Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi!!!

Salam,

Setelah sminggu lebih tidak update blog ni..so hari ni aku kembali untuk bersiaran setelah hampir seminggu mengalami kesihatan yang kurang memberansangkan (tidak sihat) dan juga keadaan yang sangat busy yang membuatkan blog ini tidak dapat dikemaskini. Kalau dalam perancangan, sepatutnya ada entri ke-3 untuk dihantar ke GMTC tapi apa kan daya kesihatan tidak mengizinkan. Kita hanya merancang. Segalanya Allah s.w.t. yang menentukan.

Berbalik kepada topik kali ini, Ramadhan datang lagi!!. Syukur, Alhamdulillah, kerana aku masih diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada esok hari. Peluang yang perlu direbut dan aku rasa kita sebagai manusia harus bersyukur kerana masih diberi peluang itu, iaitu peluang untuk beribadah kepada Nya. Syukur juga atas nikmat yang diberi kepada kita di dunia ini yang kadang-kadang kita sendiri tidak menyedarinya. Nikmat yang sangat banyak dari aspek rezeki, kesihatan, keluarga, harta dan bermacam lagi sehingga tidak terkira nikmat yang diperolehi didunia ini.

Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan, sama-sama la kita meraih pahala dibulan yang mulia ini. Aku ingin mengajak diri aku serta blogger2 di luar sana untuk sama-sama mencari keberkatan di bulan yang mulia ini..InsyaAllah.

Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam!!!

Wednesday, July 20, 2011

Lepak di Taman Laut Pulau Perhentian

Klik SINI untuk entri yang sebelumnya.

Hahaha..td dok manage aku nyerr entri tetiba ada draft yang aku masih dok simpan sikt punya lama dalam posts aku..heheh...rupa2 nyer entri Pulau Perhentian yang tergendala sebelumnya..heheh..gigih aku menaip sebelum nii..rupanyer jadi bahn sejarah jer...heheh..ok la..dah alang2 terjumpa kan..so aku publishkan aje la yer..pasni ada masa, aku sambung lagi sambungan nyerrr.. Back to the STORY...

Masa ni time makan malam kat Pulau Perhentian

Ok kita sambung balik dengan trip yang seterusnya, lepas jer kepenatan seharian berendam di dalam air masin, malam tu time untuk kami semua rest sebab esok nak mulakan perjalanan dengan menaiki bot laju untuk ke Berjaya Redang, Pulau Redang dan seterusnya pulau Lang Tengah. Konon la kan nak rest tapi kalau dah nama pun holiday memang kena memanfaatkan masa yang ada la kan. Malam tu after dinner kami semua rehat2 dulu, lepas makan..memang x larat nak jalan lagi. Mana tak nyer, makanan sodap dah tentu makan bertambah-tambah...heheh..apepun ayaq tangan pakcik man mmg terbaek la..

Jeti depan tempat makan kami.

Posing dulu

Posing di Jeti.

Gigih ranjini berjalan..heheh..Chaiyok!!!

Tangga yang menghubungkan tempat kami dengan Taman Laut Pulau Perhentian

Dah sampai kat jeti Taman Laut Pulau Perhentian

Tengah melepak-lepak ambik angin malam

Tiba2 pakcik man bagi cadangan untuk kami semua pegi melepak dekat tempat bersebelahan tempat kami iaitu kat Taman Laut Pulau Perhentian. Wowwww!!! Memang idea yang bernas..masa ni dah x ingat penat dah..teruja nak ke sebelah sana. Heheh..untuk ke sebelah sana x perlu nak naik bot pun cuma menapak jer.

Aktiviti menapak di dalam gelap dimulakan. Masa ni aku tak bawak kamera tapi member2 aku ada bwk kamera n pakai kamera fon depa. So gambaq kat taman laut memang tak dak kat aku..heheh..Nak ke sana memang gelap, oleh kerana torch light kami x bawak so pakai la torch lite fon, boleh la dari x dak lgsung. Taman Laut Pulau Perhantian dari tempat kami tak la jauh sangat. Jalan sambil sembang2 terus sampai ke tempat untuk kami bersantai malam. Kami kat jeti taman laut hampir 2 jam rasanya..memang best..BEST sebab leh Nampak coral yang sangat besar dkt taman laut tu dan ikan pun banyak bawah jeti tu. Memang terbaek la lepak2 malam kat situ, dengan angin lautnya…Fuhhh!!!best..tapi macam2 mana pun kami balik awai jugak ke tempat kami sebabnya esok kami akan ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Oleh kerana nak guna tenaga yang banyak keesokan harinya, so kembali la kami ke bilik utk tidur sebab untuk sampai ke Pulau Redang memang agak jauh dari Pulau Perhentian, lebih kurangm 1 ½ jam untuk sampai ke sana dengan menaiki speed boat..hehehe. Apapun kita sambung di entri akan datang. Till then..sampai berjumpa lagi...roger n out!!!

Sunday, July 17, 2011

BBC & BBV 1st GiveAway

BBC & BBV 1st GiveAway

Salam untuk semua,

Entri kali ini cuma ingin berkongsi tentang hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi oleh blogger-blogger yang layak dengan menyetai BBC&BBV 1st GiveAway. Untuk maklumat lanjut sila layari bisnesborongchina.com dan bisnesborongvietnam.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syarat menyertai pertandingan tersebut.

Berikut adalah hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak penganjur Great Minds Training and Consultancy:

Hadiah Utama: 1x Ground Package Guangzhou 102
Kedua: 1x Ground Package Saigon 102
Ketiga: 2x Digital Al-Quran Pen Reader
Keempat: 2x Guangzhou 101: Kursus Borong China + 2x Saigon 101: Kursus Borong Vietnam
Saguhati: 10 hadiah misteri bernilai RM50

Selamat Berjaya buat blogger-blogger!!!!

Saturday, July 16, 2011

BANDUNG DI HATIKU ADA KAMU!!!

BANDUNG DI HATIKU ADA KAMU!!!

"Saya Ingin Memulakan Bisnes Borong Barangan Cenderamata"

Begitu kuat daya tarikan dari laman sesawang bisnesborongchina.com ini sampai aku yang dulunya mula membina blog pada tahun 2009 boleh dikategorikan sebagai blogger yang tidak aktif untuk update blog dan pada tahun 2010 tiada langsung entri terbaru yang di update. Kini menjadi peminat dan penggemar blog disebabkan Great Minds Training and Consultancy melalui BBC dan BBV GiveAway ini. Apa pun syabas buat warga kerja GMTC atas idea untuk memberikan giveaway BBC dan BBV ni pada blogger-blogger yang layak. Tahniah!!!

Pada entri kali ini entah mengapa pemikiran ini sentiasa teringat akan BANDUNG..BANDUNG..BANDUNG. So apa lagi, kita gunakan perkataan BANDUNG sebagai destinasi untuk memborong.

“Destinasi Borong pilihan saya ialah Bandung

Mempunyai bisnes barangan cenderamata adalah impian yang aku rasa sangat menarik. Bak kata orang kita kena suka dengan apa yang kita buat. Kita kena cinta dengan apa yang kita minat. So barulah sesuatu pekerjaan itu akan menjadi mudah jika minat itu wujud dalam hati. Seperti mencintai seseorang, jika cinta ada dalam hati kita sanggup untuk buat apa saja untuk insan tersayang itu. Hehehe..masuk bab cinta pulak..heheh..

Aku sentiasa melihat keadaan sekeliling tahun demi tahun, barangan cenderamata ini ada potensi untuk berkembang maju terutama kalau musim perkahwinan tiba. Selain tu boleh juga dijadikan door gift untuk majlis rasmi dan macam-macam acara yang lainnya.

Aku sangat jatuh cinta dengan barangan kraftangan dari Indonesia ini. Tidak hairan la kalau sesiapa yang pergi ke Bandung itu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menyempurnakan hasrat untuk dapatkan gift perkahwinan dan barang persiapan untuk hari sejarah mereka. Huiihh memang best la kalau cerita bab-bab shopping ni especially perempuan kan. Memang dah menjadi fitrah dan lumrah salah satu nafsu perempuan tertanam perkataan “shopping”…hehehe..mana-mana tempat yang dilawati sekurang-kurang nya mesti ada 1 barang yang mesti kena beli. :)

InsyaAllah ada peluang aku akan ke Bandung 1 hari nanti…AMIN

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

GiveAway ini juga bersiaran khas dari

http://leegolast.blogspot.com/2011/07/bandung-di-hatiku-ada-kamu.html

Friday, July 15, 2011

SAYA MAHU MEMULAKAN BISNES BORONG BARANGAN DARI CHINA

SAYA MAHU MEMULAKAN BISNES BORONG BARANGAN DARI CHINA

“Destinasi Borong pilihan saya ialah Guangzhou, China

Kalau bercerita tentang IMPIAN, ini la topik yang paling menarik kerana setiap manusia mempunyai impian masing-masing. Dari impian sekecil zarah sehingga impian yang MasyaAllah setinggi-tinggi gunung. Sama la juga dengan aku yang menulis tentang impian ini.­­­ Untuk sampai ke Guangzhou juga merupakan satu impian bagi aku. Mungkin bagi sesetengah orang setakat sampai ke Guangzhou, China tu ape la sangat, tapi dari sudut pandangan aku pulak ianya berbeza.

Aku melihat Guangzhou sebagai tempat terhebat untuk berurus niaga. Mereka memang hebat!!!. Hebat dari segi pengeluran pelbagai jenis produk dan juga tempat untuk dapatkan sesuatu barangan pada harga yang sangat sangat murah. Memang mereka terbaik.

Memulakan pernigaan juga adalah salah satu impian yang berada dalam kotak pemikiran aku. Dengan menjadikan ibuku sebagai inspirasi dan kakak aku sebagai pemangkin untuk aku memulakan bisnes aku sendiri. Bagi aku mereka HEBAT dalam bidang masakan, penyediaan makanan dan semua berkenaan dengan makanan. Tiada yang tidak sedap melainkan yang sedap-sedap belaka. Mak dan kakak aku mempunyai bisnes masing-masing.

Mak dengan tempahan kuih-muih dan frozen food nyer manakala kakak aku pula dengan cookies dan tempahan makanan nyer..itu lah mereka.. J. Tapi beza pula bagi aku yang kurang menjerumuskan diri ke arah itu. Aku lebih suka kepada benda-benda yang cantik seperti cenderamata, perhiasan dan fotografi. Di sebabkan oleh minat itu, maka dalam pemikiran ini tercipta impian untuk mempunyai sebuah kedai yang semua barangan datangnyer dari Guangzhou, China.

Tidak mustahil impian itu tercapai jika usahanya bermula dengan menyertai BBC giveaway ini..heheh..apapun setiap impian itu tidak mustahil menjadi realiti pada suatu hari nanti..InsyaAllah..AMIN

Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.

GiveAway ini juga bersiaran khas dari http://leegolast.blogspot.com/2011/07/saya-mahu-memulakan-bisnes-borong.html