Tuesday, August 30, 2011

Alhamdulillah..!!!!

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!!

ALHAMDULILLAH kerana semua umat Islam telah berjaya selesai menunaikan rukun Islam ke-3 pada tahun 1432H ini. Semoga di ketemukan lagi dengan Ramadhan 1433H akan datang..InsyaAllah..

ALHAMDULILLAH juga atas nikmat dan rahmat Nya, kerana aku memenangi tempat ke-3 bagi giveaway yang telah dianjurkan oleh GMTC.

ALHAMDULILLAH atas kurniaan rezeki pada tahun ini, semoga pada masa akan datang masih beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.


Apapun aku nak ucapkan, terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur Great Minds Training and Consultancy kerana menganjurkan giveaway ini. Tahniah juga kepada para pemenang atas kejayaan masing-masing. Tahniah buat Puan Norhafizah Kamarudin yg mendapat tempat pertama dan menggondol hadiah utama iaitu ground package di Guangzhou, China dan Pemenang kedua Puan Mazia Moctah yang memenangi ground package di Saigon, Vietnam. Tahniah buat semua yang menyertai dan memenangi giveaway ini.

Di bawah ni aku copy n paste dari link bbc.com ke blog aku untuk tujuan kenang-kenangan. GMTC terima kasih kerana menggembirakan hati-hati blogger di penghujung Ramadhan dan di awal kemunculan Syawal. Terima kasih sekali lagi!!

==========================================================

Didoakan semua pembaca BisnesBorongChina.com berada dalam limpahan iman dan kasih sayang Allah selalu. Tim Great Minds ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua dan Maaf Zahir Batin atas segala kekurangan yang ada.

Pertama sekali, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua bloggers yang telah menyertai BBV & BBV 1st GiveAway. Keputusan telah diumumkan secara rasmi di FB Page Great Minds Training & Consultancy, sehari sebelum menyambut lebaran.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk mewar-warkan sekali lagi nama pemenang-pemenang bertuah yang telah memenangi BBC & BBV 1st GiveAway kali ini. Berikut adalah keputusan penuh GiveAway tersebut:

Tempat Pertama: Ground Pakej ke Guangzhou, China

Cik Puan Norhafizah Kamarudin, entrinya boleh dibaca di sini.

Tempat Ke-2: Ground Pakej ke Saigon, Vietnam

Cik Puan Mazia Moctah, entrinya boleh dibaca di sini.

Tempat Ke-3: 2 x Al-Quran Pen Reader

Cik Puan Halimatun Saadiah, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Wan Anie, entrinya boleh dibaca di sini.

Tempat Ke-4: 4 x Kursus Borong Combo

Cik Puan Ida Jalal, entrinya boleh dibaca di sini.

Tuan Johari, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Hawa, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Brilliant Bee, entrinya boleh dibaca di sini.

Tempat Ke-5: Hadiah Saguhati bernilai RM50

Cik Puan Herda, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Fara, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Azie, entrinya boleh dibaca di sini.

Tuan Khairul Azhar, entrinya boleh dibaca di sini.

Cik Puan Yati, entrinya boleh dibaca di sini.

Tahniah sekali lagi dari kami!

No comments: