehe..entri ini dah bebulan tertangguh, oleh kerana dah terlalu lama aku peram dalam draft, so aku sambung balik dengan episod seterusnyer..

Ok, lepas jer aku ambil2 gambar dan key-chain pun dah siap, so kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Parapat. Tapi masa on the way pergi ke Parapat, kami dimaklumkan ada lori terbabas di pertengahan jalan menuju ke Parapat tu. So, masa tu kami cuma try luck jer samada boleh lepas kami nak ke Parapat dan terus menuju ke Samosir Island. Parlin maklumkan pada kami, sekiranya lori yang terbabas belum dialihkan. So kami terpaksa patah balik untuk guna jalan alternatif lagi satu untuk sampai ke Parapat. Dan sekiranya berpatah balik, ianya memakan masa lebih kurang 2 jam lagi dan kami mungkin tak dapat pergi Pulau Samosir tu, padahal kalau ikut jalan itu lebih kurang 45 minit macam tu kami akan sampai.

Pada masa kami sampai di kawasan lori berbabas tu, ada yang bagi signal cakap tak boleh lalu, dan ada yang bagi signal jalan situ boleh lalu tapi cuma untuk kenderaan kecil saja. Kalau bas dan lori kena la patah balik. Sampai jer kami di tempat kejadian, kerjasama oleh orang2 disitu sangat bagus, aku cakap depa ini sangat bagus sebab semangat tolong menolong mereka memang terbaek. Ada 2 orang dok jaga jalan dekat situ, bagi signal kereta depan kami boleh lepas, tapi memang muat2 jer..n sipi2 jer..memang depa ni hebat la bawak keta. Aku yang dok depan suspen jugak la kan sebab masa time keta kami lalu dekat tempat tu, sereyau (risau) jugak takot kena keta kami ini. Walaupun itu keta travel agency, sayang tu tetap ada jugak..heheh...Fuuhhhh lepas!!!

Selesai jer kami melepasi saat2 genting tu,fuuuhhhh...tarik nafas lega jugak la kan sebab Parlin cakap kami sempat untuk ke Samosir Island...hahaha..gumbira tidak terkata la ahli2 dekat seat belakang tu..heheh..yeay..yeay..yaeyyyy..
Pic ni diambil selepas kejadian lori terbalik...pic masa waktu genting aku terlupa la pulak nak ambil
Dah nampak dah pemandangan Tasik Toba di sepanjang perjalanan menuju ke Parapat!!

Dah sampai di Parapat!!!
Di sekitar kawasan Restoran Istana Minang 2
Seterusnya kami sampai ke Parapat dan terus menuju ke Restoran Masakan Minang untuk lunch. Ni la restoran dia, ini antara tempat makan yang halal di Parapat. So kepada sesiapa yang ke Parapat boleh la singgah ke Restoran ini untuk makan disini. Ini la restorannya
Hadapan Restoran Istana Minang 2
Ni la antara makanan yang dihidangkan untuk kami di restoran ini.
Cedok jgn x cedok!!heheh..lapor weeiiii!!!
Lepas makan terus kami ke International Danau Toba Cottage untuk check-in, tapi memandangkan bilik kami belum siap dan kami pun tak punyer banyak waktu untuk itu, so kami terus menuju ke pelabuhan Tigaraja iaitu tempat menunggu Feri untuk ke Perkampungan Tomok di Pulau Samosir. Memandangkan kami telah mengharungi "jalanan berliku"(lirik lagu Beribu Sesalan)heheh..so banyak masa dah habih dekat situ,so kami terpaksa cancel untuk ke beberapa tempat di Pulau Samosir dalam itinerary kami. Tak per la kan, dari tak pergi langsung..perkara2 macam ni biasa la kan. Ini la namanyer lumrah melancong, ianya akan bergantung kepada situasi dan keadaan pada masa tu. Kadang2 kita tak boleh nak aspect ianya akan berlaku dengan sempurna.
Laluan ke Hotel kami!!
Dah sampai dah Hotel kami!!!
Ini la pelabuhan Tigaraja pandangan dari Hotel kami!!!

Jarak hotel kami dengan pelabuhan ini memang tak jauh, so kami menapak jer turun ke Pelabuhan Tigaraja ini. Nak dijadikan cerita mungkin kurang bernasib baik, Feri untuk ke perkampungan Tomok, Pulau Samosir ini dah jalan masa kami dah hampr sampai ke pelabuhan tu..hehehe..memang frust jugak la kan, mana tak nyerrr, sebab kami kena tunggu lagi 45 minit lagi untuk ke sana. Kalau kami naik feri yang terlepas tu, so dapat la lama sikit dekat sana. Tapi memandangkan kami dah tertinggal, nampak gayanyer memang tak punyer banyak masa la kami dekat sana.

So, apa boleh buat, dah nasib..heheh..pastu apa lagi, mula la aktiviti tangkap2 gambor jer la sambil menunggu kehadiran feri yang seterusya..Layan jer laa yerrr..
Ready!!!! Goooo!!!
yuhoooooooo!!!
Debushhhhhhh..terbaek la adik ini beraksi!!!
Semangat tolong menolong mereka sangat bagus!!!

Comel jerrr anak omputeh ni...cute jerr...heheh

Ini la jadual perjalanan Feri dekat Tigaraja ini, so kepada sesiapa yang nak pe Samosir Island ini, boleh la rujuk pada jadual di bawah ini. Feri disini bertolak mengikut jadual tidak kiralah feri tu ada atau tidak ada orang.
Ni la jadual Feri di Tigaraja!!!

Feri dah sampaiii..adoyaiii puas toi tggu feri nii..x per sabor!!!
Feri pun sampai dan jalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Parlin inform kami akan balik dengan feri yang sama jugak sebab ini la feri yang terakhir yang akan bertolak dari Pulau Samosir ke pelabuhan tigaraja tu. Memandangkan kepada kurang nyer masa yang kami ada, so kami ke sana, sekadar melihat suasana di Samosir Island tu, dan membeli souvenir saja. Ni antara gambar2 yang sempat diambil masa feri bergerak dari Pelabuhan Tigaraja tu..layan!!!


Hotel kami pandangan dari Tasik Toba

Dari jauhh!!!

Best betoi tengok gelagat2 budak2 dekat sini!!!HEHEH..



 Haaa...sampai pun Pulau Samosir. HORAS!!!!

HORAS!!!! 


Untuk membeli disini, tawarlah sehabis mungkin sebab dekat sini harga depa dah kasi up berapa kali 100% pun aku tak tau. Dekat sini semuanyer memang banyak mulut manis yang pandai berbicara untuk menarik perhatian kita. Tapi dinasihatkan supaya lebih berhati2. Make sure untuk membeli barang/ souvenir dekat sini kita peka kepada tukaran(currency) duit mereka dan juga duit kita.

Untuk dijadikan sebagai pengajaran, aku cerita sikit pasai kes kawan aku ini...heheh..sori geng..kena cerita untuk kebaikan bersama...heheh..ada satu kedai ini, sebelum kami masuk n singgah kedai dia, dia offer t-shirt pada harga RM7-8 (sepasang), so memang murah la kan, so kawan aku ini memang nak beli banyak la sebab dah murah. Teknik yang digunakan disini ialah pilih2 dah last sekali baru kira. Kawan aku dah pilih lebih kurang aku rasa 6 helai jugak la kot. Dan tetiba yang dia kena bayar adalah sebanyak IDR 300,000 untuk 6 helai tu lebih kurang RM100. So, bila orang kedai tu dah habis pack semua masuk plastik dan kawan aku pun nak belah keluar. Kawan aku pun realize yang dia bayar macam banyak jer sampai IDR 300,000 tu..huiihhh mahai tu. Then dia pun keluar dekat depan kedai jumpa ngan aku dan cerita kat aku. Heheheh..dengan best nyerr..Kami pun masuk kedai tu dan aku pun menjadi seperti seorang polis dan lebih kurang ala2 bonzer gitu...hehehe..

