Saturday, November 26, 2011

Tamu - Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum,

Ok kebetulan kali ini, untuk sekian kali nya aku kembali lagi ke Kota Kinabalu. So kali ini singgah jalan-jalan dekat Tamu atau dalam kamus dewan di panggil pasar di Gaya Street untuk cuci mata. Gaya Street ni berada di tengah pusat bandar Kota Kinabalu. Tamu ni juga dikenali sebagai Sunday Market beroperasi lebih kurang sekitar jam 6.00 am sehingga tengah hari. Selalunya sesiapa yang sampai Kota Kinabalu ni, Tamu di Gaya Street ini sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk dilawati sebabnya ini la tempat shopping pelbagai barangan di sini.

Ok meh kita tengok skit gambar-gambar yang sempat di ambil ketika berada kat Gaya Street ni.
Tamu @ Gaya Street

Kuih muih di Sabah ni memang menarik, warna warni dan berbungkus-bungkus, tapi aku tak try la sebab tak tau setakat mana kehalalan dia. Kalau diyakini teringin jugak aku nk beli dan rasa.

Blanket

pamphlet " What is Child Abuse"

Booth yang di buka untuk kempen kesedaran berkenaan child abuse oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagus kakitangan KPWKM ni, weekend pun depa ni kerja untuk memberi maklumat kepada orang ramai.

Masa aku kat sini, ada uncle tu cakap ini burung kita beli untuk kasi hilang stress oooo..klu beli ini burung mesti ada rasa rileks punya. ;) ;)..heheh

Tulisan Khat atas kulit kambing

Kopi

dress yang berwarna-warni dan pelbagai

Mop pun ada!!

Bracelet dan macam-macam ada

Barangan kraftangan yang terdapat di Sabah

Kat sini spot yang paling best buat aku, sebab aku suka tengok2 topi yang pelbagai jenis, yang cantik2, warna warni, mcm2 corak, memang best cuci mata kat sini. Heheh..

Fridge Magnet yang cantik-cantik dan pelbagai

Longgokan Fridge Magnet..Fuhhh memang banyak..rambang jugak mata bila nak pilih..best!!!

Cenggkerang, kulit2 siput dan banyak lagi koleksi hasil laut ada di jual di sini.

Heheeh..Ribena King..1st time tau ada nama ribena king..Rasa nya kat semenanjung bukan ka nama dia Roselle ke..nampak mcm species sama jer

Adakah ini pun dijual untuk dimakan..heheh..mungkin??

Hehehe..sebenaqnyer gambar di atas tu tadi digunakan untuk perubatan. Bukan nyer makanan exotic kat sini.

Uncle ni sebenaqnyer dah angkat tangan kat aku soh snap gmbaq dia. Tapi bila aku nak snap malu la plak, camera pun x tengok tapi apepun tenkiu uncle..heheh..sporting uncle ni..

Pelbagai koleksi key-chain

Sangkar yang dijual kat sini semua cun dan cantik. Warna warni yang memang menarik perhatian para pengunjung. Daripada x der dalam list shopping tiba2 terbeli sbb cantik sangat.

Pokok bunga yang cantik dan segar, tapi x tau la species apa pokok ni.

Ala..la..laa..kiut miut betoi la hamster kat sini. Comei, comei, comeii!!!!

Kuching pun ader juai kat sini..Heheh!!

Shawl yang cun-cun. Uiihh ni kalau bawak duit sikit memang kena tahan nafsu shopping ni


Barangan perhiasan!!!

Anjing pun ada juai kat sini..bleh tahan dasyat gak la..Hahah

Ok, rasa nya tu jer gambar2 yang dapat dikongsi bersama. Kalau setakat tengok dalam gambar yang ada ni tak cukup lagi. Tak nampak sangat kemeriahan nyer. Sesape yg belum penah sampai sini. Datang la jalan-jalan cuci mata dan cuci duit..kasi licin dalam dompet..heheh..ok sampai berjumpa lagi. Selamat bercuti!!!

Thursday, November 24, 2011

Photo of the day @ Tanjung Aru, Sabah

Ok gambar kali ini yang aku nak share adalah gambaq diambil semasa tengah dok bersantai di Tanjung Aru yang mana kawasan ni berdekatan dengan terminal 2 dan dekat la juga dengan kawasan Kota Kinabalu International Airport. So dekat sini spot terbaek la untuk tengok Kapal terbang naik ke udara dengan dekatnya. Best jugak kalau bersantai disini walaupun ianya kawasan di tengah-tengah bandaraya. Kat sini bezanya, cuaca dia agak panas berbanding dengan semenanjung. Tapi apapun best lepak-lepak di Tanjung Aru ni. Kepada sesiapa yang berkesempatan ke sini boleh la bersantai disini, aku rasa kalau permandangan waktu sunset lagi cantik. Ok selamat bercuti ke Kota Kinabalu!!! ;)

Wednesday, November 23, 2011

Promenade Hotel Service Apartment - Sabah

Salam,

Ok bercerita tentang Promenade Service Apartment ini, aku stay kat sini 5 hari, bagi aku service apartment ini ok la buat traveller ataupun holiday yang mementingkan/ mengutamakan tentang budget untuk sesuatu penginapan. Location apartment ini betoi2 di tengah-tengah pusat bandaraya Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan harga yang murah cuma buat online booking seawal yang boleh, so dah tentu akan dapat harga yang sangat2 berpatutan. Ok contohnyer kalau booking bulan ini untuk holiday bulan 3/2012.

