Monday, December 12, 2011

Diyana and Firdaus's Wedding

T.A.H.N.I.A.H

Salam utk semua, baru hari ini berkesempatan untuk upload wedding pics yang sempat diambil semasa menghadiri majlis Perkahwinan adik dan adik iparku (Mohd Firdaus dan Nordiyana) di Kota Kinabalu Sabah, Majlis telah di adakan pada 19/11/2011 bertempat di Wisma SESB (Sabah Electricity Sdn. Bhd). Apapun aku ucapkan Tahniah untuk
adik n adik ipar aku atas majlis yang sangat meriah di sana tempoh hari. Pohon maaf atas kelewatan mengupload gambor ni yerr..heheh..will upload more photos!!! sat..sat..tungguu!!!ok ni dia..

















Ok, tu jer yang sempat masuk stakat ni, kalau nak masuk semua..jenuh la jugak..apa pun semoga berbahagia hingga akhir hayat..AMIN..congrats again to "dd n bro"...
roger n out!!!

Sunday, December 11, 2011

Photo of the day @ Kota Kinabalu, Sabah

Lesung Batu!!!heheh..lesung batu pun nk amik ke???hahah..gambar2 lesung batu ni semua dekat Kota Kinabalu, comel2 jer lesung batu ni. Menarik perhatian aku betoi semua lesung ni sebabnyer masing2 duduk atas bangku2 merah yang cun tu. Lesung2 ni semua masih dibangku sekolah lagiii..heheh..!!! Gambaq ni diambil di Restoran apa ntah nama dia (memang x ingat langsung)..di Kota Kinabalu..pelbagai jenis sambal ada kat sini!!! coba arrr baru tau kehebatan sambal kat sini!!! Restoran ni berdekatan dengan Kak Nong Restoran dan juga Seri Sembilan Restaurant (dua-dua restoran ni pun best). K..selamat bercuti n menjamu selera!!!

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan,10 Disember 2011

Salam utk semua,

Bercerita tentang fenomena gerhana bulan, tadi aku sempat menyaksikan kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah s.w.t. Subhanallah, Allahuakbar…Tidak terkata dengan kebesaranNya. Aku start tengok perkembangan fenomena ini bermula dari pukul 8.00 malam, sehingga la tertutup sepenuhnyer bulan tu tadi. Macam meriah jer aku rasa bila jiran aku Uncle John n Family (aunty,Jeffson,Jayson n Joevin) bersama-sama aku kat luaq tengok bulan...heheh.. :) ;)..orang lain dok kalut tengok Ombak (ombak rindu) aku dok kalut tengok bulan..hehehe

Yang the best part tu uncle john pun sama-sama bawak kluaq camera dia..mula2 dia guna compact camera jer nk amik gmbaq bulan tu, sekali bila dia tengok balik gambaq kat compact camera sama jer..bulan asyik nampak penuh jerr..dia pun masuk dalam rumah dan keluarkan dslr camera dia tu..Fuuhh ternganga la kejap aku waktu tuu..heheh..untuk makluman uncle john ni wedding photographer yg dok amik gmbaq2 org kawen. Camera2 bapak dslr skali dua dia bwk kluaq..hahah..terbaek la uncle.

Aku start amik gmbaq bermula pada pukul 8.00 mlm tadi. Pastu masuk rumah balik, then pukul 9 dh mula nampak gerhana tu. Sedikit demi sedikit bulan terlindung n tertutup. Aku tunggu sampai la tinggal sikit jer lagi cahaya bulan tu. Pastu masuk rumah sat. Pastu masa aku kluaq balik uncle John cakap last 3 minute dh fully covered. Hehehe..uncle john ni dh jd informer aku lak..heheh..thanks to uncle John.

Ok kat sini aku share gmbaq2 yg sempat di snap masa kejadian sebentar tadi..Ni la gambaq2 sewaktu gerhana bulan 10 Disember 2011, dari pukul 8.00 mlm sehingga pukul 10.15 mlm. Oleh kerana aku dh berdiri lama, kaki pun dh mula nk sakit, so aku x la tunggu sampai abih. Tapi kalau tunggu sampai abih tadi, bleh la tengok bulan yang terlindung tu tadi kembali menyinar dengan terangnya.














Ok, stakat ni la dulu untk entri kali ni, sampai berjumpa lagi..roger n out!!!

Saturday, December 3, 2011

Photo of the day @ Cook House, Penang War Museum

Gambaq kali ni plak dekat Cook House, Penang War Museum. Untuk makluman Penang War Museum ni memang best sebab kat sini peninggalan sejarahnyer bukan dalam bangunan semata-mata, semua barang2 sejarah dolu2 di kawasan ni mmg yg betul2 punyer yang berada di sekitar kawasan kubu pertahanan. Tempat ni beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Kepada peminat2 sejarah, ni salah satu tempat yg harus dilawati tapi kat sini rasanyer x la seseram macam yg dekat luar negara. Tapi kalau jalan sorang2 kat sini meremang jugak kot bulu roma..heheh..sebab ada kawasan laluan bawah tanah. Rajin kakak2 dekat dlm gambar tu memasak..heheh..Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI.

Thursday, December 1, 2011

Photo of the day @ Taman Monumen Tamadun Islam, Terengganu


The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Kudus Minar, Central Java, Indonesia

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Suleyman Mosque, Turkey

Ok, kali ni untuk di kongsi bersama, gambar2 black & white yang telah diambil pada tahun 2009. Seronok sebenarnyer kalau melihat sentuhan architecture serta kehalusan senibina dari negara luar ni. Ok untuk makluman semua gambaq ini, diambil di Taman Monumen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Taman ni berdekatan dengan Masjid Kristal Kuala Terengganu. Memang best dekat sini, kita boleh tengok pelbagai seni bina tamadun islam yang sangat menarik dan cantik. Monument Park entrance fee utk warganegara = adult - RM15, budak2 n warga emas - RM8, utk non-citizen plak = adult - RM25, bdk2 n warga emas RM15. Tempat ini beroperasi dari 9.00 pagi - 6.00 petang. Dekat sini jugak disediakan perkhidmatan sewa basikal, tram ride, dan juga Buggy rental. Kalau nak lebih lama dekat sini boleh la pusing satu kawasan ni dengan berjalan kaki sahaja.

Jika anda ke Kuala Terengganu, so jangan lepaskan peluang untuk melawat taman monumen ni. Memang best!!! Ok, rasanya smpai sini jer la yang dapat dikongsi bersama, sampai berjumpa lagi untuk entri yg akan datang...till then...selamat becuti!!! daaa.. :)