Aku tanya berapa dia kira sehelai? orang kedai tu jawab 6 helai IDR 300,000. Aku tanya lagi sehelai berapa? dia cakap, sehelai lebih kurang IDR45,000-50,000. Pastu aku cakap macam mana u kira??Aku suruh dia kira satu2. Lepas tu, aku rasa dia dah gelabak kot..pastu terus panggil mak dia. Pastu adegan seterusnya, mak dia pulak yang tolong sambung..heheh..soalan yang sama jugak aku tanya dan last sekali aku soh kira satu2. Bila dah suruh kira satu2 pastu aku cakap kenapa tadi u offer sehelai lebih kurang RM7-8 (sepasang) lebih kurang IDR 20,000 sepasang..dan kenapa sekarang sampai IDR 50,000. Jawapan dia senang jer..kualiti yang kawan aku pilih tu yang baik punyer, pasai tu harga dia macam tu..Itu lahh antara jawapan2 yang mereka akan bagi!!!heheh..kawan aku bukan nyer beli baju besar2 pun..baju size budak2 jer pun. Huuiihh memang tak boleh belah betoi laaa kan...

Pastu kawan aku cakap, dia tak nak la kan kalau dah macam tu, so mula lah tugas aku sebagai bonzer untuk mintak duit balik dekat depa tu. Hehehe..ingat senang nak gaduh dan mintak duit balik..heheh!!!gaduh punyer gaduh punyer gaduh!!dan last skali dia bagi balik IDR 50,000 balik jer..Boleh la tu dari tak dapat langsung kan!!! Bukan senang kalau duit kita dah bagi pada depa ni, dah tentu2 susah la nak pulang balik kan..tapi apapun benda2 macam tu boleh dijadikan experience untuk masa hadapan. So, aku nasihatkan kepada sesiapa yang nak beli barang pastikan sebelum bayar tu CHECK dulu pengiraan dalam duit depa dan duit kita. Pastu dah puas hati baru bayar..heheh..panjang pulak dekat sini..


Sebenarnyer kami ada masa sejam jer untuk jalan dekat sini, memandangkan feri terakhir kami tu akan jalan pada pukul 5.30pm. So masa pun dah cukup kami pun ke Feri untuk balik, kalau tertinggal, tak tau la nak buat macam mana..sebab 5.30 adalah feri terakhir dari Pulau Samosir ini. Kami sampai awai sikit, yer la buat nyerlambat kalau kena tinggai, memang wassalam la kan..

Sampai pelabuhan tigaraja terus kami menuju ke Hotel untuk check-in. Pastu kami janji dengan Parlin lagi untuk jumpa di information center (lobby la jugak) untuk makan malam di luar. Lepas setel mandi dan solat dan rehat sekejap di bilik. Kami puin ke lobby, huiihhh kalau duduk sebulan dekat hotel ini aku rasa boleh kurus la kot..hahah..bukan apa, bilik kami nun jauh dibawah, bersebelahan dan berhadapan tasik Toba, so kena la menapak anak2 tangga tu untuk naik ke atas, macam naik batu cave pun yer jugak..elok la tu kan..memang bagi turun berat badan..hahaha


  Ini la tempat makan kami Restoran Silaturrahim

Sempat ambil gambar ni jer, gambar2 makanan x sempat nak ambil sbb dah kebulur!!!hehehe. Balik dari makan2 ni, kami pun balik hotel lepak2, posing2 dan tidor. Ok sampai berjumpa lagi untuk entri pada hari ke-3 ok!!! daaa.

BERSAMBUNG...

Sunday, June 3, 2012

Trip to Medan Day 2 Part 1

Day 2 (29 April 2012) Part 1

Salam buat semua,

Ok kita sambung trip Medan pada hari ke-2 pulak...hahaha..punyer la lama baru la nak update cerita yang tertangguh ini. Harap bersabar yer pada yang menunggu. Destinasi kami pada hari ini ialah Air Terjun Sipiso-piso, Simarjarunjung, Parapat dan Somosir Island. Pagi ini kami dah berjanji dengan Parlin untuk jumpa di lobby pada pukul 8.30. So sebelum itu kami breakfast dulu dekat hotel Green Garden ini. Breakfast kami dekat sini buffet..so cedok dan mencekik sehabis mungkin..heheh..konon nyerr jauh jugak perjalanan menuju ke Air Terjun Sipiso-piso dan Parapat. Punyer la semangat kami breakfast, sampai x sempat la nak amik gmbar makanan kami pagi tu...heheh. So ape lagi, makan mmg banyak la kan..!!!bukan aku sorang jer yang lain pun sama..heheh. 

Setel jer makan kami jumpa dengan Parlin dan terus naik keta. Aku duduk dalam Kijang Innova tu dekat depan, kawan aku yang lain2 yang duduk dekat seat belakang ini selalu  buat aku tersenyum sebab depa ini ada satu habit setiap kali masuk dalam kereta..heheh..habit depa ini ialah depa ini akan berbunyi suara sembang2, gelak2 dan ketawa,  pada setengah jam pertama jer..setengah jam yang seterusnya pulak adalah aktiviti membuta (Sarah dan Cik Pah), Selsema sepanjang jalan (cik pah) tapi bila keluar ok pulak..heheh..lentok dan tidor2 ayam (Af), mabuk jalan dan tidor(Mia Mai)..itu la semua aktiviti mereka2 yang berada dekat belakang...hahaha..hampeh toiii..tapi aku jer yang maintain berjaga hingga sampai ke destinasi yang dituju...heheh..(sekali skala masuk bakul angkat sndiri)..heheh..tp apepun uols memang TERBAEK!!! i like!!!

Ok, ni antara gmbar2 sepanjang jalan menuju ke Air Terjun Sipiso-piso.




Permandangan yang sangat cantik di tepi jalan yang berlatarbelakangkan tasik toba

View yang sangat cantik yang boleh dilihat sepanjang menuju ke Air Terjun Sipiso-piso

Subhanallah!!!

Oleh kerana aku tak pulak tengok jam waktu sampai tu, so aku tak dapat nak inform berapa  lama perjalanan kami untuk sampai ke Air Terjun Sipiso-piso ini. Air Terjun ini di panggil sipiso-piso kerana kederasan air yang turun dari atas ke bawah seolah-olah seperti pisau yang tajam jatuh dari atas ke bawah. Dalam bahasa Indonesia pisau ini dipanggil piso, so terciptalah nama sipiso-piso ini...hehehe..tu pun kalau betoi sejarah nyer yang aku dengar!!!heheheh 
Masa kami sampai, banyak budak2 dari sekolah mengadakan robongan ke sini. Depa ini semua berkelah sambil menghirup udara segar di Air Terjun Sipiso-piso ini.


Ini la Air Terjun Sipiso-piso!!!!Subhanallah!!cantik betoi..dan kebetulan percikkan air tu tadi kena pulak dengan cahaya/sinar matahari yang terang bendarang, so terciptalah biasan pelangi yang sangat cantik disitu.


 Kepada sesiapa yang pergi dekat sini, sekiranya pergi sendiri dan punyer banyak masa disini, aku cadangkan supaya berjalan turun ke bawah Air Terjun ini, sesiapa yang turun ke bawah ini nescaya anda pasti sangat2  teruja bila berada dekat dengan Air Terjun tu. Aku yang tengok dari atas pun sangat jeles pada mereka2 yang punyer banyak masa untuk turun ke bawah ini...Huiihhh memang best la!!!

