Friday, July 15, 2011

SAYA MAHU MEMULAKAN BISNES BORONG BARANGAN DARI CHINA

SAYA MAHU MEMULAKAN BISNES BORONG BARANGAN DARI CHINA

“Destinasi Borong pilihan saya ialah Guangzhou, China

Kalau bercerita tentang IMPIAN, ini la topik yang paling menarik kerana setiap manusia mempunyai impian masing-masing. Dari impian sekecil zarah sehingga impian yang MasyaAllah setinggi-tinggi gunung. Sama la juga dengan aku yang menulis tentang impian ini.­­­ Untuk sampai ke Guangzhou juga merupakan satu impian bagi aku. Mungkin bagi sesetengah orang setakat sampai ke Guangzhou, China tu ape la sangat, tapi dari sudut pandangan aku pulak ianya berbeza.

Aku melihat Guangzhou sebagai tempat terhebat untuk berurus niaga. Mereka memang hebat!!!. Hebat dari segi pengeluran pelbagai jenis produk dan juga tempat untuk dapatkan sesuatu barangan pada harga yang sangat sangat murah. Memang mereka terbaik.

Memulakan pernigaan juga adalah salah satu impian yang berada dalam kotak pemikiran aku. Dengan menjadikan ibuku sebagai inspirasi dan kakak aku sebagai pemangkin untuk aku memulakan bisnes aku sendiri. Bagi aku mereka HEBAT dalam bidang masakan, penyediaan makanan dan semua berkenaan dengan makanan. Tiada yang tidak sedap melainkan yang sedap-sedap belaka. Mak dan kakak aku mempunyai bisnes masing-masing.

Mak dengan tempahan kuih-muih dan frozen food nyer manakala kakak aku pula dengan cookies dan tempahan makanan nyer..itu lah mereka.. J. Tapi beza pula bagi aku yang kurang menjerumuskan diri ke arah itu. Aku lebih suka kepada benda-benda yang cantik seperti cenderamata, perhiasan dan fotografi. Di sebabkan oleh minat itu, maka dalam pemikiran ini tercipta impian untuk mempunyai sebuah kedai yang semua barangan datangnyer dari Guangzhou, China.

Tidak mustahil impian itu tercapai jika usahanya bermula dengan menyertai BBC giveaway ini..heheh..apapun setiap impian itu tidak mustahil menjadi realiti pada suatu hari nanti..InsyaAllah..AMIN

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

GiveAway ini juga bersiaran khas dari http://leegolast.blogspot.com/2011/07/saya-mahu-memulakan-bisnes-borong.html

No comments: