Sunday, October 30, 2011

Jom Belajar Bahasa Korea

Salam,

Entri kali ini, kita belajaq skit pasai bahasa korea ini, orang kata bahasa ni senang jer nak belajaq sebab dia mempunyai vowel dan konsonan nya yang tersendiri, cuma cantumkan aja consonan dan vowel untuk dijadikan perkataan. Ok jom kita tgk skit macam mana bentuk konsonan dan vowel dia.

Woowww!!!! macam menarik jer kan, kepada sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa korea, atau ingin melancong ke korea, atau sangat suka dengan negara korea, atau nak belajar macam mana nak menggunakan konsonan dan vowel untuk dijadikan perkataan, aku ada jumpa facebook page Jom Belajar Bahasa Korea. Boleh la search page ini untuk lebih detail. apapun selamat belajar!!!

안녕하세요 ( Annyeong Haseyo ) - Hello / Apa khabar

네 ( ne ) - ya


아니오 ( aniyo ) - tidak


전 ( jeon ) - saya


당신 ( dang shin ) - kamu


있다 [it-da]-ada

“있어요” ( isseoyo ) - ada / have

이거 [i-geo] or 이것 [i-geot] = benda ini / this stuff /this item

죄송합니다 ( joesonghamnida) - Minta maaf


만나서 반갑습니다 ( mannaseo bangabseumnida ) - nice to meet you



ok sampai sini dulu, heheh..boleh tahan jugak nak menyebut perkataan dia..heheh..tapi best..selamat mencuba dan belajar!!!

Saturday, October 29, 2011

Photo of The Day - Pulau Redang

Gambar ini diambil pada 28.07.2007 di Pulau Redang. Pulau ini sangat cantik dengan pemandangan yang indah, pasir yang gebu, coral yang sihat, ikan yang pelbagai, nemo yang cun dan pelbagai lagi yang cantik. Perbezaan yang sangat ketara dapat dilihat apabila aku pergi tahun demi tahun, dan yang terbaru pada tahun 2010 dan 2011. Perbezaannya di mna coral yang semakin pupus, spesis ikan berkurangan, air yang tidak sejernih pada tahun 2007, tapi apapun bagi aku pulau ini tetap best. Kepada para pelancong dan warga tempatan ini la salah satu pulau yang patut dikunjungi untuk merilekskan minda. Pesanan aku, jaga la kebersihan pulau kita!!!! Selamat bercuti!!!

Thursday, October 27, 2011

Citin Hotel Masjid Jamek

Salam,

Entri kali ini aku cuma nak share pasai hotel yang aku pernah duduk kat KL. Bagi aku hotel ini boleh dikatakan budget hotel gak la, bukan bajet sebab bintang dia tapi bajet dari segi duit. Bagi aku hotel ini bersih, selesa, lokasi dia betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Berdekatan dengan LRT / STAR - Masjid Jamek, kalau berjalan lebih kurang 2-3 minit jer leh sampai stesen Masjid Jamek tu. Rate dia RM109 jer masa aku stay kat sana aritu, dah termasuk tax yang berkenaan. Best nyer pasai hotel ini sebabnya betui2 dekat dengan kedai-kedai/gerai Masjid India. Turun jer dari hotel tu dah boleh shopping kat bawah. Ok ni antara gambaq-gambaq yang sempat di snap masa kat hotel ini.

View depan hotel

Pintu Masuk ke Hotel

Cafe yang bersih dan cantik!!!

Cool!!!!


Suasana yang sangat selesa

Toilet yang bersih

OK tu jer dulu yang aku nak share, kalau ada lagi nanti aku share lagi k. Sampai berjumpa lagi!!!

Suriani&Hanifah's Wedding - 26.10.2011

Salam,

Setelah habis mengupload semua gambaq-gambaq dari SD card aku, kali ni aku nak share gambaq yang sempat aku snap waktu kenduri pulak. Hari ini mostly aku tengok ramai kawan-kawan dan ofismate Suriani datang untuk memeriahkan kenduri dia. Terima kasih sebab jemput kami semua ke wedding tu yerr. Semoga berbahagia selalu..AMIN.

Heheh..mia mia sebagai part time makeup artist

Uihh..dedikasi sungguh akak sorang ni!!!heheh

Posing dulu!!!

Suriani bersama best friend nyer Suhada yang merangkap pengapit pengantin

Tiba di rumah pengantin perempuan

ok..1,2 KLIK!!!

Seronok depa semua gelak..heheh

Pengantin di atas pelamin

Gambar bersama ayah dan ibu pengantin lelaki

Bersama ayah dan ibu pengantin perempuan

Ok sampai sini dulu, sampai berjumpa lagi!!!!

Wednesday, October 26, 2011

Suriani&Hanifah's Wedding

Salam,

Pada 25/10/2011 selepas Isyak, aku ada attend akad nikah kawan aku, Suriani Ismail dengan pasangan dia Hanipah yang dibuat di Masjid Tikam Batu, Kedah. Aku ucapkan tahniah pada Suriani kerana telah selamat diijabkabulkan. Semoga rumah tangga yang dibina mendapat rahmat, keberkatan dan berbahagia hingga akhir hayat. AMIN. Kat sini ada beberapa foto yang sempat di snap untuk dikongsi bersama kawan-kawan dan bloggers sekalian. Selamat menjamu mata k!!!
Menunggu saat-sat untuk diijabkabulkan

penuh dengan debaran

Imam tengah dok baca tanggungjawab seorang suami

Rakam dik jangan tak rakam

Bedebaq-debaq jantung!!!

Alhamdullah!!! Dah selamat diijabkabulkan

Tunggu apa lagi!! sarung la cincin tu...heheh

Menyarung cincin tanda membatalkan air sembahyang

Salam untuk abang tercinta

Penyerahan mas kahwin kepada isteri tersayang

Selamat Pengantin Baru untuk Suriani dan Hanipah!!!

Ok ini jer dulu nanti aku sambung lagi gambaq-gambaq masa kenduri plak iaitu hari ni la 26.10.2011. Sat nak upload gmbaq dari SD card aku..till then!!!

Friday, October 14, 2011

Hadiah - BBC&BBV giveaway contest

Salam,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah!!!

Aku telah terima hadiah yang telah dipos oleh pihak penganjur ke alamat tempat kerja aku. Tak sangka hadiah nyer se BEST itu. Aku mendapat tempat ke-3, hadiah berupa Digital Al-Quran Pen Reader dalam giveaway contest yang telah dianjurkan oleh GMTC yang tarikh tutupnya pada 31/7/2011 yang lalu dan pengumuman sebagai pemenang ialah pada 29 Ramadhan iaitu hari terakhir berpuasa. Ini la salah satu berita yang amat menggembirakan hati aku pada awal kemunculan Syawal.

Ini la antara gambar hadiah yang diambil bila hati dah teruja..BEST sangat!!!

Hadiah yang diterima di tempat kerja


Set lengkap Al - Quran

Set lengkap - Digital Al-Quran Pen Reader

Ni la Al-Quran pen reader

Ok, sampai berjumpa lagi!!!

Photo of the day @ Sarawak Cultural Village

Photo of The Day

Location : Sarawak Cultural Village, Sarawak
Sarawak Cultural Village ini salah satu tempat yang mempamerkan semua jenis rumah dan budaya orang sarawak. Bayaran masuk RM60 tapi kalau pergi dengan tourist guide yang boleh kautim dengan kaunter beli tiket tu boleh la dapat RM55. Gambar di atas ini diambil semasa pertunjukan tarian warisan Sarawak. Pelbagai jenis tarian yang sangat menghiburkan dan penari yang sangat lawak dan sporting. Memang best untuk dilawati. So, semoga terhibur apabila melawat Sarawak!!!! Selamat bercuti.

Wishlist yang telah tercapai

Salam,

Kali ni punya entri adalah sambungan kepada entri sebelum ini tentang wishlist. Tapi kali ni aku nak senaraikan sikit tentang wishlish yang telah tercapai sehingga 14/10/2011. Aku punyer wishlist tidak la sehebat mana. Hanya sekadar apa yang diperlukan, mendapat kepuasan, seronok bila memiliki sesuatu hasil dari usaha sendiri, itu jer la..heheh. Rasa kepuasan dalam hati apabila mendapat apa yang dihajatkan yang membuatkan aku rasa bahagia.

Ok la, ini la antara yang aku capai setakat ini,

#1 - Kereta kancil (hahah..kereta kancil pun masuk dlm wishlist ke??heheh)
Yang special tentang kereta kancil ni sebab nyer
* aku beli cash sebab second hand jer dan tak der hutang-hutang
* yang best nyer tarikh lahir aku dan owner kereta ni pada 25/5
* Tarikh tukar milik kereta ni pun dibuat pada 25/5
* Aku letak price dan owner pun setuju walaupun bagi aku ianya terlalu murah
(thanks untuk ex-owner kereta tu yer..ceh kawan aku la jugak..heheh)

#2 - Motosikal Kawasaki KRZ KIP150
* Dah hampir 2 tahun bersama aku
* Walaupun cc cuma 150 jer, bagi aku ok la jugak dari tak der
* InsyaAllah kalau ada budget lebih, aku upgrade ke cc yang lebih tinggi
* Hasil titik peluh masa kerja kat Putrajaya

#3 - DSLR Nikon D3100
* Sebenarnyer aku ni peminat Canon
* Tapi cuba untuk merasa nikmat Nikon macam mana
* Ini 1st time aku pakai Nikon
* Tapi kalau nak upgrade ke pro bleh la ambil yang canon pulak..heheh
Ok la sampai sini dulu, nanti aku sambung lagi pasai wishlist ni..best kalau cerita pasai benda-benda yang ingin dicapai ini. Seronok jer rasa..heheh.