Aku sangat jeles dengan insan yang dlm red circle tu sebab dia berjaya turun sampai ke bawah..kalau berada di bawah tu, confirm terkena percikkan air terjun tuuu..sangat2 jeles!!! Lepas menjeleskan diri di Air Terjun ini, kami menjamu mata dengan keindahan alam yang tidak terungkap bagi aku. Memang sangat2 cantik dan seolah-olah macam lukisan jer aku tengok..tapi hakikatnyer..ianyer sememangnyer benarr,..MasyaAllah!!!

 Seperti lukisan, beginilah kehebatan ciptaanNya
Subhanallah!!!! Ini la ungkapan yang terucap!!!

Kami, berlatarbelakangkan tasik toba!!!

Para pelancong yang berada di sini!!! 

Selepas bergambar dan menikmati keindahan alam, kami seterusnya bertolak ke Simarjarunjung. Simarjarunjung ini terkenal dengan teh halia dan juga pisang goreng. Sebenarnyer kami ke sini untuk menikmati teh halia dan juga pisang goreng, tapi terbantut pulak hasrat tu bila kami teruja untuk buat ukiran nama pada key-chain. Hehehe..yer la orang selalunyer ukir nama atas batu, tapi kami pulak ukir nama atas kayu..heheh..kami kat sini boleh tahan jugak lama nyer..bukan lama pasai apa, tapi sebab semua kami nak ukir nama tanda sampai di Simarjarunjung ini.   



 Ini la tempatnyer untuk menikmati teh halia dan pisang goreng 

Ini la kedai yang membuat ukiran nama tu, memang lama kami dekat kedai ini sebab nak ukir nama dari kekasih untuk kekasih la, nk ukir nama sendiri la, nak ukir nama ofismate la..hehehe..mau nyer tak lama..dan aku adalah orang yang paling last sebab lambat beratur...heheh..saja ja aku bagi chance kt depa tu..heheh

Lakaran nama sebelum di proses!!


 Mas ini datangnya dari Jawa, mencari rezeki dengan anugerah dan bakat yang ada. Terbaek la Mas!!!heheh..terima kasih untuk ukiran itu yaaaa..heheheh

Ini la hasil nyer!!! Untuk buat key-chain seperti ini, bayaran yang dikenakan cuma IDR 10,000 sahaja bersamaan (RM 3.50) macam tu laa..murah bagi aku..



Sementara menunggu key-chain aku siap, aku pi la ambil2 gambar yang menarik di sekitar kawasan Simarjarunjung ini.

Lake Toba, view dari Simarjarunjung


Kami berlima di Simarjarunjung!!!hehehe..macam nak buat ucapan salam perantauan plak..hehehe..ok la sampai sini dulu..nanti aku sambung lagi..daaaa...

BERSAMBUNG...



Monday, May 28, 2012

Trip to Medan, Day 1 Part 2

Ok sambung balik dari entri sebelumnya,

Kami jumpa dengan Parlin pukul 4.30 pm dekat lobby. So, destinasi jalan-jalan kami adalah di pasar buah Berastagi. Berastagi ini terkenal dengan pasar buahnya, mana-mana tour guide mesti akan bawa ke pasar buah ini. Tapi untuk makluman, dekat pasar buah ni bukan jual buah jer semata-mata bahkan banyak jugak kedai2 sourvenir di pasar buah ni. Jarak dari Hotel kami untuk ke pasar buah ini tidak la sejauh mana, dekat jer beberapa km saja. Gambar di bawah ini pekan Berastagi.