Studio suite, boleh dapat harga RM 50 per night.
Family suite plak bleh dapat RM 90 per night.

Untuk booking dan maklumat lanjut bleh klik SINI.

OK memandangkan aku pergi KK dengan family, so kami amik Family suite, kat sini aku nak share gambar2 yang sempat aku snap untuk jenis bilik Family Suite, tapi gambaq untuk Studio suite aku amik dari website hotel tu jer.

Room Type = Studio Suite

Ok ni plak antara gambar-gambar yang sempat di snap waktu aku stay kat Family Suite ni.

Ruang dalam Family Suite

Bed = Queen Size

Bantal yg empuk

Set sofa kecil utk istirehat

Ruang make-up serta peralatan yang disediakan
seperti kettle, fridge, set cawan, air mineral juga disediakan 4 botol setiap hari.

Ruang Makan

Ruang lepak untuk tengok tv

Security Box

Hadapan bath room
Heheh...terlupa nak snap gmbar dlm toilet ni, tp apepun toilet kat sini bersih.

Ok, sampai sini dulu yang aku dapat share tentang promenade service apartment ni. Bagi aku kepada yang mementingkan budget boleh la try hotel ni dengan kaedah booking awal. Kepada yang nak environment yang lebih selesa, budget mesti la kena lebih tinggi. Tapi kalau aktiviti di luar lebih banyak dari duduk di dalam bilik better amik yg budget saja. Ok itu ajer yang aku nk share. Kalau ada info tentang hotel-hotel yg lain aku akan upload lagi. Ok sampai berjumpa lagi. Selamat Bercuti!!!

Tuesday, November 8, 2011

Photo of The Day - On the Way to Kinabalu Park & Kundasang


Gambar ini diambil pada Oktober 2009, semasa aku, sis Fida n Yan menjelajah Bumi Sabah. Memang pemandangan yang sangat menenangkan hati, perasaan dan jiwa. Suasana yang nyaman ini akan dirasai oleh sesiapa saja yang on the way ke Kinabalu Park atau pun untuk ke Kundasang. Suasana yang berkabus, gunung ganang yang menghijau, langit yang sedikit mendung membuatkan udara semakin nyaman, sejuk dan sangat merileks kan. Memang best menikmati pemandangan sepanjang jalan ke Kundasang ini. Kepada sesiapa yang ingin melawat Sabah negeri di Bawah Bayu ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kurniaan alam ciptaan Tuhan ini, nescaya anda akan terpukau dengan segala ciptaan-Nya. Udara yang sangat segar di sini. Ok selamat Bercuti!!!!

Sunday, November 6, 2011

Firefly tidak lagi terbang ke Borneo

Bermula pada November 2011 ni, penerbangan Firefly ke Borneo tidak lagi wujud dan diberhentikan. Firefly kini lebih menumpukan penerbangan domestic di semenanjung sahaja. Base dia di Subang Skypark dan tidak lagi beroperasi di KLIA. Berbalik dengan Firefly tidak lagi terbang ke borneo, ni yang aku nak cerita skit ni, pada November ini aku and family akan ke Sabah dengan penerbangan firefly tapi bila aritu masa tv3 siarkan pasai group dari johor yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka sebab dah habis banyak duit booking hotel, transport dan sebagainya tiba2 dimaklumkan penerbangan mereka dibatalkan. Wow!!! Gelabah jugak dengaq macam tu..

Ni yang aku pun mula nak gelabah ni,heheh..pastu pada keesokan harinya TV3 skali lagi menyiarkan sambungan kepada isu yang sama dimana group dari johor tu, flight dia digantikan dengan penerbangan MAS. Perghhh memang terbaek la dapat naik MAS tu..heheh..tapi aku still was2 lagi dengan flight ticket aku tu. Tapi hari ini boleh la menghembus nafas lega la jugak sebab dah dapat flight itinerary dari MAS. Fuhhhhhhh!!!lega!!

Tapi bila aku tengok balik, banyak betoi perbezaan pada harga flight ticket yang telah beli dengan yang diganti oleh pihak MAS. Apapun jutaan terima kasih pada MAS..i luv u MAS. Lama x naik MAS tu yang buat aku lagi teruja tu..heheh.

Firefly Flight itinerary n booking cnfirmation

MAS Flight itinerary

Ok kalau tengok harga FF memang banyak beza. Masa tcket FF dibeli dapat 0 (zero) fare so bayar FF package jer (include meal, baggage n tax).

FF punyer ticket total = RM 670 - return -untuk 5 orang
MAS punyer ticket = RM 839 - one way - per person

banyak betoi beza dia aku tengok kat sini. Kalau aku kira untuk 5 orang pulak.

RM 839 x 2 (return)= RM 1678 p/person

RM 1678 x 5 (person) = RM 8390
Total = RM 8390

Terlalu jauh perbezaan harga FF n MAS ni

Beza FF n MAS ialah sebanyak RM 7720

Apapun nanti aku update pasai flight ticket ini lagi lepas aku balik dari Sabah nanti. Ok sampai sini dulu. Sampai berjumpa lagi..!!!!