Sekitar pekan Berastagi

Dalam beberapa minit, kami dah sampai, Parlin pun parking kenderaan...yang best nyer bukak2 pintu dan turun dari Kijang Innova, ramai pulak yang menyerbu dan promote untuk kami menunggang kuda. Hehehe..aku lupa nak inform dekat sini banyak kuda-kuda disediakan untuk bawa pusing-pusing..heheh..Pastu apa lagi kami pun masing2 bertanya la sesama sendiri, ada yang jawab nak naik kereta kuda..hahah..konon2 nak jadi ala2 ciderella la konon bila naik kereta kuda tu..heheh..tapi aku memang rasa teringin la jugak nak menunggang kuda sebab seumur hidup x pulak aku ada peluang untuk naik kuda ini..heheh..Lepas tu si Parlin cadangkan apa kata semua ambil sorang sekor kuda..baru best menunggang beramai-ramai..heheh

ni la antara mereka-mereka yang datang promote untuk naik kuda




Ni la harga untuk naik kuda di sini

Pastu semua pun setuju dengan cadangan itu, bayaran untuk naik kuda in IDR 30,000 sahaja bersamaan (RM10). So kami semua pun memulakan langkah pertama iaitu memanjat kuda..giler tinggi nak panjat..rupa2 nyer depa ini pun dah tau yang orang2 seperti kami dan pelancong2 memang memerlukan bantuan untuk naik ke atas kuda tu dan mereka memang menyediakan kerusi untuk kami naik atas kerusi dan baru melangkah ke atas kuda tu..heheh..aku ingat depa2 ini akan menolak bon*** untuk kami naik ke atas..mula la aku x mau naik..heheh..aku agak sedikit terkejut dengan kuda aku konon nyer aku pilih warna hitam sebab selalunyer kalau dalam cerita omputih kuda hitam memang selalu menang, tapi rupa2 nyer yang aku pilih adalah kuda betina..so jalan relaks2 ajer. Part paling best bila aku nak melangkah naik, kuda ini berbunyi yekk..gerun plak aku rasa..takut jugak arrr kot2 kuda ini tetiba melompat x pasai patah kaki plak aku..heheh..tapi apapun kuda aku ni sebenarnyer baik sangat..heheh...jom kita layan gambar..heheh


Wahhh..cik pah bersama kudanyerrr

Macam skuad berkuda plak aku rasa

Af..sempat lagi menoleh sebab aku panggil nama dia..heheh

Antara para pelancong yang menaiki kuda di sekitar pasar buah

So, begini la gelagat kami sepanjang di atas kuda..heheh..lawak pun yer..koboi tak bertauliah la katakan..Sebenarnyer agak jauh jugak perjalanan kami menunggang kuda ini, memang berbaloi dengan bayaran yang di kenakan.


Aku bersama kuda hitamku..nama kuda aku ni Aisha..so sweetttt!!!

Kuda-kuda mereka ini ada yang adik beradik, kalau tak salah aku kuda sebelah kiri dengan kuda tengah adik beradik..heheh..tapi kuda yang paling tinggi antara semua kuda dekat tengah, Sarah yang tunggang..heheh..gayat dia..hahaha

a Kuda Af ni plakgebu jer aku tengok..mmg paling gebu antara semua kuda2 yang kami naik..heheh..macam org yang tunggang kuda ni jugak la gebu dia..heheh

Seterusnyer, masa untuk cari sourvenir dari Berastagi ini, huiihhh memang banyak sourvenir dekat sini. Permulaan pertama untuk shopping sourvenir dari Berastagi untuk saudara mara dan kawan2. Heheh..macam-macam ada... 

  
Arnab ni comei2 weii..kalau nak beli ambil macam tu jer..heheh..tak der nyer nak masuk2 bekas bagai..heheh

Gambar dekat bawah ini la kedai yang kami singgah untuk beli t-shirt dari Berastagi. Kualiti dekat kedai akak ini baik dan ok. Sebab itu la kami beramai-ramai borong t-shirt dekat kedai akak ini. Tapi yang paling best nyer akak dekat kedai ini boleh cakap KL..heheh..rasa macam membeli barang di Malaysia jer..heheh..akak kedai tu cakap..dia boleh cakap sikit2 sebab selalu orang Malaysia pi kedai dia..heheh..maksudmyer ramai la warga Kuala Lumpur yang dok bertandang dekat kedai dia..heheh..tapi apapun tawar menawar adalah perkara yang harus!!!heheh..Hasil capaian tangan aku dekat kedai akak ini..dapat la 6 helai t-shirt dengan harga IDR 175,000 (RM60) untuk 6 helai tu. Bagi aku dah cukup murah dah kot sebab kualiti t-shirt dia sangat ok.
Borong jangan tak borong!!!

Setel membeli semua sourvenir, baru la kami menjelajah pasar buah yang di sebut-sebut tu..Huuiihhh memang best, memang banyak buah-buahan dekat sini. Tu la sebabnyer tempat ini di panggil pasar buah kan..tapi di sebabkan kami tak mengidam untuk makan buah, so x der sapa pun yang beli buah dekat pasar buah ini. Kami semua pergi pasar buah untuk cuci2 mata saja. Tapi masa dekat pasar buah ini aku baru perasan yang aku, Af dan Sharifah (Cik Pah) jer yang ada...yang lagi dua orang Mia Mai dan Sarah entah ke mana plak depa berdua tu. Tapi apapun takper la kan..kawasan sini kecik jer, so kalau sesat boleh balik ke pangkal jalan...heheh..so kami bertiga jer la yang menjamu mata tengok buah-buahan dekat situ. Memang best la jamu mata tengok buah2 yang banyak!!! ni antara gambaq2 di pasar buah ini.

pokok2 bunga pun ada dekat sini!







 Pastu Cik Pah pun cakap dekat aku kejap lagi kita pergi makan jagung panas dekat depan jalan sana tu..Aku pun cakap wokey..mesti kena try jagung dekat sini sebab ramai orang cakap sedap..heheh. So, lepas habis menjelajah buah2 dekat situ, kami pun berjalan menuju tempat yang jual jagung tu.Hehehe...nak dijadikan cerita tengok2 dekat kedai yang jual jagung tu rupa2 nyer kawan kami yang lagi 2 orang tu (Mia Mai dengan Sarah) dah selamat kot bertafakur bersama jagung mereka...huiihhh hampeh betoi..patut la hilang depa ni..Hehehe..
Ini la rupa mereka yang kusyuk menikmati jagung bakar...terbaik!!!

So, kami pun singgah di kedai yang sama untuk makan jagung bakar. Dekat kedai ini ada dua versi jagung satu jagung bakar letak butter dan satu lagi jagung bakar letak kuah pedas.Errrmmm kembang plak tengkok aku rasa bila cakap makan jagung kuah pedas. Mungkin mulut aku dah sinonim bila sebut jagung jer mesti manis no pedas2 ini. Setongkol jagung dekat sini harga dia IDR 5000 (RM1.70) jer..murah kan??heheh..memang sangat2 murah bagi aku. So, kami melepak-lepak makan jagung dekat kedai tu sampai la masa untuk kami balik.



Yang best nyer memang aku suka makan jagung ini, tapi yang dalam cup tu laa..kalau yang tongkol2 ini aku memang fail sikit sebab memang dari dulu aku la kot orang last yang habis makan jagung kalau makan dengan tongkol dia tu..Adoiyaiii..heheh..konon nyer aku mintak jagung tu yang paling panjang dan last skali begini la jadi nyer kena kerat2 kepada beberapa bahagian untuk memudahkan aku makan jagung ini...hahaha..terbocor sudah kelemahan aku pada kawan2 aku..hahah..tapi buat tak tau jerr..heheheh..

ni la hasil jagung aku yang di kerat..heheh..memang terbaek laa!!!kan senang nak makan macam ini..heheh

Hari pun dah senja, so kami pun balik la ke hotel semula untuk rehat, makan malam dan amek2 gambar di malam harinyer. So lepas ini aku sambung lagi untuk hari ke-2 trip kami k..

BERSAMBUNG...

Selamat Bercuti dan selamat beristirahat!!!